Followers

Sunday 26 May 2013

GEMPAR Ada ENTITI Di Kesan Di Putrajaya !!

Gambar Hiasan
Semua pihak sedia maklum minggu ini berlangsungnya Festival Belia Putrajaya 2013 di Putrajaya.Semenjak hari pertama festival ini berlangsung Putrajaya di penuhi para belia dari seluruh negara malah turut disajikan dengan pelbagai aktiviti dan juga program-program khusus kepada para belia negara.

Paling menarik festival kali ini merupakan festival pertama yang dihadiri oleh Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin yang baru sahaja di lantik mengganggotai jemaah menteri oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selepas PRU13 baru-baru ini.

Dalam kerancakan festival ini mengambil tempatnya terdapat rakaman gambar yang menampakkan entiti yang berkeliaran di Putrajaya selain daripada para belia.

Apakah entiti ini merupakan penghuni asal Putrajaya yang rimas dengan hiruk-pikuk para belia ? Untuk mengetahui jawapannya lihat gambar dibawah...


Haha Ronnie Liu rupanya !! Jadi tak perlu rasa seram sangatlah cuma kita kena hati-hati sikit bukan apa kehadiran Ronnie Liu di Putrajaya ni semestinya dengan tujuan dan alasan tertentu.

Ada pihak yang kata kehadiran beliau ni atas jemputan Menteri Belia & Sukan yang baru , ish betul ker ? Tak kisahlah kalau benar sekalipun maklumlah sebelum ni bukan main nak ke Putrajaya jagi kita bagi can lah..

Cumanya MMI nak ingatkan seperkara kena hati-hati juga dengan mamat ni mana tau dia tengah tinjau-tinjau spot baik punya nak buka pusat urut kihkihkih...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels