Followers

Monday 1 April 2013

Pemimpin Al-Ehsan Ada Kaitan Dengan Insiden Lahad Datu ???!!


Ai apa ke halnya ni ? Polis hari ini telah mengeluarkan sekeping gambar seorang lelaki yang merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan berpangkalan di Pulau Pinang bernama Muhammad Ridzwan Sulaiman. 

Sumber brader menyatakan gelaran Dato Seri yang diperolehi oleh YDP ini datangnya daripada Kesultanan Sulu.Jadi sudah tentulah beliau diperlukan untuk membantu siasatan berhubung krisis di Lahad Datu.

Sumber brader menyatakan terdapat 3 kumpulan yang menuntut kedudukan pengitirafan sebagai Sultan Sulu. 

YDP ini sangat rapat dengan salah seorang daripada mereka yang menuntut jawatan ini.

Walaubagaimana pun difahamkan YDP Muhammad Ridzwan tidak bersama dengan kumpulan Kiram yang telah mencentuskan pergolakan di Lahad Datu. 

Tetapi menyatakan beliau mengetahui penglibatan siapa DALANG yang terlibat di sebalik kejadian serangan di Lahad Datu. 

YDP Muhammad Ridzwan sangat kerap ke Sulu berjumpa dengan kumpulan di sana.Kemungkinan kerana itu polis memerlukan bantuan beliau untuk menjalankan siasatan.


Majlis Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan memohon tidak dikaitkan penglibatan Pertubuhan ini dengan YDP Muhammad Ridzwan kerana ia merupakan hal peribadi YDP. 

Dan pihak Majlis akan mengambil tindakan susulan selepas keputusan siasatan oleh pihak PDRM SEKIRANYA YDP terlibat dengan krisis di Lahad Datu. 

Jika terbukti YDP terlibat, Pertubuhan akan mengadakan AGM dan Sidang Akhbar untuk menjelaskan isu ini.Baca Seterusnya 

Komen MMI , sebelum apa-apa siasatan dijalankan rasanya adalah lebih baik sekiranya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi untuk memudahkan urusan pihak polis.Cuma seperkara sahaja yang MMI nak tegur sikit khususnya kepada pertubuhan-pertubuhan seperti Al-Ehsan dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Mengambil contoh kepada isu ini seharusnya Al-Ehsan juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan kenyataan menyatakan itu adalah hal peribadi Ridzwan amatlah tidak masuk akal kerana sekiranya beliau di sahkan terlibat dengan insiden di Lahad Datu pihak pertubuhan mahu pula mengambil tindakan.

Amat tidak wajar sekali..rasanya adalah lebih baik kerahkan semua ahli yang mengaku taat setia itu untuk segera mencari YDP Ridzwan dan serahkan kepada pihak polis supaya siasatan dapat segera di jalankan.

MMI memberikan pandangan sebab banyak pihak di luar sana yang mengaku bersumpah taat setia bukan sahaja kepada pemimpin tetapi juga kepada Islam tetapi dari segi praktikalnya langsung tidak sama dengan apa yang di sumpahkan.

Malah selalunya berbalah sesama sendiri , sumpah kemana bangsa sendiri yang merana !!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels