Followers

Thursday 19 July 2012

Pakatan Rakyat BIADAP Dalam Usaha Merampas Parlimen Kepala Batas !!


Pakatan Rakyat dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu merampas parlimen Kepala Batas daripada UMNO.Ini di buktikan dengan artikel terbaru daripada SuaraPakatanRakyat.com yang sudah mula mencongak dan merancang strategi bagi mendapatkan kerusi parlimen tersebut.

Dengan berita pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak lagi bertanding sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas ianya dilihat memberikan sedikit ruang untuk Pakatan Haprak mengintai malah mahu menjadikan parlimen tersebut sebagai milik Pakatan Haprak.


Nama Yusmadi Yusof Ahli Parlimen Balik Pulau yang diberitakan masih samar untuk ditempatkan di Balik Pulau menjadi pilihan mereka untuk dicalonkan sebagai calon Ahli Parlimen Kepala Batas dengan mengambil kira Pakatan Haprak boleh mendapatkan sokongan daripada pengundi bukan melayu.Justeru Pas diminta untuk memberikan laluan kepada PKR bagi mencapai hasrat itu.


Dalam gerak kerja mereka untuk mendapatkan kerusi Parlimen Kepala Batas,nama Dato Seri Reezal Merican Naina Merican Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas merangkap Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia menjadi topik hangat yang diperbincangkan.

Malah juak-juak Pakatan Haprak juga dilihat melampau apabila menyatakan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas di RAMPAS daripada Datuk Ahmad Darus sedangkan proses perubahan pimpinan tersebut berlaku dalam keadaan yang cukup harmoni malah dilakukan melalui perbincangan yang cukup baik tanpa membelakangkan sesiapa.


Kenyataan RAMPAS jelas sengaja ditulis bagi menunjukkan bahawa proses peralihan kepimpinan tersebut berlaku dalam keadaan yang penuh emosi dan pertandingan bertujuan untuk menimbulkan rasa kurang senang sebahagian masyarakat khususnya yang berada di Kepala Batas.

Semuanya tidak lain dan tidak bukan semata-mata bagi mendapatkan sokongan serta undi untuk Pakatan Haprak menapak di bumi Kepala Batas.

Selain daripada itu kenyaan berkenaan keturunan 'Mamak' juga di sebut dan bagi MMI ianya merupakan satu tindakan terdesak dan paling biadap apabila meletakkan keturunan 'Mamak' sebagai mereka yang hanya layak dalam bidang-bidang tertentu. 

Sebagai bekas Ketua Pemuda Bahagian sendiri (sebelum dirampas Reezal), Ahmad Darus lebih dekat dengan masyarakat disitu selain hakikat bahawa beliau bukan terdiri daripada keturunan ‘mamak’.  Ramai penyokong UMNO dan penduduk Pulau Pinang yang sudah bosan dengan kebanjiran keturunan ‘mamak’ dalam politik negeri itu.

‘Mamak’ menurut mereka, hanya layak menjual nasi kandar, nasi beriani dan seumpama dengannya.

Sebagai rakyat kepada sebuah negara merdeka seperti Malaysia,apakah kita boleh bertindak sesuka hati dengan memperlekehkan satu-satu keturunan itu ?

Tindakan SuaraPakatanRakyat.com melabelkan keturunan 'Mamak' sebagai mereka yang hanya layak menjual nasi kandar,nasi beriani dan seumpama denganya adalah satu tindakan yang tidak boleh di maafkan.

Apakah mereka juak-juak Pakatan Haprak boleh berdiam diri sekiranya orang-orang UMNO pula melabelkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebagai bangsa komunis paling bangsat dalam negara ? 

Apakah mereka boleh berdiam diri sekiranya orang-orang UMNO melabelkan Nik Aziz sebagai bangsa Siam Perut Hijau yang hanya layak ditempatkan di negara Gajah Putih ? 

Apa pula akan berlaku sekiranya orang-orang UMNO melabelkan Nurul Izzah sebagai seorang anak kepada peliwat dan kaki pelacur ?

Pastinya akan ada pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut.Begitulah juga apabila perkara yang sama dilabelkan kepada satu-satu keturunan lain sebegitu rupa kerana ianya tidak adil.Mereka juga sebenarnya sebahagian daripada rakyat Malaysia yang turut menyumbang kepada kejayaan negara.

Jelas sekali juak-juak Pakatan Haprak cukup terdesak sekarang !

Apa yang boleh MMI katakan sikap yang ditunjukkan melalui penulisan sebegitu rupa membuktikan Pakatan Haprak sudah semakin hilang integritinya.

Kepada Yusmadi Yusof,Sila dan jemputlah bertanding di Kepala Batas kerana kamu dan jentera kamu bakal berdepan dengan bala tentera UMNO dan BN yang tidak pernah kamu saksikan sepanjang hayat kamu.

Apatah lagi gandingan terbaik di antara Dato Reezal Merican dan Datuk Ahmad Darus bakal meranapkan impian kamu seterusnya menguburkan Pakatan Haprak di Kepala Batas.Klik Sini

Psssttt Suka juga makan nasi kandar yang Mamak masak..

MMI.

2 comments:

  1. MMI, aku bantu utk promote blog hang
    http://panggungopera.blogspot.com/2012/07/sadis-autocity-juru-kini-dah-jadi.html

    Hang punyai penulisan yang baik.
    Aku harapkan blog hang ramai yang akan baca lagi.
    Rajin2 la blogwalking minta link dan promote se merata mungkin.Teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Bro..Aku hargai pertolongan kwn2..Ampa semua terbaik..

      Delete

Labels