Followers

Monday 19 March 2012

BUKTI Anwar & Pakatan Haprak GENTAR Hadapi Rakyat


Pakatan Haprak yang kononnya hebat dan sentiasa membawa suara rakyat ni dilihat semakin buntu dan gelabah dengan tempoh masa Pilihan Raya yang semakin dekat.Mereka dilihat lebih kepada soal mencari kesalahan kerajaan Barisan Nasional daripada bekerja untuk rakyat dan ternyata ianya memakan diri sendiri apabila rakyat Malaysia keseluruhannya sudah bijak menilai.

Perkataan "Rakyat Bersama Kami" atau "Kami Membawa Suara Rakyat" sudah tidak relevan lagi kepada Pakatan Haprak kerana persoalan yang sering timbul adalah "Suara rakyat mana yang mereka bawa "? ini disuarakan oleh kebanyakkan rakyat mahupun masyarakat yang MMI temui hampir setiap hari.Barangkali mereka membawa suara bukan rakyat Malaysia agaknya kerana hari ini jelas terdapat kuasa-kuasa luar yang mahu melihat kerajaan Barisan Nasional tumbang.

Jika bercakap soal pembangkang di Malaysia jelas mereka bukan daripada kumpulan atau golongan yang secara jujurnya mahu membela rakyat.Lihat saja setiap langkah dan kerja buat mereka semuanya dipolitikkan dan politik ini bukan saja untuk mendapatkan sokongan rakyat malah sanggup melakukan kerja-kerja politik jijik yang menyerang individu mahupun institusi kerajaan dengan harapan rakyat hilang kepercayaan seterusnya membantu gerakan mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dengan sokongan daripada sahabat baik Anwar ISRAEL.

Terbaru dalam soal ketelusan Pakatan Haprak menghadapi rakyat jelas dilihat mereka masih tidak mendapat kata putus khususnya dalam soal pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka.Sebagai sebuah parti yang berdiri atas nama Pakatan Rakyat seharusnya mereka lebih terbuka untuk menghadapi rakyat.Lihat saja bagaimana mereka begitu teruja dalam misi mereka untuk menuju Putrajaya dan Pilihan Raya Ke-13 adalah pentas terbaik mereka untuk merealisasikan impian ini namun ternyata mereka takut dengan bayang-bayang sendiri malah takut untuk membiarkan rakyat yang menentukan.

Pi mai pi mai, tang tu juga! Pakatan Pembangkang nampaknya masih menemui jalan buntu untuk mencapai kesepakatan mengenai isu pilihanraya apabila mesyuarat pimpinan utama PKR-PAS-DAP di bangunan parlimen petang Selasa gagal capai kata putus.

Dalam laporan yang ditulis oleh Agenda Daily menyebut pada sidang media yang diadakan selepas mesyuarat itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan alasan bahawa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri perlu bermesyuarat terlebih dahulu untuk mendapatkan konsensus.

Peliknya...keputusan politik seumpama itu biasanya dibuat oleh mereka.

Kebuntuan ini dikatakan berbangkit kerana Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak berganjak dari pendiriannya hendak mengadakan pilihanraya serentak dengan Kerajaan Pusat.

Sebaliknya Pulau Pinang dan Selangor masih nak main politik tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing jika pilihanraya umum diadakan sebelum Jun tahun ini.

Ditanya sekiranya semua negeri Pembangkang gagal mencapai kata sepakat dalam mesyuarat itu nanti, Anwar berkata, keputusan muktamad terletak di tangan negeri masing-masing.

“Keputusan konsenses boleh jadi kita tidak akan buat serentak (dengan Kerajaan Pusat). Ia keputusan negeri masing-masing. Barangkali adalah lebih baik Kelantan sahaja mengadakan pilihanraya serentak dengan pusat, tetapi tidak Selangor.

“Biarlah mereka suarakan pendapat dan kita akan dengar,” kata Anwar yang menyerahkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mengaturkan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan.

Diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang memberikan salah satu alasan negeri itu mahu mengadakan pilihanraya serentak dengan pusat kerana ia lebih menjimatkan di segi kewangan dan tenaga kerja, Anwar berkata beliau bersetuju.

“Betul pandangan Tok Guru itu, tetapi saya nak dengar juga pandangan Menteri Besar lain. Tak ada keputusan muktamad. Yang penting kita menang. Sama ada sekali atau tak sekali,” katanya.

Anwar berkata Pakatan juga telah bersetuju agar ketiga-tiga parti hanya akan mengemukakan satu manifesto peringkat nasional atas nama manifesto Pakatan Rakyat dan PRU akan datang.

Mengenai pembahagian kerusi, Anwar berkata sebahagian besar sudah diselesaikan. Katanya beberapa kerusi yang tidak selesai akan dibincangkan sebelum akhir bulan ini.

Sementara itu Guan Eng berkata, perbincangan antara Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan akan dirahsiakan. Katanya perbincangan itu akan diatur secepat mungkin.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Hadi Awang berkata, kerajaan pusat sepatutnya berunding dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri mengenai tarikh pilihanraya. “Patut mereka runding juga Menteri Besar dan Ketua Menteri Pembangkang, bukan sahaja dengan pihak BN sahaja supaya ia mudah diselaraskan,” katanya.

Hahaha apa punya kenyataan Hadi Awang buat ? Kata dah hebat sangat dah kenapa pula nak minta kerajaan persekutuan untuk bincang dengan negeri dibawah pentadbiran pembangkang.Sebelum ini bukan main berani lagi sampaikan tak sabar-sabar nak tunggu Pilihan Raya.Pelancaran jentera sana-sini alih-alih kenyatan itu yang dikeluarkan.Memang hampeh lah Pakatan Haprak ni.

Cukup memalukan sebagai sebuah parti yang kononnya hebat ni sekiranya soal pembubaran DUN pun tak boleh nak dapatkan keputusan yang sama apatah lagi dalam soal nak jadi pemerintah negara.

Ternyata Pakatan Haprak DAYUS dalam menghadapi rakyat!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels