Followers

Thursday 2 February 2012

PANAS ! Giliran Azizan Pula Bakal Di Pecat


Ternyata Pas semakin melalut dan dilihat takut dengan bayang-bayang sendiri.Semuanya bermula apabila seluruh ahli Pas telah membuat ketetapan untuk menidakkan keupayaan para ulama dengan mengundi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan yang lalu.Inilah bukti jelas bahawa Pas dan juak-juaknya bukan memperjuangkan Islam seperti mana yang diwar-warkan kepada khalayak ramai.

Siapa Mat Sabu ? Apakah beliau merupakan pimpinan barisan ulama ? Semua ahli Pas sedar dan tahu akan siapa Mat Sabu namun tetap memilih beliau dan ianya membuktikan kumpulan Anwarinas sebenarnya telah menguasai tampuk kepimpinan sehinggakan menidakkan keupayaan barisan pemimpin yang kononnya ulama ini.

Terbaru dikhabarkan  Datuk Seri Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah hari ini bakal menjadi mangsa kepada kerakusan puak-puak Erdogan dalam Pas.Mereka dilihat kurang senang dengan tindakan beliau apabila dilihat seolah-olah menyokong akta AUKU melibatkan permasalahan pelajar yang berlaku di KUIN baru-baru ini.

Menyokong Akta AUKU bermakna menyokong UMNO dan sesiapa yang dilihat menyimpang daripada kehendak Pas Pusat perlu dinyahkan daripada parti supaya parti dapat terus dibersihkan dengan mereka yang  dilihat mahu berbaik dengan musuh Nik Aziz iaitu UMNO.Itulah hebatnya Pas hari ini bergerak dengan dipimpin oleh puak-puak pendendam dan taksub terhadap Nik Aziz seorang manusia yang bertanggungjawab menjatuhkan Menteri Besar Kelantan dari kalangan ahli Pas sendiri satu ketika dulu.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan itu.

Ia terbukti apabila hari ini, Menteri Besar Kedah itu secara terbuka berkata, pelaksanaan apa yang terkandung dalam buku itu yang juga manifesto Pakatan Pembangkang bergantung kepada kesesuaian sesuatu negeri.

Sehubungan itu beliau menegaskan, terdapat perkara-perkara dalam buku manifesto berkenaan yang perlu ditangguh pelaksanaannya sehingga suasana mengizinkan dengan mengambil kira keadaan politik dan masyarakat setempat.

“Kita menghormati Buku Jingga tetapi ada benda-benda yang kadang-kadang kita boleh guna sekarang dan yang tak boleh lagi sebab setiap negeri itu ada masalah tertentu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini.

Sebelum ini Azizan dikritik oleh pemimpin kedua-dua parti itu kerana didakwa tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga berhubung isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini.

Ia memandangkan mereka membuat tafsiran bahawa Azizan yang juga Pengerusi KUIN mengambil tindakan berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) manakala dalam Buku Jingga dicadang dimansuhkan jika pembangkang memerintah negara.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, tindakan tidak mematuhi sebahagian kandungan Buku Jingga bukan bererti beliau menolak buku tersebut tetapi berpendapat janji-janji dalam buku itu lebih sesuai dilaksanakan jika pakatan pembangkang memerintah negara.

“Sebagai contoh, dalam al-Quran, hukum mencuri adalah potong tangan tetapi terdapat juga kes pada zaman dahulu pencuri tak dipotong tangan kerana tahun itu berlaku kebuluran, jadi maknanya tak melaksanakan hukum itu bukan bererti menolak al-Quran tetapi mengambil kira suasana untuk memberi keadilan,” jelasnya.

Justeru, beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pada masa sama akan menghantar pegawainya ke Kuala Lumpur untuk menjelaskan isu penggantungan pelajar KUIN itu kepada Pas Pusat.

MMI melihat semuanya bermula apabila Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.Klik Sini

Sementara itu, kata Azizan, terserah kepada pucuk pimpinan Pas Pusat sama ada memilih beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 atau sebaliknya.

Pesuruhjaya Pas negeri itu berkata, jika Pas Pusat tidak mahu beliau bertanding lagi menjadi calon pilihan raya maka beliau akan akur dan berhenti daripada memegang jawatan.

Itu hak Pas Pusat dan pemimpin di atas, kalau tak beri bertanding maka saya berhenti tetapi selagi saya di sini maka saya buat kerja macam biasa,” katanya.

Lain macamkan kenyataan Azizan kali ini ? Inilah sikap puak-puak Pas yang dah semakin kelam-kabut dengan perjuangan mereka sendiri.MMI yakin Azizan bakal menjadi mangsa seterusnya dalam kemelut Pas yang dilihat semakin parah ini.Pas sudah tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri apatah lagi mereka yang disangsikan ini terdiri daripada barisan kepimpinan.

Sejauh mana Pas mampu bertahan ? 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels