Followers

Sunday 22 January 2012

PAS Makin Terpesong


Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebaliknya ia hanyalah parti politik yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia.

Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu boleh membuatkannya terkeluar daripada agama.

“Pas hanyalah sebuah parti politik dan dakwaan yang mengatakan Pas setaraf dengan agama hanyalah sebagai usaha menjadikan pengikutnya sebagai fanatik kepada parti dan sekali gus takut untuk berbeza pendapat dengan ketua mereka kerana bimbang akan terkeluar daripada ajaran agama Islam.Berita Penuh

MMI bawakan kepada semua pesanan daripada Almarhum Ust Fadzil Nor kepada pengikut-pengikut PAS.


Jelas dalam pesanan tersebut Almarhum Ust Fadzil Nor telah menyatakan bahawa Pas bukan untuk orang yang buru dunia tetapi tindakan dan sikap pemimpin-pemimpin dan juak-juaknya ternyata lebih mementingkan Putrajaya dan juga persuadaraan mereka bersama DAP sehinggakan sanggup menjadi keldai kepada pakatan Haprak.

MMI sedih melihat keadaan Pas hari ini yang dilihat syok sendiri.Sebahagian besar pengikut-pengikut Pas tahu bahawa parti pujaan mereka sebenarnya telah tersasar jauh dari perjuangan sebenar namun malu untuk mengakuinya.Semuanya dapat dilihat dengan jelas apabila maruah parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini dicarik-carik oleh sekutu yang mereka pilih sendiri iaitu DAP dan PKR.


Inilah musibah yang sedang melanda parti Pas sekarang sama ada mereka sedar atau tidak ianya sedang berlaku.Jika dulunya hampir semua ahli Pas menuduh bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional makan duit haram hari ini mereka sepatutnya malu kerana sepanjang proses pengagihan BR1M orang-orang merekalah yang paling kedepan untuk menerimanya.

MMI tak sampai hati nak masukkan gambar-gambar puak-puak Pas yang tak tau malu ini.Biarlah ianya menjadi simpanan sahaja.Sebagai penyokong tegar perjuangan UMNO dan Barisan Nasional yang partinya sentiasa dituduh tidak islamik oleh Pas,MMI mengambil ketetapan buat masa sekarang untuk tidak mendedahkan gambar-gambar tersebut kerana tidak mahu mengaibkan mereka-mereka yang menerimanya.


Inilah puncanya Pas dilihat tiada arah tuju dan menyimpang daripada perjuangan.Mereka hilang prinsip parti dan perjuangan Islamnya,semuanya gara-gara menyokong dan bersama dengan DAP serta PKR.Selagi sifat dan sikap dendam masih wujud dalam diri Nik Aziz,Pas pasti akan hancur tidak lama lagi.Semua ini tidak mustahil berlaku kerana mereka dilihat semakin ego,sombong dan angkuh memperlihatkan dengan jelas sifat-sifat kumpulan yang kononnya memperkenalkan diri sebagai pejuang Islam.

Kepada puak-puak Pas bangunlah bersuara lakukan perubahan dan selamatkan parti kerana untuk berbicara soal kerajaan perpaduan tetap dinantikan oleh seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu bergama Islam.

MMI - Kadang-kadang kesian juga tengok juak-juak Pas ni tapi bila mengenangkan cara dan tindakan merekalah yang akhirnya menyebabkan perjuangan Pas hari ini tidak jelas.

Fikirlah !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels