Followers

Wednesday 20 June 2012

Nik Aziz Makin Takbur !!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan peringatan beberapa ulama terkenal apabila mempertahankan kenyataan beliau supaya ahli Pas yang terlibat secara langsung sebagai jentera parti dalam pilihan raya umum, menangguhkan ibadah haji.

Ini kerana menurut Nik Abdul Aziz, Rasulullah sendiri pernah menangguhkan ibadah haji selama empat tahun apabila hanya menunaikan ibadah tersebut pada tahun kesepuluh hijrah, sedangkan ayat mewajibkan ibadah haji diturunkan pada tahun keenam hijrah.

"Ya saya mempertahankan, dia tak setuju dia punya fasal, tapi kita ada hujah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 20 Tahun Ar-Rahn di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Ahli Akademik dari Arab Saudi,Ahmad Hamad al-Jilani menyifatkan mana-mana pihak yang menggunakan hukum pelaksanaan hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya hanya mencari keredaan pengundi bukannya keredaan Allah.

Dalam pada itu,Nik Abdul Aziz berkata,Pas akan tetap berkempen bahawa pengundi yang mengundi parti Pas itu pada pilihan raya akan memperoleh pahala.

"Ya, orang undi Islam boleh pahala, kalau tak undi Islam ini nak boleh pahala apa? Mana nak (dapat) pahala undi kebangsaan, pahala mari daripada Allah, Allah tidak anjur kebangsaan, Allah anjur Islam, saya ulang sekali lagi orang undi Islam dapat pahala," katanya.

Ditanya kemungkinan berlaku kekeliruan dalam kalangan umat Islam berhubung kenyataannya itu, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata:

"Kekeliruan tak boleh tinggal, zaman Nabi pun keliru, Nabi Muhammad turun dari langit, Israk Mikraj, banyak orang murtad, tu zaman Nabi wajah Nabi orang perhati (lihat), ucapan Nabi orang dengar, tapi murtad juga. Itu zaman Nabi, zaman saya pelik apa kalau orang Melayu tolak Islam."

Mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Pas membuat keputusan tanpa pertimbangan teliti dan terlalu emosional apabila kembali membenarkan semula qariah menyertai tilawah al-Quran, Nik Abdul Aziz menegaskan, setiap manusia ada emosi dan ia sepatutnya digunakan untuk Islam, bukan bangsa Melayu atau kebangsaan.

"Mana boleh buang emosi, emosi pemberian daripada Allah dipergunakan untuk kebaikan di dunia akhirat," katanya.

Apa yang MMI nak cakap senang ja , Apakah Nik Aziz ni boleh disamakan dengan Nabi Muhammad ?MMI tak nak komen banyak sangat lah tapi ampa semua nilai lah sendiri setiap ungkapan Nik Aziz ni. 

Amat jelas sekali sifat bongkak dan takbur sudah mula dipertontonkan kepada seluruh rakyat.

Pssst Orang utara kata cakap pandai!!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels