Followers

Showing posts with label Pakatan Haprak. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Haprak. Show all posts

Saturday, 10 August 2013

Bukit Bintang Sarang MAKSIAT Ada PAS Pernah TEGUR ?!!


Sengaja MMI bawakan cerita tentang Bukit Bintang ni sebabnya pembangunan pesat yang berlaku di kawasan tersebut di lihat tidak seimbang dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi sekarang ni.

MMI akui ianya telah bermula sejak lama dulu dan sejak itulah UMNO dan kerajaan BN sering saja di tuduh sebagai penyumbang kepada gejala yang tidak baik ini.Malah berdasarkan kepada cakap-cakap selama ini kerajaan di lihat GAGAL dalam menangani kegiatan-kegiatan maksiat di kawasan tersebut.

Ya , MMI setuju kerana siapa sahaja yang melalui kawasan ini atau singgah khususnya di malam hari sudah tentu akan menganggap Bukit Bintang umpama mini Hatyai di Thailand.Percaya atau tidak lelaki-lelaki berhidung belang sudah tentu dapat memuaskan nafsu serakah masing-masing , sebut saja apa yang anda inginkan sudah pasti hajat itu mampu di tunaikan janji poket mau tebal.

Disini jugalah berhimpunnya segelintir anak-anak muda yang mahu menghabiskan masa bersantai hingga ke pagi.Malah disinilah jugalah kebanyakkan anak muda kita hanyut dengan aktiviti maksiat yang boleh MMI umpamakan sebagai tanpa sempadan.  


Persoalannya apakah kita masih mahu menyalahkan kerajaan ? Rasanya terlalu kejam kalau kesalahan itu hanya di letakkan kepada kerajaan sahaja walaupun ianya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan hal-hal sebegini tidak berlaku.

Bagi MMI semua pihak sebenarnya terlibat dan turut sama menyumbang kepada gejala yang kini semakin menular khususnya di kalangan anak-anak muda.

Kalau bab politik pasti akan ada pihak tertentu yang lebih suka menuding jari kepada orang lain sedangkan perkara sebegini seharusnya menjadi tanggungjawab semua termasuklah ibu dan bapa.

Persoalan kedua mengapa ianya masih berlaku dan terus berlaku ?

Jawapan MMI mudah , kerana orang Melayu berpecah khususnya dalam dunia politik !

Kerana perpecahan inilah maka dua pihak yang sama bangsa dan agamanya saling menuding jari sesama sendiri sedangkan perkara yang lebih penting di lupakan.

Untuk sekurang-kurangnya menyelesaikan isu seperti ini orang Melayu tiada pilihan melainkan bersatu atas nama bangsa dan agama.UMNO dan PAS tidak lagi boleh menuding jari antara satu sama lain kerana ianya akan lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

MMI yakin sekiranya dua kelompok terbesar orang Melayu ini bersatu , banyak isu-isu khususnya yang melibat kepentingan orang Melayu dan agama Islam dapat di selesaikan.

Tapi sayang disaat UMNO membuka pintu untuk bersatu PAS pula lebih suka mengikut naluri hati dan dendam kesumat dengan menolaknya.

Malah mereka lebih percayakan DAP sebagai sahabat untuk mewujudkan sebuah negara ISLAM seperti mana yang mereka idam-idamkan.

Ya , mungkin ada puak-puak macai PAS yang tidak bersetuju dengan pandangan MMI namun ada satu perkara yang MMI rasa perlu untuk mereka fikir dan kalau boleh jelaskan kepada rakyat.

Kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur boleh diibaratkan sebagai Hatyai Malaysia.Ianya mula wujud sejak lama dulu dan kawasan ini pula di kuasai majoriti mereka yang berbangsa cina.

Sejak PAS bersama Pakatan Haprak pada 2008 yang lalu sehingga kini mengapa aktiviti malam di kawasan Bukit Bintang masih tidak berjaya di hapuskan ?

Kawasan Bukit Bintang merupakan kawasan yang dimenangi oleh wakil DAPigs dan ini bererti ianya berada di bawah Pakatan Haprak atau pembangkang.

Sehingga ke hari ini adakah kita pernah mendengar pemimpin PAS menegur puak-puak DAPigs ini supaya segera melakukan sesuatu kerana aktiviti sundalnya perlu di hentikan serta-merta ?

PAS yang sering melalak kononnya membangun bersama Islam pun di lihat GAGAL untuk mendepani isu di Bukit Bintang.

Rumusannya bukan sesuatu yang mudah apabila ianya berkaitan dengan puak pendatang yang kini beraja di tanah tumpah kita.Jangan sesiapa waima PAS sekalipun mendabik dada kononnya mereka merupakan kumpulan pendesak dalam Pakatan Haprak untuk menerima perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS.

Kalau dalam isu di Bukit Bintang pun PAS masih GAGAL untuk merubahnya apakah PAS mampu untuk memastikan Malaysia terus berpegang kepada perkara-perkara asas yang selama ini ini disimpan kemas dalam perlembagaan negara sekiranya Pakatan Haprak menerajui negara ?

Rasanya TIDAK !!

MMI

Saturday, 13 July 2013

DAP & Gerakan Ala Komunis , Hati-Hati Dengan Kit Siang !!


Siapa yang tak kenal Lim Kit Siang bapak kepada Rejim DAPigs yang kini sedang memperluaskan dinastinya di Malaysia.Sejak Pakatan Haprak dengan di terajui oleh DAPigs menang dalam PRU12 yang lalu di Pulau Pinang , Kit Siang sebenarnya sudah pun mencapai cita-citanya untuk menguasai salah satu daripada tanah hak milik orang Melayu.

Melalui Lim Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang kemaraan rejim DAPigs berterusan malah sehingga artikel ini di tulis mereka sebenarnya sudah pun memasakkan kuda-kuda dan menjadikan Pulau Pinang sebagai kubu kuat DAPigs.

Rejim ini bukan sahaja menguasai Pulau Pinang malah ianya sudah sampai ke tahap menjadi raja dalam Pakatan Haprak.Berdasarkan perkiraan MMI , DAPigs melalui Kit Siang dan Guan Eng sahaja sudah cukup untuk menafikan pengaruh Anwar Ibrahim sendiri.

PAS pula semacam kacang sahaja bagi DAPigs kerana sejak PAS bersekongkol dengan Pakatan Haprak mereka tidak ubah seperti pencacai yang tidak bertuan.

Malah melalui sumber , di beritakan sudah terdapat pemimpin DAPigs khususnya di Pulau Pinang yang menganggap untuk menjaga hati atau memikat penduduk Melayunya tidak ubah seperti menjaga sekawan kambing biri-biri.

"Untuk jaga orang Melayu bukan susah , kita buat majlis makan dan jemput mereka hadir..habislah" begitulah lebih kurang ungkapannya.

Persoalannya mengapa perlu kenyataan seperti itu diungkapkan ? Jawapannya mudah , DAPigs tidak pernah menghormati orang-orang Melayu khususnya yang tidak menyokong perjuangan mereka.Malah sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin DAPigs pernah menganggap Melayu itu SAKAI dan mahu Melayu MATI !


Jelas , terang lagi nyata DAPigs tidak pernah mahu mengiktiraf Melayu sebagai ketua mereka dan ini dapat di lihat dengan tindakan pemimpin mereka yang sering menimbulkan pelbagai kenyataan yang menghina pemimpin-pemimpin Melayu.

Terkini melalui kenyataan yang di siarkan dalam Malaysiakini yang kemudiannya di muat naik dalam blog Lim Kit Siang jelas sekali ianya merupakan kenyataan menghasut supaya rakyat terus membenci kerajaan dan pihak polis.

QUESTION TIME Who decides policy in this country? Is it the police? Are we as a nation supposed to be subservient to the police and ask their permission first before we implement anything? Are they, a government department, allowed to lobby actively for what they want and even against things that Parliament has passed? 

If anyone doubts that it was indeed a police state, all one has to do is to take a look at some of the provisions when it was promulgated. Here is a sampling, especially as it relates to police powers:

•Any police officer may arrest anyone if he is satisfied that he should be detained to preserve public order, to suppress violence or to prevent violent crimes.
•Any person arrested can be detained in police custody for up to 60 days. He can be detained for 24 hours with the authority of an inspector or above, and up to 48 hours with the authority of an assistant superintendent and above. With a report to the inspector-general, a person can be detained for more than 30 days.
•With the approval of the home minister, a person can be detained for up to two years.
Note that no crime need be committed before detention and that the police officer just needs to be satisfied that the person needs to be detained for the mentioned reasons. That basically gives a huge amount of discretionary power to the police. And where there is discretion, there is abuse.read more 

Apa yang sedang di lakukan oleh Kit Siang adalah meracuni pemikiran rakyat supaya terus-terusan mengangap pihak polis sebagai ajen yang melindungi kerajaan.Sedangkan pada hakikatnya pihak polis merupakan pasukan keselamatan yang bertanggungjawab memelihara hal ehwal keselamatan negara dan rakyatnya.

Kit Siang juga sebenarnya sedang berusaha untuk meyakinkan rakyat bahawa demontrasi di jalanan yang sering di lakukan oleh Pakatan Haprak itu sebagai sesuatu yang HALAL sedangkan pada hakikatnya ia lebih kepada tindakan membelakangkan suara majoriti rakyat Malaysia yang sudah pun membuat pilihan secara sah dan adil dalam semua peti undi melalui pilihanraya.

Mempertikaikan tanggungjawab pasukan polis bagi membendung perlakuan jenayah dan cubaan untuk mencetuskan huru-hara bererti Kit Siang sedang cuba untuk memerangi negara.

Hanya mereka yang berada dalam golongan kafir HARBI sahaja yang akan bertindak sedemikian dan cubaan Kit Siang ini adalah bukti jelas bahawa DAPigs merupakan musuh utama kepada negara Malaysia.

Hati-hatilah dengan Kit Siang kerana beliau pernah melakukannya pada 11 Mei 1969 !

 MMI

Friday, 12 July 2013

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Celarunya PAS Dalam Pakatan Haprak


Perbahasan atau perbincangan atau mungkin juga boleh dipanggil ‘pertengkaran’,jika melihat dari cara Karpal Singh berhujah mengenai isu penukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur masih lagi hangat walaupun kerajaan telah menarik balik 3 Rang Undang-undang berkaitan bagi membolehkan ianya diperkemaskan untuk memuaskan hati semua pihak. 

Rang undang-undang yang ditarik balik ialah Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013,Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Apa yang menarik ialah PAS tidak lagi mengambil sikap pasif sepertimana sebelum ini dalam berhadapan dengan isu yang melibatkan kedaulatan agama Islam.Contohnya dalam isu murtad,PAS jelas mengelak untuk memanjangkan atau membesarkannya demi menjaga hati DAP tetapi kali ini parti itu bersuara lantang menentang sekutu mereka itu. 

Malah,Nik Abduh,Datuk Takiyuddin dan Nasharuddin Mat Isa senada menempelak Karpal yang masih tidak berpuas hati dengan ketelusan yang ditunjukkan oleh kerajaan.

Akhbar Sinar Harian melaporkan Nasharuddin sebagai berkata, “Dalam hal yang berkaitan dengan Perlembagaan, perkara itu sudah cukup jelas.Kedudukan Islam dalam Perlembagaan adalah sesuatu yang telah disepakati pakatan pembangkang dan sekiranya sikap anti terhadap kedudukan itu berterusan ditunjukkan Karpal, maka tindakan sepatutnya perlu diambil terhadap beliau.” 

Utusan Malaysia pula melaporkan kenyataan Nik Abduh yang turut menegaskan bahawa masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Nampaknya PAS bukan sahaja tidak lagi berlembut terhadap DAP tetapi turut mengiktiraf perlembagaan negara yang sebelum ini dituduh sebagai kafir dan sekular kerana diwarisi dari penjajah.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa perlembagaan negara merupakan tonggak penolakan PAS terhadap UMNO. 

Dalam kata lain perlembagaan itulah yang menjadi punca perpecahan umat Islam di negara ini atas alasan ‘tidak Islam’.Sekian lama,‘perlembagaan’ dijadikan asas oleh orang-orang PAS untuk mengkafirkan sesama Islam termasuk sanak saudara malah ibubapa dan isteri sendiri.


Kejadian berdarah Memali juga adalah bertitik tolak dari perlembagaan yang difatwakan sebagai kafir mengikut Amanat Haji Hadi.Namun,hari ini perlembagaan yang sama telah dijulang PAS untuk mempertahankan Islam.Sekali gus,PAS terpaksa akur bahawa UMNO tidak pernah menolak Islam malah UMNOlah yang memastikan Islam berada di kedudukan tertinggi dan kukuh di dalam negara ini.

Sebaliknya,persahabatan PAS dengan DAP yang membuka ruang kepada DAP untuk mempersoal dan mencabar kedudukan tersebut, di mana akhirnya PAS terpaksa kembali kepada perlembagaan yang digaris UMNO untuk mempertahankan Islam.

Artikel ini bukan berniat untuk mengungkit kejahilan PAS tetapi sekadar ingin mengajak PAS membuka mata dan belajar berfikir sebelum berkata-kata.Jangan nanti,bila tiba musim pilihanraya PAS akan kembali memainkan isu ‘perlembagaan kafir’ sebagai modal berkempen.Dan jangan nanti PAS kembali bersuara senada dengan DAP bagi membuktikan ‘keterbukaan’ dan ‘toleransi’ semata-mata untuk meraih undi.Berpolitik pun biarlah berpada-pada.

Apapun,kita tunggu sahaja Pilihanraya Kecil Besut untuk melihat sama ada isu perlembagaan kafir dan UMNO menolak Islam akan dimainkan semula.Jika ya,maka sahlah bahawa PAS dan DAP sememangnya ditakdirkan bersama.sumber 

MMI

Thursday, 11 July 2013

Slogan UBAH DAP Kini Meresapi Parti PAS


PAS sememangnya sedang melakukan perubahan dan perubahan yang sedang berlaku itu telah menyaksikan PAS kini tidak lagi sama seperti mana PAS satu ketika dulu.Parti yang mengaku membangun bersama Islam satu itu kini di lihat sedikit demi sedikit di resapi roh keramat sahabat sesyurga mereka iaitu DAP.

Hasil daripada persahabatan itu maka PAS kini semakin lesu malah antibodi yang dulunya begitu kuat kini tidak lagi mampu bertahan dan kerana itulah mereka kini memilih kebajikan sebagai pelengkap bicara. 

PRK Kuala Besut memperlihatkan satu ‘pembaharuan’ dalam kempen PAS.  Jika dulu PAS sering menengahkan ciri-ciri ‘Islam’ seseorang calonnya dan kemudiannya membandingkan dengan calon lawan yang akan dicemuh sebagai ‘kurang Islam’ tetapi kali ini keadaan tampak agak berbeza.


Calon PAS, Haji Enduk @ Azlan Jusoh tidak dicanang sebagai ‘alim’ untuk mengambil hati pengundi, tetapi sebagai ‘kaya’.Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari PAS Besut.Harakahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai ‘bank’ PAS.Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:

“Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ PAS kawasan Besut.“–Harakahdaily

Jelas, jolokan ‘bank’ ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari PAS tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti.   Beberapa laman web dan blog pro-PAS juga memainkan faktor kekayaan Azlan sebagai modal utama kempen mereka.

Selama ini parti PAS amat gemar mendabik dada dengan ‘kedaifan’ atau ‘kesederhanaan’ pemimpin mereka.   Sebolehnya, PAS akan cuba menunjuk-nunjuk betapa pemimpin mereka miskin tetapi alim.Tindakan ini menjustifikasi tindakan mereka mengutip derma dari penyokong-penyokong mereka setiap kali turun padang.

Tetapi, Kuala Besut menyaksikan PAS berbangga dengan kekayaan pula.  Azlan dijulang sebagai calon tepat kerana kaya.  Tindakan ini seolah-olah memberi ‘permit’ kepada rakyat untuk meminta derma darinya sekiranya beliau menang.

Mungkin PAS sedar yang rakyat Kuala Besut bukanlah dari golongan berkemampuan untuk menderma kepada tabung PAS.  Malah, rakyat Kuala Besut amat memerlukan pemimpin yang tidak memerlukan derma dari mereka.

Justeru, Azlan merupakan satu-satunya personaliti yang mampu menderma kepada rakyat tanpa perlu meminta dari parti PAS.

Nampaknya, PRK Besut bukan mengenai membuat pilihan antara si alim dengan si jahil, atau Islam dengan kafir sepertimana setiap kali berlaku pertembungan antara PAS dengan UMNO.

Tetapi pengundi Kuala Besut perlu hanya perlu membuat pilihan antara ‘orang kaya PAS’ dengan ‘orang terpelajar BN’ untuk menjadi wakil mereka.

Maka benarlah bahawa PAS telah berubah. Akhirnya, slogan ‘UBAH’ DAP terbukti berjaya mengubah PAS dan seluruh macai-macainya untuk terus berUBAH.

MMI

Monday, 1 July 2013

PAS Pasca MODEN , SEMUA BOLEH !!!


Gambar kat atas tu MMI jumpa dalam internet ja , jadi ampa semua jangan pula main tuduh-tuduh sembarangan sebab rasanya budak pompuan dalam gambar tu nak melahirkan rasa sayangnya dia pada parti PAS sebab tu lah diabadikan gambar-gambar sedemikian.

Siap tokak-tokak batang bendera lagi kihkih steadylah PAS jika melihat kepada momentum parti PAS sekarang ni fuh jauhhhhhhhhh sangat kalau nak di bandingkan dengan dulu-dulu.Mana taknya sekarang ni PAS dah masuk pasca moden dah apa yang dulunya tak boleh sekarang ni dah boleh cuma ada syaratnya.

Syaratnya mudah je bro , janji sokong Pakatan Haprak haa apa pun boleh dari cerita skandal seluar dalam merah dalam gerabak keretapi sampailah ke kalimah Allah semuanya boleh.

Tapi ada juga yang kena sound dan kena tindakan haa yang tu mereka-mereka yang seangkatan dengan Hasan Ali dan Nasarudin.

Jangan main-main bro , rampas arak di kedai serbanika kompom kena buang parti huhuhu bercakap tentang perpaduan sesama Islam kompom kena panggil lembaga disiplin parti.Haaaaaa ada beza sekarang kan ???

MMI perati punya perati perubahan itu tidak sampai disitu saja lebih dari itu maka benarlah PAS sedang melakukan perubahan cuma puak-puak tu tak sebutlah tranformasi takut sama dengan UMNO dan BN.

Cuba ampa tengok gambar kat bawah , ini satu lagi perubahan PAS yang MMI kata pasca moden...


Abby tu beb..dia ni selalu naik pentas ceramah mahupun program-program yang disusun PAS dan ramai juga mat-mat kayu PAS dan minah-minah kayu PAS yang terdongak dan tak kelip-kelip mata menengok si Abby ni kat atas pentas.

Tak apa lah MMI bukan sakit hati apa pun cuma sebagai seorang selebriti yang PAS sendiri iktiraf untuk membenarkan dia naik ke pentas bercakap soal akidah , agama dan lain-lain adakah Abby boleh saja dibiarkan mengeluarkan kenyataan seperti di atas ?

Alo brader Ajiz dan sesiapa pun pemimpin PAS kat atas sana mana suara kamu untuk sekurang-kurangnya menegur si Abby ni ????? 

Hmmm macam yang MMI kata PAS sekarang semua boleh , janji sokong Pakatan Haprak !!


MMI

Monday, 3 June 2013

Liwat , Lahad Datu & Menyundal ~ Anwar Mau Lari Mana ????


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.

Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau,

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.

"Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur.

"Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.

Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.

"Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.

"Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.

"Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.

Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.

"Anwar juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya jika disabitkan bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan berhimpun ini juga adalah usaha menakut-nakutkan kerajaan agar menunjukkan dia masih popular dalam kalangan rakyat.

"Saya gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak akan sekali-kali membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala kesalahan yang telah dilakukan," tegasnya.

Komen MMI , Anwar sebenarnya sudah tidak lagi relevan waima dalam pakatan haprak sekalipun.Ini terbukti apabila banyak kepincangan berlaku dalam pakatan haprak sebelum ini yang menyaksikan Anwar gagal menyelesaikan kemelut yang berlaku khususnya yang melibatkan parti PAS dan DAP.

Malah dalam beberapa perkara PKR sendiri pun sebenarnya mengalami masalah yang cukup kronik melibatkan ahli-ahli parti sendiri di kawasan-kawasan tertentu.Gila jawatan dan huru hara dalam pemilihan parti sudah cukup untuk menggambarkan Anwar kini bukan lagi pemimpin yang di hormati.

Jangan lupa dalam setiap pentas ceramah dan gerakan songsang yang dianjurkan cuba kira bilangan yang hadir , agaknya siapa yang paling ramai dan siapa yang paling sedikit.Hahahaha Anwar sebenarnya sedang menantikan tempoh waktu bersara yang sudah pasti menjadi peristiwa paling hitam dalam sejarah politiknya.

Tunggu dan lihat !!!

MMI.

Tuesday, 28 May 2013

PANAZZ 10 Ahli Parlimen Pakatan Haprak LOMPAT PARTI ?!!


Anwar Ibrahim melihat 24 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri terutama dari Sabah, bahkan sudah pun menyediakan wang dan yuran pembelian sehingga dikatakan mencecah RM1 bilion, bagi merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri.

Pakatan Rakyat sekarang ini menguasai 88 kerusi Parlimen. Majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan Malaysia adalah 112 kerusi Parlimen.

Biarpun di sebalik kempen Anwar Ibrahim untuk memperkenalkan UNDI POPULAR bagi melayakkannya sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim juga sangat sedar, Undi Popular sahaja tidak akan membolehkan dia ke jawatan tersebut sebaliknya yang diperlukan adalah penguasaan majoriti kerusi Parlimen.

Pada tahun 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan lebih awal tentang Kerajaan 16 September apabila dia begitu yakin dapat membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama dari Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, sehingga ke penggal akhir PRU12, tidak seorang pun Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat masuk ke PKR, PAS atau DAP, sebaliknya 8 orang Ahli Parlimen PKR dan DAP bertukar status menjadi Ahli Parlimen Bebas mesra Barisan Nasional.

Nampaknya kali ini, Anwar masih berharap dia mampu membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional terutama dengan cerita-cerita menakutkan tentang penghujung hayat Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan Persekutuan. Anwar cuba membayangkan dan menimbulkan persepsi bahawa dia telah semakin hampir untuk menubuhkan Kerajaan ikut pintu belakang.

Tidak kecik anak modal yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk tujuan berkenaan. Tetapi tanpa disedarinya, dia hanya mampu merancang sedangkan perancangan sebenar terletak di Tangan Allah Taala.

Dalam kesibukannya merancang untuk bersorak kerana Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional khususnya dari Sabah dan Sarawak telah termakan dengan duit yang ditawarkan, beberapa orang Ahli Parlimen dari PKR pula sedang berkonspirasi untuk melompat dan meninggalkan parti pimpinan Anwar Ibrahim itu.

Bagaimanapun, tidak pula dapat dipastikan sama ada mereka akan menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional atau mereka sekadar menjadi Ahli Parlimen BEBAS mesra Barisan Nasional sepertimana yang dilakukan oleh 8 orang rakan mereka pada penggal lalu.

Siapa mereka?

Soksek-soksek yang semakin kencang bertiup, salah seorang daripada mereka adalah Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan yang menang dengan majoriti 19,216 undi!

Beberapa siri pertemuan sulit telah diadakan di sebuah hotel di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya untuk membincangkan tarikh yang sesuai untuk mereka. Kumpulan Ahli Parlimen PKR yang sudah membayangkan untuk keluar parti itu, berjumlah lebih dari 10 orang.

Perkembangan yang semakin menarik, apatah lagi, PAS dan DAP pula pada masa yang sama, semakin berkrisis selain timbul perasaan tidak puas hati di kalangan Ahli-Ahli Parlimen PAS terhadap layanan DAP dan PKR kepada mereka.

Dalam Anwar Ibrahim duk sibuk nak membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional, nampaknya Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pula semakin hampir untuk meninggalkan parti yang mereka sertai.

Kita tengok sahajalah nanti, siapa yang keluar dulu dan siapa yang akan tergolek dog sambil menepuk dahi berkali-kali!!! sumber 

MMI.

Rakyat Perlu BACA Hujah Bekas Orang Anwar Ni !!!


Beliau dulunya antara orang kepercayaan Anwar dan orang yang mempercayai Anwar.Dua perkara yang berbeza disini antara mempercayai dan dipercayai.Zulkifli Nordin yang baru-baru ini kalah dalam pilihanraya di Shah Alam bertanding dengan Khalid Samad merupakan seorang pemimpin yang jika di kira gerak kerjanya sebelum sedar atau tersedar dari perjuangan bersama pembangkang adalah seorang ekstremis yang bukan sahaja mampu menggugat negara tetapi mampu meragut nyawa rakyat yang tidak berdosa.

Mungkin bagi sesetengahnya terkejut dengan kenyataan MMI tersebut namun itulah hakikatnya kerana Zulkifli Nordin pernah di tugaskan oleh Anwar untuk mengetuai satu kumpulan dengan matlamat dan misinya mencetuskan huru-hara dengan mengebom salah satu stadium di ibu negara.

Paling menarik pada ketika itu Zulkifli Nordin yang kita ketahui seorang peguam dan mempunyai daya kecerdikan yang berada di kedudukannya yang tersendiri boleh sanggup menggadaikan diri dan juga nyawa rakyat lainnya demi sebuah perjuangan politik dan dakyah manusia bernama Anwar Ibrahim.

Hairan bukan ? Namun rakyat Malaysia beruntung kerana pada ketika beliau sedang bergerak untuk menyempurnakan misinya pihak keselamatan telah menahan beliau dan tindakan itulah yang memisahkan diantara kekacauan dan keamanan yang kita nikmati hari ini.

Malah disinilah Zulkifli Nordin benar-benar tersedar yang akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan sebuah perjuangan songsang lagi jijik pembangkang.

Begitulah serba sedikit apa yang MMI boleh ceritakan namun entri ini bukan soal siapa Zulkifli Nordin tetapi hujah beliau yang MMI rasa rakyat perlu baca dan fahami.

Salam 2 all.

Tawaddhu’ dalam kemenangan, berlapang dada dalam kekalahan!

Itulah sikap yang sepatutnya diambil oleh mana-mana insan yang berjiwa besar dalam menghadapi apa-apa pertandingan.

Sebaliknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyatakan akan bersara dan menjadi pensyarah jika kalah didalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13), telah mengambil sikap berdolak dalik; enggan mengaku dia sudah ditolak secara muktamad oleh rakyat. Malah mengaku menang pula!

Malah rakan karibnya Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia menyatakan bahawa Anwar mengkhianati perjanjian yang dimeterai bahawa Anwar bersedia menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU-13.

Anwar sekarang bertindak seperti seorang yang sudah meroyan - menang jadi abu, kalah jadi arang. Tidak kira apa akan jadi kepada negara, diheretnya segelintir rakyat dan cauvinis yang terpedaya dengan janji dan temberangnya ke jalanraya. Malah ada parasit dan cauvinis yang kini bercita-cita mau menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib yang sah dipilih rakyat melalui politik jalanraya.

Dan asas pengisytiharan kemenangan Anwar itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS) melebehi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional!

Anwar dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum kaedah pilihanraya yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak mula lagi (termasuk dibanyak negara maju lain saperti Britain) ialah sistem first-past the-post; iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk Kerajaan.

Jumlah undi dikutip secara keseluruhan tidak pernah diterima sebagai kayu ukur kemenangan!

Namun agak malang ada segelintir rakyat terutama penyokong tegar dan taksub yang begitu mudah terpedaya dan diperbodohkan oleh Anwar! Dan kini mereka cuba menggulingkan Kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui jalanraya; setelah mereka ditolak didalam pilihanraya!

Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia dimana Najib menentang Anwar, keputusannya saperti berikut:

Set 1 – Najib 21 Anwar 19;
Set 2 – Anwar 21 Najib 03;
Set 3 – Najib 21 Anwar 19.

Apabila referee mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah keseluruhan poin pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Najib hanya mendapat 45 poin atau 43% daripada keseluruhan poin pertandingan!

Saya cukup pasti kalau Anwar mendakwa sedemikian, penonton samada akan berkata dia sakit otak, atau tidak ada otak langsung!

Kerana apa?

Kerana kita semua tahu dalam pertandingan badminton, penentuan juara ditentukan melalui jumlah set yang dimenangi, bukan jumlah poin yang dikutip!

Begitu jugalah dengan Pilihanraya Umum. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu bahawa pemenang PRU-13 ditentukan melalui jumlah kerusi yang diperolehi, bukan jumlah undi yang dikutip!

Tetapi namanya Anwar, nafsu serakah yang meluap-luap untuk dimahkotakan sebagai Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya menyebabkan dia sanggup melakukan pembohongan besar dan memutar-belit fakta. Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia!

Walau bagaimana pun, saya mahu mengupas isu berkenaan undi popular ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa Anwar ini sebenarnya pembohong tegar dan kaki putar-belit yang cukup hebat.

Isunya, benarkah Anwar dan pembangkang DAP-PKR-PAS memperolehi undi popular terbanyak dalam PRU-13? Atau ia hanya sekadar mitos bayang dibohongi dan diputarbelitkan untuk memperdaya golongan yang mudah diperdaya?

Mari kita lihat analisa berikut:

1. UNDI POPULAR BN YANG TERBANYAK

Dalam PRU-13, parti utama yang bertanding ialah Barisan Nasional (BN), Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Partai Islam SeMalaysia (PAS).

BN menggunakan lambing Dacing, DAP lambing Roket, PKR lambing Mata-satu, dan PAS lambing Bulan.

Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRU-13 ialah 13,268,002; namun yang turun mengundi hanyalah 11,257,147 atau 84%.

Pengundi akan memangkah nama calon mengikut nama dan nama serta lambing parti yang bertanding.

Kita tengok carta keputusan PRU-13 saperti berikut (setelah ditolak undi rosak 1.8%):

Parti bertanding
BN
(Dacing)
PAS
(Bulan)
PKR
(Mata-satu)
DAP
(Roket)
LAIN-LAIN
(Pelbagai)

Jumlah undi
5,237,699
46.53%
1,633,389
14.51%
2,254,328
20.03%
1,736,267
15.42%
192,904
1.71%
Jumlah kerusi
133
21
30
38
0


Jelas daripada carta diatas bahawa kalau mengikut undi popular, kedudukannya adalah saperti berikut:

BN memperolehi undi popular paling banyak iaitu 46.53% atau 5,237,699;
PKR kedua dengan 20.03% atau 2,254,328;
DAP tempat ketiga dengan 15.42% atau 1,736,267;
PAS tempat keempat dengan 14.51% atau 1,633,389;
Parti-parti lain & Bebas di tempat kelima dengan 1.71% atau 192,904;
Undi rosak pula adalah sebanyak 1.8% atau 202,560.

Jadi dimana logik Anwar menyatakan dia memperolehi undi popular paling banyak. Tohmahan Anwar mendakwa jumlah undi yang diperolehi oleh gabungan DAP-PKR-PAS sebanyak 5,623,984 (atau 49.96%), melebihi 386,285 undi (atau 3.43%) berbanding BN (yang memperolehi 5,237,699 atau 46.53%) adalah satu pembohongan dan putar-belit kerana:

DAP-PKR-PAS bertanding berasingan menggunakan lambang masing-masing; yang tertera diatas kertas undi ialah lambang Roket (DAP)-Bulan(PAS)-Mata Satu (PKR); langsung tidak ada lambang bersama pembangkang;

Ada konstituensi dimana berlaku pertandingan sesama sendiri diantara DAP-PKR-PAS; saperti Sg Aceh, Kota Damansara dan lain-lain;

Gabungan DAP-PKR-PAS sebagai Pakatan Rakyat tidak wujud dalam PRU-13 ini, malah ia sebuah badan yang tidak berdaftar dan tidak bertanding atas lambang sendiri pun!

Rumusannya ialah jika menggunakan kaedah undi popular sebagai kayu pengukur kemenangan dalam PRU-13, sebenarnya BN memperolehi undi terbanyak berbanding dengan tiga parti utama lain iatu DAP, PKR mahupun PAS!

Sewajarnya BN memenangi PRU-13, dan membentuk Kerajaan Persekutuan!

2. KENAPA DAP MENDAPAT 38 KERUSI?

Kalau mengikut logik Anwar bahawa undi popular sepatutnya menentukan jumlah kerusi, maka urutan jumlah kerusi sepatutnya seperti berikut:

BN dengan 46.53% undi sebanyak 103 kerusi (sebenarnya 133 kerusi);
PKR dengan 20.03% undi sebanyak 45 kerusi (sebenarnya 30 kerusi);
DAP dengan 15.42% undi sebanyak 34 kerusi (sebenarnya 38 kerusi);
PAS dengan 14.51% undi sebanyak 32 kerusi (sebenarnya 21 kerusi);
Bebas dengan 1.71% undi sebanyak 4 kerusi (sebenarnya tiada kerusi);
Undi rosak sebanyak 1.8% mewakili 4 kerusi.

Persoalannya ialah bagaimana DAP yang memperolehi undi popular ketiga sebanyak 15.42% sepatutnya hanya mendapat tempat ketiga dengan 34 kerusi kalau mengikut kaedah perkiraaan undi popular. Tetapi sebaliknya DAP mendapat jumlah kerusi kedua terbanyak iaitu 38 melebihi PKR yang kononnya mendapat undi popular kedua terbanyak?

Sedangkan PKR yang memperolehi undi popular kedua selepas BN sebanyak 20.03% hanya memperolehi 30 kerusi ditempat ketiga!

Mengapa Anwar tidak menjerit melalak mendesak kerusi DAP dikurangkan sebanyak 4 kerusi kepada 34 kerusi daripada 38 kerusi yang sebenarnya dimenangi oleh DAP?

Jawapannya mudah. Anwar sekadar memutar-belit fakta yang hanya menguntungkan dia dari segi politik. Tetapi yang kena batang hidung sendiri, dia sepi membisu sebagaimana dia membisu tentang dimana jam Omega yang ditemui Datuk Eskay dalam peristiwa China-Doll!

3. UNDI POPULAR ANWAR MAKIN MEROSOT

Sekarang mari kita lihat prestasi politik Anwar dalam beberapa pilihanraya umum sebelum PRU-13. Kita akan dapati undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!

Kerusi Parlimen P.044 Permatang Pauh

PRU
JAWATAN
PARTI
LAWAN
MAJORITI

1990
PRU-08
Menteri
BN
Mahfuz Omar
PAS
16,150
1995
PRU-09
Timb Perdana Menteri
BN
Abd. Rahman
(DAP)
23,515
2008
PRK-12
Penasihat PKR
PKR
Dato’ Arif Shah
(BN)
15,671

2013
PRU-13
Ketua Pembangkang
PKR
Dr. Mazlan
(BN)
11,721


Kita dapat melihat dengan jelas sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak keluar daripada Barisan Nasional. Semasa bertanding dalam PRU-08, Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding sebagai calon BN menentang calon PAS Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti yang agak besar sebanyak 16,150.

Dan majoriti Anwar semakin meningkat dalam PRU-09 semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon pembangkang DAP Abdul Rahman Manap dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu meningkat sebanyak 7,365.

Anwar tidak bertanding dalam PRU-10 (1999), PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) kerana menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi Hafilda dan mangsa liwatnya yang juga pemandunya Azizan Abu Bakar.

Apabila Anwar layak bertanding, maka kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU-12 telah dikosongkan. Buat pertama kalinya setelah 16 tahun bertanding dibawah lambang BN, kali ini Anwar sebagai Penasihat PKR bertanding didalam Pilihanraya Kecil dibawah lambang Satu-mata PKR.

Anwar memenangi PRK tersebut pada bulan Ogos 2008 menentang calon BN iaitu Dato’ Arif Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada 15,671; iaitu kurang 7,844 daripada kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN dalam PRU-09 (1995).

Dalam PRU-13 pada 05.05.2013, Anwar sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang bertanding kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang Satu-Mata PKR menentang calon BN iaitu Dr. Mazlan Ismail. Anwar menang dengan majoriti makin merosot sebanyak 11,721; iaitu berkurangan sebanyak 3,950 berbanding PRK 2008. Dan berkurangan sebanyak 11,794 undi berbanding dengan PRU-09 semasa bertanding sebagai calon BN.

Apa makna semua ini?

Maknanya undi popular Anwar sendiri dikerusi tradisionalnya makin merosot dan merudum. Malah saya berani katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti Anwar begitu besar berbanding bertanding sebagai calon PKR.

Jadi kalau undi popular dia sendiri pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada sebarang alasan moral mahupun politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan tak-sah pembangkang telah menang undi popular untuk melayakkan dia menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7!

4. UNDI POPULAR NAJIB MENINGKAT

Sebaliknya kalau kita melihat prestasi Dato’ Sri Najib, kita akan nampak jelas peningkatan undi popular beliau. Daripada hampir tewas dalam PRU-10 (1999) dengan hanya mendapat majoriti sebanyak 241 undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha gigih, majoriti kemenangan Najib meningkat dengan mendadak.

PARLIMEN P.80 – PEKAN

PRU
PARTI
JAWATAN
MAJORITI

2004
(PRU-11)
BN
Timbalan Perdana Menteri
22,922
2008
(PRU-12)
BN
Timbalan Perdana Menteri
24,464
2013
(PRU-13)
BN
Perdana Menteri
35,613


Mengikut carta diatas, undi popular untuk Najib bagi PRU-12 (2008) meningkat sebanyak 1,542 berbanding PRU-11 (2004).

Dan bagi PRU-13 (2013), undi majoriti Najib meningkat sebanyak 35,613, iaitu peningkatan sebanyak 11,149 berbanding PRU-12 (2008)!

Ini membuktikan undi popular Najib semakin meningkat berbanding Anwar yang semakin merudum dan merosot!

Saya cukup yakin kalau diadakan pemilihan Perdana Menteri berdasarkan undi popular, rasanya Anwar Ibrahim kalau tidak hilang deposit pun, mungkin jatuh merudum jumlah undi yang diperolehi berbanding Najib!

5. SISTEM PILIHANRAYA YANG SAMA

Apa yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang? Sedangkan Sistem Pilihanraya yang sama telah digunakan semasa Anwar didalam Barisan Nasional.

Sistem Pilihanraya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sistem Pilihanraya yang sama yang menjunjong Anwar selama 16 tahun didalam Barisan Nasional sehingga menjadi orang nombor dua dalam negara; malah pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!

Mengapa selama 16 tahun tidak pernah dengar sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai Sistem Pilihanraya Malaysia, mahupun SPR?

Kenapa tiba-tiba, apabila terkeluar menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik longkang memaki hamun SPR dan Sistem Pilihanraya Malaysia?

6. ANWAR DITOLAK PAS

Populariti Anwar bukan sahaja makin merosot dan merudum dikalangan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia, malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan.

Ini adalah jelas apabila Majlis Syura’ PAS menolak nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU-13 tempoh hari.

Malah Muktamar Agong PAS 2012 jelas kedengaran suara akar umbi PAS yang menolak Anwar sebagai pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!

RUMUSAN

Dakwaan Anwar bahawa sebenarnya pembangkang DAP-PKR-PAS yang memenangi PRU-13 dan sekaligus membolehkan dia mencapai nafsu menjadi Perdana Menteri kerana memenangi undi popular jelas satu pembohongan dan putar-belit fakta yang jelas.

Pertama, sistem pilihanraya Malaysia ,enggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak diisytiharkan menang dan boleh membentuk Kerajaan.

Dalam konteks ini, jelas BN dengan perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi PRU-13 dan layak membentuk Kerajaan Malaysia.

Kedua, Malaysia, saperti juga di negara maju lain didunia saperti Britain, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi. Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihanraya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.

Ketiga, jika dikira undi popular, sebenarnya BN memperolehi undi popular tertinggi daripada kesemua parti utama yang bertanding dalam PRU-13. Cubaan untuk memutar-belitkan fakta dengan menggabungkan kesemua parti non-BN iaitu DAP-PKR-PAS adalah tidak menasabah memandangkan mereka bertanding menggunakan symbol masing-masing, malah ada yang berlawan sesame mereka dibeberapa kerusi!

Keempat, undi popular Dato’ Sri Najib makin lama makin meningkat. Sebaliknya undi popularAnwar yang mulanya tinggi semasa bertanding menggunakan lambang BN makin merudum dan merosot sejak terkeluar daripada BN dan bertanding menggunakan lambang Mata-Satu!

Kelima, sistem pilihanraya yang samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi longkang ke jawatan nombor dua paling tinggi dalam negara. Sistem itu jugalah yang membolehkan Anwar menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Tapi kini sistem itulah yang diludah kembali setelah impian ke Putrajaya semakin lama makin jauh!

Keenam, parti komponen terbesar pembangkang iaitu PAS sendiri menolak Anwar sebagai bakal calun Perdana Menteri. Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin merosot dan merudum, bersama dengan rakan komponen pun Anwar makin dipinggiri dan diketepikan.

Apa yang merbahaya ialah dalam keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah dipilih secara telus, transparen dan jelas oleh rakyat dalam PRU-13, negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma yang sempit. Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak bersama Anwar memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan kaum ini!

Sebab itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit, jijik dan kotor ini. Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda! Hormatilah keputusan rakyat yang mahukan negara dipimpin oleh Dato’ Sri Najib dibawah Kerajaan Barisan Nasional.

Saya hanya boleh merumuskan satu perkara daripada semua ini: Anwar Ibrahim memang seorangpembohong bersiri yang tegar dan kaki putar alam yang cukup hebat!

Pembohong – Anwar berjanji akan berundur dan bersara daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam PRU-13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya rakyat ke politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!

Putar belit – Anwar memutar-belit fakta dengan menggunakan isu ‘undi popular’ sebagai alasan untuk mendakwa sebenarnya dia dan pembangkang DAP-PKR-PAS yang menang dalam PRU-13; sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi berdasarkan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi!

Kepada Anwar, hentikan politik pembohongan dan putar-belit ini! Berundurlah secara terhormat sebelum dihalau oleh rakyat secara tidak terhormat!

Wallahua’lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Isnin
17 Rejab 1434
27 Mei 2013

#Seperkara yang harus kita ingat adalah Zulkifli Nordin merupakan antara orang kepercayaan Anwar Ibrahim satu ketika dulu dan beliau tahu bagaimana Anwar menggunakan orang lain demi mancapai cita-cita politiknya.Malah Anwar mempunyai kemampuan kewangan yang cukup hebat malah jika di hitung kedudukan kewangannya sudah pasti jauh melebihi dari gaji seorang perdana menteri.

Persoalannya mengapa Anwar masih mahu menjadi perdana menteri ?? 

Hati-hati dengan setiap yang anda dengar kerana di sebalik manusia bernama Anwar , berdirinya pelbagai jenis wajah lain yang hanya menanti masa terbaik untuk bertindak.

MMI.

Labels