Followers

Monday 10 September 2012

Terkini !! Tiada Tindakan Displin & Nasharudin Mat Isa Kekal Sebagai Ahli PAS


Majlis Syura PAS Pusat memutuskan mengekalkan keahliah PAS terhadap Bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Persidangan yang baru sahaja berakhir sebentar tadi itu juga memutuskan Nasharudin dikekalkan memegang jawatan sebagai salah seorang anggota Ahli Majlis Syura PAS Pusat.

Keputusan rasmi yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga menolak spekulasi beberapa pihak yang mendakwa Nasharudin bakal dipecat sebagai anggota keahlian parti malam ini.

Walaubagaimanapun, Hadi Awang enggan mengulas tentang status pencalonan Nasharudin pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan menjelaskan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

Untuk rekod, PAS sebelum ini pernah mengambil tindakan memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr. Hasan Ali kerana bertindak sama menggesa parti tersebut meninggalkan Pakatan kerana tidak seteru dengan perjuangan DAP dan PKR.

Seperti yang MMI jangkakan pastinya Nasharudin tidak akan dikenakan sebarang tindakan malah dikekalkan keahlian PAS.Klik Sini

Inilah bukti bahawa PAS sebenarnya takut kepada aura dan kebolehan yang dimiliki oleh Nasharudin.Jika dibandingkan dengan kes pemecatan Dr Hassan Ali jelas keputusan ini merupakan satu keputusan berat sebelah dan tidak adil khususnya kepada Dr Hassan Ali.

Perlu diingat keputusan ini juga bererti PAS mengakui bahawa segala kenyataan Nasharudin selama ini yang menjadi kontroversi sebenarnya adalah kenyataan yang benar.

Belajarlah menerima hakikat tersebut.

Satu kemenangan kepada Nasharudin satu-satunya pemimpin berani yang masih tinggal dalam PAS.

Teringat satu peristiwa yang pernah berlaku satu ketika dulu yang lebih kurang sama dengan episod terbaru ini.Lihat video di bawah..



Kenal sangat dah !!! Klik Sini

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels