Nampaknya Guan Eng juga nak buat perubahan kihkih perubahan apa tu ? Kalau sejak 2008 yang lalu pun banyak perkara tak buat asyik berbohong saja buatlah perubahan apa pun benda tetap sama saja.Apa yang jelas pengundi dan rakyat Pulau Tikus perlu melihat bahawa Guan Eng hanya mahukan kuasa untuk terus menetap di Komtar.
Kira-kira 50 penyokong DAP mengadakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mereka sifatkan bertindak kejam terhadap wakil rakyat kawasan itu, Koay Teng Hai.
Ia berikutan keputusan Guan Eng yang tidak mencalonkan semula Teng Hai bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Wakil kumpulan itu, Catherine Kong, 70, berkata, pengundi di kawasan itu kecewa apabila dimaklumkan sendiri oleh Teng Hai tentang keputusan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Kami boleh terima kalau Teng Hai digantung daripada parti tetapi tidak mencalonkannya semula adalah tidak patut.
“Keputusan ini menunjukkan Guan Eng tidak layak dihormati,” katanya selepas bantahan di Pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Katanya, sebagai tanda protes, dia akan berkempen supaya penduduk Pulau Tikus tidak menyokong calon selain Teng Hai.
“Kenapa Teng Hai dilayan sebegini. Inikah balasan DAP kepada calon harapan rakyat,” tegasnya.
Khoo Jin Liat, 80, pula berkata, dia menganggap keputusan Guan Eng itu sebagai bodoh.Disebabkan rasa kecewa, katanya, dia akan meminta keluarganya tidak mengundi DAP pada PRU13 ini.sumber mypenangonline
MMI yakin akan ada pihak-pihak tertentu yang akan membandingkan insiden di Pulau Tikus itu dengan insiden yang serupa melibatkan calon-calon BN.Tapi kena ingat ianya ada perbezaan , BN sedang melakukan tranformasi khususnya melibatkan GTP dan ianya memerlukan pasukan yang terbaik untuk terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
Benar ianya sedikit sebanyak merencatkan persiapan jentera parti tetapi sekurang-kurangnya BN hampir pasti akan menggunakan peluang ini untuk membersihkan parti dari anasir-anasir dan mereka yang selama ini berkata YA di mulut tetapi TIDAK di hati.
Dalam bahasa mudah mengkianati aku janji mereka dengan parti !!
MMI nak tanya Guan Eng nak buat apa ?? pemilihan parti pun serabut emmm...
MMI.
ini semua salah Anwar...
ReplyDelete