Followers

Thursday 5 April 2012

PERINGATAN Buat Semua Rakyat Malaysia!


Dalam tempoh masa pilihan raya bakal diadakan , MMI mengambil peluang ini untuk sama-sama mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk kembali mengingati peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di Dewan Rakyat melibatkan pendedahan secara langsung terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Haprak oleh mereka-mereka yang pernah berada atau bersama-sama dengan perjuangan Anwar dan Pakatan Haprak satu ketika dulu.Mengambil kira bahawa pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya yang paling sengit di antara Barisan Nasional dan Pakatan Haprak maka pendedahan di bawah ini dirasakan amat perlu untuk diulang dengar supaya rakyat tidak di pesongkan dengan tipu muslihat yang semakin menjadi-jadi oleh Pakatan Haprak.

Kita ikuti pendedahan tersebut.

 

Lihat saja bagaimana Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang tidak mampu berdepan dengan bekas rakan seperjuangan sendiri apabila pendedahan penipuan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh beliau didedahkan.Ternyata Anwar Ibrahim pembohong besar dan merupakan entiti yang paling bahaya kepada negara kerana sanggup mempergunakan nama Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera semata-mata dengan niat untuk melakukan rampasan kuasa serta sanggup menipu  rakan seperjuangan sendiri hanya untuk mendapatkan kuasa demi kepentingan politik peribadi murahan.




Itulah dia manusia bernama Anwar Ibrahim dan perlu diingat bahawa Pakatan Haprak sebenarnya gagal menyumbang sesuatu untuk negara apatah lagi kepada rakyat seluruhnya.Ingatlah keputusan di tangan kita dan percayalah satu kesilapan yang kita buat hari ini bakal menyumbang kepada apa yang dinikmati oleh generasi selepas kita.Oleh itu buatlah keputusan terbaik dengan memilih Barisan Nasional pada pilihan raya nanti.

Sebelum itu jom kita ikuti pula pendedahan oleh Umi Hafilda berkenaan siapa Anwar Ibrahim ? Pendedahan Umi Hafilda merupakan satu pendedahan yang cukup membuatkan Anwar Ibrahim senak perut dan sehingga kini tiada satu pun saman yang dikeluarkan oleh Anwar terhadap Umi Hafilda.Mengapa agaknya ?





Kepada semua buatlah penilaian terbaik dan fikirkan tentang masa depan negara.MMI cuma nak ingatkan semua video diatas melibatkan mereka-mereka yang pernah terlibat dengan Anwar Ibrahim dan bukannya didedahkan oleh pemimpin UMNO.Di ulang semua yang diatas adalah mereka-mereka yang pernah terlibat dengan Anwar mahupun Pakatan Haprak dan bukannya dari kalangan pemimpin UMNO.

Fikir dan nilailah.

Ayuh Selamatkan Malaysia!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels