Followers

Monday 25 February 2013

Punca Perkataan ALLAH Dalam Bible - Tun Mahathir


Ikuti kupasan Tun Mahathir tentang isu penggunaan kalimah ALLAH dalam bible oleh bukan Islam.Jelas apa yang di kupaskan oleh Tun sebenarnya membawa mesej khususnya kepada seluruh umat Islam itu sendiri supaya memahami dan mengetahuinya secara ilmiah dalam berdepan dengan isu kalimah ALLAH ini.

Paling menarik adalah pesanan Tun bahawa jangan sesekali ada mana-mana pihak menjadikan EMOSI sebagai cara untuk mempertahankan tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Jom tengok apa Tun M kata...

 

Dalam beberapa perkara kita harus ingat isu kalimah Allah ini juga merupakan satu usaha yang dipergunakan sepenuhnya oleh juak pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dalam memenangi hati pengundi bukan Islam bagi menghadapi PRU13 nanti.

Anwar tahu beliau kini amat-amat memerlukan sokongan akar umbi bagi mencapai cita-cita terdesaknya dan kerana itulah mereka-mereka di luar sana yang bukan beragama Islam kini cuba didekati dan di menangi hatinya.

Paling menyedihkan PAS semakin hari semakin longlai dan makin HINA kerana perbuatan sendiri.Sedar atau tidak PAS kini bukan saja pencacai kepada Pakatan Haprak tetapi sudah pun menjadi liabiliti kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Akhir kalam kita harus sedar dan faham bahawa emosi bakal menghancurkan apa yang kita bina selama ini maka kerana itu jadikan ilmiah dan fakta sebagai kekuatan dalam berdepan dengan mereka-mereka di luar sana.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels