Followers

Friday 14 September 2012

Nik Aziz Tinggalkan Mesyuarat ! Inikah Pemimpin Yang Juak-Juak PAS Mahukan ??



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak berpuas hati dengan Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau meninggalkan mesyuarat majlis itu lebih awal, Ahad lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang pemimpin ulama parti itu yang juga ahli Majlis Syura Ulama.

Beliau menyifatkan Nik Abdul Aziz benar-benar mahu melihat Nasharudin dihukum kerana mengambil pendirian bertentangan dengan dasar parti apabila mendesak Pas mengkaji semula kerjasama dengan pakatan pembangkang.

Menurut sumber dalaman Pas, Nik Abdul Aziz mula menunjukkan reaksi tidak selesa dan tidak berpuas hati apabila mendapati agenda mesyuarat pada malam tersebut yang sepatutnya membincangkan isu Nasharudin langsung tiada dalam senarai sebagaimana diharapkan.

"Reaksi Tok Guru (Nik Abdul Aziz) begitu ketara selepas beliau meneliti agenda mesyuarat. Beliau nyata tidak berpuas hati dengan ketetapan majlis syura untuk tidak membincangkan isu Nasharudin, malah, sepanjang mesyuarat, beliau begitu kerap melihat jam tangan sebagai tanda tidak selesa.

"Terdahulu semasa Nasharudin bersalam dengan beliau sebelum mesyuarat, Tok Guru dilihat bersikap dingin. Nik Abdul Aziz turut memberi alasan terpaksa meninggalkan mesyuarat awal kerana tidak tahan dengan kesejukan penghawa dingin di bilik itu," kata sumber itu yang juga pemimpin kanan Pas kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber sama, Nik Abdul Aziz meninggalkan majlis kira-kira pukul 9 malam dan mesyuarat itu kemudian dipengerusikan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din.Lagi Berita 

MMI dah faham sangat dengan perangai sorang ni , dari berita yang disampaikan jelas sekali Nik Aziz merupakan seorang pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan bersikap diktator.

Diktator kerana tindakan beliau meninggalkan mesyuarat dengan alasan penghawa dingin terlalu sejuk adalah satu alasan paling bangang yang pernah MMI dengar.Nik Aziz jelas memperlihatkan sikap beliau yang mahukan semua pihak supaya akur dan patuh kepada apa saja yang beliau mahukan.

Beliau mahukan supaya Nasharuddin di pecat daripada PAS namun hajat itu tidak kesampaian dan kerana itulah Nik Aziz bersikap sedemikian malah MMI labelkan beliau sebagai pendendam.

Beliau sebenarnya sudah lama berdendam dengan Nasharuddin kerana tidak seiring dengan matlamat dan perjuangan peribadinya yang kini sudah semakin keterlaluan.Klik Sini

Jika sebelum ini Nik Aziz pernah menyuarakan supaya Nasharuddin keluar dari PAS , hari ini rasanya orang yang selayaknya keluar dari PAS adalah Nik Aziz sendiri.

Beginikah sikap pemimpin (Nik Aziz) yang juak-juak dan parti PAS mahukan ? Sudah-sudahlah...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels