Followers

Friday 8 June 2012

Hampir 80,000 Bersama PM Di Jelajah Janji Ditepati Kulim Hi-Tech


Program Jelajah Janji Ditepati bagi negeri Kedah yang diadakan di Kulim Hi-Tech dikhabarkan berjaya menghimpunkan hampir 80,000 pengunjung.Rata-rata mereka yang hadir menyatakan mahu turut bersama YAB PM bagi menyatakan sokongan yang tak berbelah bahagi terhadap kepimpinan YAB PM dan juga kerajaan Barisan Nasional.

Sekiranya mengikut daripada program yang diadakan sepanjang hari ini ianya jelas membuktikan bahawa rakyat negeri Kedah sebenarnya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengembalikan negeri kedah kepada Barisan Nasional.

Malah jika diikutkan dari ucapan YAB PM sebentar tadi dalam ucapan beliau ada menyatakan bahawa Kedah yang dipinjamkan sementara ini akan di kembalikan kepada Barisan Nasional dengan sokongan seluruh rakyat Kedah.

Melihat puluhan ribu lautan manusia yang bersama-sama dalam jelajah janji Ditepati cukup untuk memberikan mesej jelas kepada Pakatan Haprak bahawa rakyat sudah bersedia sepenuhnya untuk menolak Pakatan Haprak dalam PRU 13 nanti kerana dasar dan janji mereka yang hanya indah khabar dari rupa.

Dari segi dasar yang sering berubah-rubah juga cukup untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa Pas dan sahabatnya perlu di tolak dari bumi Kedah supaya rakyat dapat terus menikmati kemakmuran bersama kerajaan Barisan Nasional.

Berikut MMI bawakan gambar-gambar serta video dari lokasi program Jelajah Janji Ditepati untuk anda melihat sendiri bagaimana sokongan rakyat terhadap YAB Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.









Kita lihat juga dalam bentuk rakaman yang turut menyaksikan puluhan ribu pengunjung yang memenuhi tapak Program Jelajah Janji Ditepati.


Semoga YAB PM dapat terus memberikan yang terbaik untuk rakyat.Kepada puluhan ribu pengunjung dan rakyat Kedah masanya akan tiba untuk anda tentukan nasib anak bangsa selepas ini.Kita buktikan dalam pilihan raya yang akan datang.

Jom Pilihlah Barisan Nasional untuk kebaikan kita bersama.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels