Followers

Monday 30 April 2012

Bersih 3.0 Nik Aziz Bayar Babi Kuning Untuk Bersama Barua Yahudi


Nik Aziz seorang pemimpin tertinggi Pakatan Haprak dilihat memperakui bahawa beliau turut memberikan sehjumlah wang kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi babi kepada Ambiga merusuh di Kuala Lumpur.

Berikut merupakan kenyataan dan laporan dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 April 2012 :

KOTA BAHARU 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan.

"Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi.

"Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu seperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara.

Ketika ditanya adakah Pas turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya.

"Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas.

Begitulah tindakan seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup memberikan wang kepada juak-juaknya semata-mata untuk memperlihatkan akan keprihatinan mereka terhadap penganjuran BERSIH.Paling menarik Nik Aziz lupa agaknya pemberian tersebut jelas memperlihatkan beliau menyokong tindakan AMBIGA seorang manusia yang jelas menolak Islam dan menyokong LGBT.

Soalnya sekarang apakah perjuangan Pas ? Adakah Pas memperjuangkan Islam dengan bersama Ambiga atau BERSIH ? Bagi setiap manusia khususnya orang Melayu yang beragama Islam yang di anugerahkan akal dan fikiran oleh Allah SWT sudah pasti dapat melihat kepincangan ini serta ianya merupakan isyarat jelas bahawa Pas hari ini sudah terpesong.Perjuangan Pas hari ini lebih kepada perjuangan untuk mendapatkan kuasa dengan bersama PKR dan DAPigs.

MMI serahkan kepada semua untuk menilai selebihnya.

Berkenaan BERSIH 3.0 ini , MMI mahu mengajak semua untuk sekali lagi kita melihat apakah yang kononnya tuntutan mereka.

Tuntutan BERSIH:
1. Bersihkan senarai undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas & adil
5. Tempoh berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor   

1.MMI mahu mengingatkan kepada semua berkenaan tuntutan pertama,amat jelas tuntutan pertama ini sebenarnya tidak relevan langsung kerana SPR bakal mempamerkan nama-nama pengundi bermula 2 Mei 2012 di setiap kawasan daerah mengundi.Dalam tempoh itu setiap parti politik mahupun pihak-pihak tertentu boleh mengemukakan bantahan sekiranya terdapat sebarang keraguan daripada senarai pengundi yang di pamerkan dan semua itu di buat oleh SPR sebelum nama-nama tersebut di wartakan sebagai pengundi.Apakah ini masih di katakan tidak bersih ?

2.Tuntutan kedua reformasikan undi pos,sebenarnya semua pihak khususnya parti-parti politik sudah sedia maklum bahawa undi pos yang dijalankan sebenarnya cukup telus bila mana semua wakil-wakil parti politik yang bertanding dibenarkan berada dalam setiap bilik membuang undi.Soalnya apa lagi yang mahu di reformasikan oleh Ambiga dan juak-juaknya ?

3.Gunakan dakwat kekal,rasanya pihak SPR sudah pun menjalankan ujian dan penelitian terhadap tuntutan ini dan kemungkinan besar pilihan raya ke 13 nanti penggunaan dakwat kekal ini akan digunakan.Sekiranya tidak digunakan sekalipun adakah ianya akan mewujudkan pengundi hantu seperti yang dicanangkan oleh Ambiga dan Pakatan Haprak ? Jangan lupa sekiranya BN mempunyai pengundi hantu sudah pasti pilihan raya ke 12 yang lalu BN tidak akan kalah di 5 buah negeri.

4.Akses media yang bebas & adil,Apakah selama ini media di Malaysia tidak bebas ? Apa lagi yang dimahukan oleh mereka kerana melihat kepada dominasi media maya dan penyampaian maklumat melalui akses internet tidak pernah di sekat oleh kerajaan.Lihat kepada media pembangkang seperti Harakah,Suara Keadilan dan lain-lain adakah media pembangkang melakukan tindakan bebas & adil seperti mana yang dituntut ? Malah jika dibandingkan kedua-dua media diantara kerajaan dan pembangkang cukup jelas media pembangkang cukup hebat malah sentiasa melakukan pembohongan,tuduhan dan fitnah yang tidak berasas sama sekali.Bandingkan.

5.Tempoh berkempen minima 21 hari,satu tuntutan yang jauh menyimpang daripada apa yang telah pihak kerajaan berikan kepada semua parti politik.Lihat saja pihak pembangkang saban hari sentiasa mengadakan pentas-pentas ceramah hampir setiap hari dan jika dikira tempoh masa berkempen pihak pembangkang sebenarnya telah diberikan akses atau kebenaran untuk berkempen sepangjang tahun.

6.Kukuhkan institusi awam,apa lagi yang mahu dikukuhkan ? Jangan lupa pembangkang pernah menyatakan sekiranya mereka memerintah negara maka jumlah kakitangan awam akan dikurangkan.Adakah ini bererti mengukuhkan institusi awam ? Malah jika dilihat institusi awam sekarang dengan program yang dijalankan oleh pihak kerajaan melalui GTP sudah menampakkan keberkesanannya.Tuntutan seperti ini hanyalah satu tuntutan berniat jahat yang hanya mahu mewujudkan satu sentimen rakyat membenci kerajaan.

7.Hentikan rasuah,melihat kepada mereka-mereka yang telah ditangkap dan diadili di mahkamah jelas memperlihatkan usaha pihak kerajaan dalam membasmi rasuah.Penubuhan SPRM sebenarnya merupakan salah satu usaha terbesar dan bersungguh-sungguh oleh kerajaan dalam usaha membasmi gejala rasuah.Namun jangan kita lupa pembangkanglah yang sedang berusaha untuk mencalar serta memperlihatkan kepada rakyat bahawa SPRM merupakan badan yang tidak bebas sedangkan ianya diberikan kuasa penuh untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan.

8.Hentikan politik kotor-Hahaha yang ini MMI memang geli hati,bayangkan babi-babi BERSIH ini mahu menuntut supaya hentikan politik kotor.Barangkali mereka lupa agaknya politik siapa yang kotor selama ini.Antaranya Ambiga merupakan salah seorang yang menyokong LGBT dimana kumpulan ini merupakan kumpulan seks songsang sesama jenis yang jelas amat jijik dan kotor di mata rakyat Malaysia keseluruhannya.Anwar Ibrahim dengan kes video seks malah pernah berjanji kepada Malaysia bahawa 16 Sept kerajaan akan bertukar yang akhirnya memalukan diri sendiri sehinggakan keluarnya pemimpin-pemimpin mereka sendiri kerana politik menipu yang cukup kotor dimainkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan ini.Jangan lupa juga isu beliau bersama Samsidar isteri kepada Azmin Ali yang hari ini hanya menunggu masa untuk didedahkan oleh orang kuatnya sendiri Datuk Nallakaruppan.Begitu juga dengan Mat Sabu yang ditangkap khalwat malah rakaman perbualan telefon beliau bersama isteri orang tersebar diseluruh negara diangkat sebagai Timbalan Presiden Pas,Isu Hasan Ali yang di pecat daripada Pas,fitnah terhadap YAB PM berkenaan pembunuhan Altantuya dan paling mutakir ini tindakan merusuh oleh babi-babi BERSIH di bawah pimpinan Ambiga Barua Yahudi.

Semua di atas cukup jelas membuktikan tindakan himpunan BERSIH 3.0 adalah semata-mata untuk menimbulkan kekacauan dan bukannya untuk menuntut 8 tuntutan mereka.Malah MMI percaya daripada jumlah yang hadir dalam himpunan BERSIH 3.0 itu sendiri jika di tanya tujuan dan apa yang dituntut sudah semestinya tidak akan dapat memberikan jawapan.

MMI turut dimaklumkan oleh mereka yang berada di ibu kota dalam himpunan BERSIH 3.0 bahawa perusuh-perusuh tersebut di bayar sejumlah wang sebanyak RM200 bagi memudahkan mereka sepanjang berada di sana.Ini diakui sendiri oleh perusuh terbabit yang berasal dari Kedah melalui perbualan sesama mereka yang didengari dengan jelas oleh salah seorang kenalan MMI.

Inilah sikap pembangkang yang hanya tahu menuding jari kepada orang lain sedangkan mereka sendiri sebenarnya cukup lemah malah sanggup melakukan apa saja untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diberikan mandat oleh rakyat sebagai kerajaan yang sah.

Apa pun yang paling bangang sekali adalah Pas kerana hari ini jelas Ambiga menyalahkan Unit Amal Pas di atas apa yang berlaku.Maksudnya Pas hanya menjadi kuda tunggangan kepada misi dan matlamat Ambiga dan konco-konconya.

Wallahualam.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels