Followers

Friday 30 December 2011

GEMPAR! JAIPP DiDakwa Cuba Gagalkan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah Bersama Tun Dr Mahathir


Pendedahan berita terbaru ini cukup membuatkan hati sesiapa saja khususnya orang-orang Islam di Pulau Pinang berasa terhina.Betapa kuasa DAP telah merobek hati  orang-orang Melayu khususnya bagi sebuah NGO PEMENANG.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Yussof Latiff, berkata persatuannya sudah menghantar surat meminta penjelasan mengenai tindakan jabatan itu.

"Saya berasa kesal dengan tindakan JAIPP mengeluarkan surat arahan pada 15 Disember supaya majlis ini tidak dihebahkan kepada orang ramai sedangkan dua hari sebelum itu, JAIPP mengeluarkan pekeliling mengarahkan kesemua pengerusi kariah masjid seluruh negeri menghebahkan program itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, berikutan larangan hebahan oleh JAIPP itu, Pemenang kerugian RM100,000 kerana menyediakan peruntukan untuk makanan, khemah dan logistik untuk 3,000 orang tetapi ia hanya dihadiri kira-kira 1,000 orang.


Justeru itu, katanya, persatuan itu memberi tempoh seminggu kepada JAIPP untuk menjawab surat penjelasan berkenaan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap jabatan itu sekiranya gagal memberi penjelasan.

Majlis Multaqa Wehdatul Ummah yang bertemakan Penyatuan ke Arah Kejayaan Ummah - Masalah dan Penyelesaian telah dijalankan pada 17 Disember 2011 yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad Tasek Gelugor turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara ahli panel pada program itu.


Cuba perhatikan gambar di atas YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Ustaz Elias Zakaria turut hadir dan bersama dalam program.Persoalannya sekarang sejauh mana kebenaran berita yang mengatakan JAIPP mengeluarkan arahan supaya majlis ini tidak dihebahkan? Dan sekiranya benar maka siapakah yang memberikan arahan tersebut sedangkan YDP MAINPP Ustaz Elias Zakaria sendiri berada bersama dalam majlis?

Mungkin kini terdapat tangan-tangan ghaib dalam MAINPP yang lebih berkuasa untuk memberikan arahan tanpa boleh disanggah atau ditolak oleh sesiapa hatta Yang Di Pertuanya sendiri.

Fikirlah sejenak dimana untungnya apabila membiarkan DAP dan sahabat-sahabatnya berkuasa di Pulau Pinang?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels