Followers

Monday 25 February 2013

PAS Berdosa Dengan Fadzil Noor ??!!!


Sejauh mana relevannya PAS hari ini dalam dunia politik tanahair ? Barangkali itulah persoalan yang sudah pun meniti di bibir-bibir penggemar politik di Malaysia.Malah MMI berani katakan dengan rekod paling buruk parti PAS semenjak ianya ditubuhkan PAS hampir pasti akan diadili secukup-cukupnya dalam PRU13 nanti.

Walau apa pun yang terjadi rakyat semakin hari semakin celik dan faham siapakah PAS sebenarnya.Tidak di nafikan PAS masih mempunyai penyokong namun sebahagian daripadanya kini menangis dan meratap dalam hati kerana melihat perjuangan mereka kini umpama melukut di tepi gantang.

Sejauh mana penyokong PAS kini mampu bertahan dengan pemimpin PAS saban hari melacurkan perjuangan yang sebenarnya hasil titik peluh juak-juak PAS di peringkat akar umbi ?

MMI mahu mengajak semua untuk sama-sama kita baca artikel di bawah yang rasanya sudah pun menceritakan betapa PAS hari jauh sekali berbeza dengan PAS dulunya..

HANYA kerana sayangkan Islam, Nasharudin Mat Isa "disingkirkan" dari Pas. Pelik memang pelik. Tetapi inilah realiti yang berlaku. Pas dikatakan semakin jauh tersasar daripada perjuangan asal apabila sanggup melakukan apa sahaja hanya kerana mahu berkuasa. Islam seolah-olah bukan lagi menjadi keutamaan kepada mereka.

Saya yakin dan percaya, keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya Datuk Fadzil Noor masih hidup dan terus memimpin Pas. 

Kira-kira 12 tahun lalu, sewaktu bertugas di Kedah, saya antara wartawan yang sering diarahkan untuk membuat liputan ceramah-ceramah diadakan oleh Pas. 

Ketika itu, parti ini masih lagi dipimpin oleh Allahyarham atau lebih selesa dengan panggilan Ustaz Fadzil. Beliau orang Kedah. Secara tidak langsung, negeri Jelapang Padi ini adalah antara lubuk kuat Pas. 

Pun begitu, sepanjang melaksanakan tugas sebagai wartawan media arus perdana,saya dan rakan-rakan media lain tidak menghadapi masalah untuk membuat liputan walaupun menyedari dikelilingi oleh penyokong-penyokong tegar Pas.

Malah, bertemu Ustaz Fadzil setiap kali beliau selesai menyampaikan ceramah untuk mendapatkan ulasan lanjut tentang sesuatu isu telah menjadi kemestian. 

Begitu juga waktu-waktu lain. Jika ada perkara yang memerlukan ulasan atau komennya dengan kadar segera, telefon menjadi penghubung. Sekiranya gagal menghubungi, saya akan terus ke rumah beliau. Kebiasaanya kunjungan ke rumah tidak akan gagal kerana Ustaz Fadzil sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berkunjung, kecualilah jika beliau keluar atau berada di luar kawasan.

Pernah kehadiran saya ke rumahnya bukan sahaja disambut baik oleh isterinya,tetapi turut dihidangkan air dan makanan yang ada ketika itu.

Sebagai pemimpin sebuah parti Islam, Ustaz Fadzil telah menunjukkan sifat-sifat yang terpuji biarpun dalam masa sama, kami berlainan ideologi.

Allahyarham seorang yang sangat sayangkan agama dan sanggup `beralah' demi memastikan Islam dan orang Melayu terpelihara di tanah air tercinta ini. 

Kemampuannya memimpin dan mendidik ahli-ahli parti menjadikan beliau dihormati oleh pihak lawan dan kawan. Beliau dikatakan bertanggungjawab mengubah rentak dakwah Islam daripada jumud dan melampau kepada sederhana.

Tidak hairanlah pemergiannya menyahut panggilan Ilahi pada 23 Jun 2002 dihadiri dan ditangisi oleh segenap lapisan masyarakat dari seluruh negara.

Malangnya hari ini, apa yang berlaku dalam kepemimpinan Pas amat berbeza. 

Islam bukan sahaja gagal untuk terus diletakkan di kedudukan yang paling istimewa malah keputusan yang dibuat sering kali menimbulkan tanda-tanya.

Dalam hubungan ini, dosa Nasharudin yang juga bekas Timbalan Presiden Pas sehingga menyebabkan beliau terbuang daripada parti adalah kerana mahu melihat orang Melayu bersatu dan kesucian agama Islam terus terpelihara.

Jika beginilah sikap pemimpin-pemimpin Pas yang ada sekarang, apakah parti ini masih relevan untuk mengekalkan namanya sebagai Parti Islam Se-Malaysia?

Jika dengan Fadzil Noor pun dah dikira dosa bagaimana pula dengan Allah swt ???


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels