Followers

Tuesday 27 December 2011

"Tidak ada parti kecuali UMNO yang mampu membela bangsa dan negara"


500 AMK Ulu Kelang Keluar Parti Bukti Puak-Puak PKR Hilang Kepercayaan Terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Seramai 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ulu Kelang menyertai UMNO Gombak ekoran hilang kepercayaan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak mengotakan apa-apa yang dijanjikan.

Wakil kumpulan berkenaan, Mohd. Jefry Sallehuddin mendakwa, selama 13 tahun bersama Anwar beliau amat memahami perangai Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

"Cukuplah setakat ini sahaja, bukan setahun saya mengenali beliau tapi sudah 13 tahun. Anwar cakap lain, buat lain.

"Nasihat saya kepada rakan-rakan lain agar kembali kepada UMNO kerana tidak ada parti kecuali UMNO yang mampu membela bangsa dan negara kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ahli AMK Ulu Kelang sertai UMNO Gombak dan Ikrar Sokong Barisan Nasional (BN) di sini semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dan Setiausaha Kerja BN Selangor, Datuk Radin Mokhtar Md. Yusof.

Menurut Mohd. Jefry, secara keseluruhan hampir 1,000 ahli AMK akan keluar PKR.

Sementara itu, Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada Mohd. Jefry yang bersedia kembali menyertai UMNO.Sumber Utusan Malaysia.


Agaknya apa lagi yang nak di canangkan oleh juak-juak PKR ni selepas berita ini tersebar.Maklumlah mereka sememangnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa PKR semakin tenat apatah lagi keputusan keluar parti yang dibuat oleh bekas AMK ini semuanya kerana kegagalan Anwar Ibrahim dalam menerajui PKR itu sendiri.

MMI tumpang simpati terutamanya kepada Presiden PKR Wan Azizah yang hanya menjadi boneka kepada Anwar dan konco-konconya.Kepada Wan Azizah susah-sudahlah mempertahankan Anwar kembali kepada kenyataan dan akuilah bahawa Anwar bukan seorang pemimpin yang baik.Terlalu banyak kelemahan beliau yang telah didedahkan,semakin lama mempertahankan Anwar semakin banyak kelemahan beliau bakal diketahui umum.


Bagi MMI pengistiharan 500 ahli AMK keluar parti membuktikan kegagalan Sam Ketot selaku ketua AMK dan beliau adalah orang yang perlu bertanggungjawab terhadap perkembangan terbaru ini.Rakyat Malaysia semakin menolak perjuangan politik jalanan yang menjadi teras kepada perjuangan Parti Keadilan Rakyat.Percayalah AMK akan berkubur dalam sedikit masa lagi.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels