Followers

Wednesday 9 May 2012

"Gemilang Usahawan" Platform Terbaik Buat Semua


Bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin akan nasib rakyatnya maka bertempat di Dewan Besar Sungai Dua Tasek Gelugor Pulau Pinang bakal berlangsungnya satu program yang di namakan "GEMILANG USAHAWAN" yang dianjurkan oleh MTEM (Majlis Tindakan Ekonomi Melayu) dengan penaja bersama BSN.


Program yang bakal dirasmikan dan dilancarkan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor ini akan diadakan pada 13 Mei 2012 Ahad bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 6.30 petang yang turut menyediakan pelbagai pilihan kepada semua rakyat khususnya kepada warga Pulau Pinang.


Program yang turut mendapat kerjasama yang cukup baik daripada Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan juga Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor ini bakal menghidangkan peluang-peluang yang amat berguna kepada rakyat khususnya kepada belia-belia dan para usahawan kerana fokus diberikan kepada jaringan perniagaan dan membina usahawan yang berjaya.

Selain daripada itu pelbagai acara turut disediakan termasuklah persembahan daripada artis yang dijemput terdiri daripada AwiRafael,Fiq Mentor dan Wana.Turut tidak ketinggalan adalah Dr Sheikh Muzaffar Shah Angkasawan Negara yang bakal bersama semua yang hadir dalam slot khas bersama beliau.

Pelbagai acara luar juga bakal mengambil tempat dengan pertandingan Futsal,Pertandingan Motorsikal Tercantik,Konvoi Bermotor,Kayuhan lasak,Pameran kereta,BigBikes dan banyak lagi yang semuanya akan mengisi slot masing-masing.

 

GEMILANG merupakan sebuah program ‘outreach’ ke seluruh negara dengan aspirasi meningkatkan kesedaran dan pembangunan keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu. Program berbentuk jelajah dan bengkel keusahawanan ini merupakan insiatif ulung MTEM dalam menyuntik kesedaran terhadap masyarakat Melayu di segenap lapisan mengenai usaha menganjak paradigma serta merubah lanskap ekologi keusahawanan Melayu di Malaysia. GEMILANG juga mejadi wadah pertemuan di antara MTEM bersama ahli-ahli di peringkat akar umbi. 

Kepada semua yang berada disekitar Tasek Gelugor dan seluruh negeri Pulau Pinang jangan lepaskan peluang ini kerana ianya bakal memberikan ruang serta peluang yang tidak ternilai yang mungkin hanya sekali berada di kawasan kita.

MMI berbangga kerana program sebaik ini dimulakan di Pulau Pinang dan ianya membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha membantu dan memberikan yang terbaik kepada rakyatnya.

Syabas kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mengadakan program ini kerana ianya merupakan satu lagi usaha terbaik kepada rakyat khususnya kepada golongan belia kerana apa yang bakal disajikan merupakan elemen terbaik dalam kita berusaha mencapai kecemerlangan.

Ayuh semua ramai-ramai kita ke Gemilang Usahawan Ahad ini !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels