Followers

Saturday 31 December 2011

Masih Ada Yang Tidak Bertamadun - Kepala Babi Di Johor!


Di saat rakyat dan negara sedang menantikan kedatangan tahun baru 2012 , rupa-rupanya masih terdapat sebahagian darinya yang masih mundur dan cetek pemikiranya.Mundur bukan bererti miskin tetapi mundur dari sudut sikapnya yang masih mencari dan menghalalkan cara untuk mencetuskan sesuatu yang pernah berlaku satu ketika dulu yang hari ini sebahagian besar rakyat Malaysia menolaknya.

Apakah manusia-manusia ini mahu melihat kesepakatan dan kemakmuran negara dicarik-carik hanya dengan menjadikan binatang bernama BABI ini sebagai pencetus kepada satu pergaduhan kaum malahan boleh mengakibatkan pergaduhan antara agama.Ini bukan budaya kita,MMI mengajak semua sama-sama kita sabagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab menolak sekeras-kerasnya tindakan biadap ini kerana ianya jelas hanya untuk mengeruhkan suasana.

Kejadian terbaru berlaku apabila jemaah Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di sini gempar dengan penemuan sembilan kepala babi yang diletakkan di dua lokasi di masjid itu dalam tempoh 48 jam. 

Dalam kejadian pertama kira-kira pukul 5 petang semalam, empat kepala babi ditemui di pagar belakang masjid itu oleh penduduk yang melalui kawasan tersebut manakala dalam kejadian kedua pula kira-kira pukul 5 pagi tadi, lima lagi kepala haiwan berkenaan ditemui di pekarangan luar pintu masuk masjid oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.

Kesemua kepala babi itu dibungkus dalam beg plastik disedari oleh jemaah yang curiga dengan bau busuk bungkusan tersebut. Ini merupakan kejadian pertama berlaku di masjid ini. Tindakan ini amat menyinggung perasaan umat Islam dan menyentuh sensitiviti agama.

Perbuatan ini mencabar kesucian Islam dan tidak boleh dipandang ringan pihak berkuasa. Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan yang keras supaya perbuatan menghina agama Islam ini tidak berterusan dan akan menjejaskan keamanan negara.Lagi Berita Di Empayar Pemuda

Ayuh semua rakyat Malaysia hentikan tindakan bodoh dan tidak bertamadun ini!

Kita tolak budaya ini!

Kita bakal memasuki tahun 2012 kita tumpukan kepada pembangunan negara dan rakyat.Semoga kita semua mendapat kejayaan pada tahun baru nanti.Insyallah.

MMI.



No comments:

Post a Comment

Labels