Followers

Wednesday 15 May 2013

JAIS & NGO-NGO Malaysia BALUN Malaysiakini (VIDEO) !!!


Nak kata bodoh nampak macam cerdik , nak kata bangang nampak macam pandai , nak kata kurang ajar lebih dari tu , nak kata biadap memang bangsat pun !! maka tindakan yang dilakukan oleh NGO-NGO Malaysia di ketuai oleh Sdr Jais Abdul Karim amatlah bertepatan sekali.

Kenyataan Media Gabungan NGO-NGO Malaysia Mempertahankan Kenyataan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 di rasakan kena pada masanya.

Untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ikuti kenyataan penuh di bawah ..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Kami daripada Gabungan NGO-NGO Malaysia memanggil satu sidang media pada hari ini bagi mempertahankan Kenyataan yang dibuat oleh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 lepas.

2. Sidang media ini dipanggil berikutan LAPORAN TIDAK TEPAT dan BERAT SEBELAH berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang di laporkan di dalam portal www.malaysiakini.com pada 12 dan 13 Mei 2013. Kami sekali lagi menegaskan bahawa malaysiakini.com TIDAK DIJEMPUT HADIR membuat liputan berita di program berkenaan dan sebarang laporan yang dibuat oleh media "penceroboh" ini adalah berniat jahat dengan tujuan mereka untuk melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

3. Kami menegaskan bahawa apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan telah dimanipulasikan oleh wartawannya dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang berdurasi hampir 60 minit.

4. Laporan berita terpilih dan dilaporkan secara berat sebelah oleh Malaysiakini berkenaan telah menyebabkan timbul reaksi tidak selesa dalam kalangan pembaca sehingga ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah ditafsir dan diulas oleh banyak pihak termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bersifat perkauman. Lebih malang lagi, kesemua yang mengulas di web portal Malaysiakini berkenaan TIDAK PUN HADIR MENDENGAR SENDIRI bagi menilai keseluruhan ucapan berkenaan.

5. GPMS dan Persatuan Alumni UiTM selaku penganjur program bersama dengan pertubuhan-pertubuhan NGO di sini yang hadir ke program wacana berkenaan dengan ini berdiri teguh dan mempertahankan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah dalam program berkenaan.

6. Kami menegaskan bahawa ucapan beliau secara keseluruhannya adalah berbentuk konstruktif mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, sesuai dengan kedudukan dan pengalaman serta kepakaran beliau selaku Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.

7. Beliau di permulaan ucapannya telah memohon izin dewan untuk berkata benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar belaka menurut prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang yang menjadi ikrar setiap rakyat Malaysia.

8. Beliau menegaskan bahawa orang Melayu perlu diberikan kefahaman berkaitan hak-hak mereka seperti yang telah terjamin di dalam Perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan ini telah menjadi asas untuk bernegara yang utama dalam kalangan masyarakat berbilang agama, bahasa dan budaya di Malaysia.

9. Beliau telah menyeru hadirin agar berjihad untuk memperkasakan Perlembagaan selaras dengan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa "Perlembagaan Persekutuan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat yang berlawanan itu".

10. Beliau seterusnya menyentuh berkaitan Perlantikan Perdana Menteri mengikut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan. Beliau menegaskan bahawa tiada peruntukan Perlembagaan yang mewajibkan Perdana Menteri mestilah seorang Melayu dan selanjutnya beliau mencadangkan agar Perlembagaan dipinda bagi memasukkan frasa wajib Melayu menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar atas rasional realiti masyarakat majoriti di Malaysia.

11. Selanjutnya, beliau menyentuh berkaitan Tanah Rezab Melayu yang juga terkandung di dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan serta mencadangkan agar tanah-tanah di lokasi strategik di bandar-bandar di isytiharkan sebagai Tanah Rezab Melayu untuk membolehkan orang Melayu dan Bumiputera turut sama dapat berkongsi kemakmuran dan kekayaan negara.

12. Selanjutnya, beliau turut menyentuh berkaitan agihan kekayaan yang tidak seimbang dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu di negara ini dan beliau mengulangi peruntukan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

13. Selepas menghuraikan kesemua peruntukan dan Fasal Perlembagaan Persekutuan ini, barulah beliau berpendapat bahawa hak-hak orang Melayu dan Bumiputera ini jangan dikhianati secara politik dan rampasan kuasa kerana orang Melayu akan sewajarnya mempertahankan hak-hak mereka seperti yang telah dijamin di dalam Perlembagaan.

14. Kami Gabungan NGO Malaysia ingin mempersoalkan apakah motif Malaysiakini menyiarkan secara terpilih kenyataan-kenyataan yang diolah seumpama dan memberikan gambaran seolah-olah YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah bersikap rasis? Adakah seseorang itu menjadi rasis hanya kerana beliau menyatakan tentang sesuatu yang telah termaktub dalam Perlembagaan? Ataupun pihak yang menunggu peluang untuk merampas kuasa bagi meminda Perlembagaan itu yang bersifat rasis?

15. Orang Melayu telah lama bersabar dan tidak secara agresif bersuara mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera sejak kemerdekaan negara sejak 56 tahun lalu. Kesan daripada itu, berlaku ketidakseimbangan dari segi pendidikan dan ekonomi di Malaysia apabila pemilikan ekuiti bumiputera masih pada kadar 21% dan hanya seorang Melayu tersenarai dalam kalangan 10 terkaya di Malaysia. Ketidakseimbangan dari segi kekayaan dan komposisi kaum ini akan mendatangkan kesan sosial yang serius pada masa yang akan datang.

16. Oleh itu, kami Gabungan NGO Malaysia mengulangi solidariti kami mempertahankan kesemua kandungan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan dan kami akan berterusan bersatu dan bergabung bagi mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

17. Orang Melayu memerlukan tokoh berpengalaman, berotoriti dan berprofil tinggi seperti YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah untuk terus membimbing dan mengingatkan orang-orang Melayu tentang Wasiat Raja-raja Melayu demi memastikan teras-teras utama dalam Perlembagaan tidak diganggu-gugat oleh sebilangan kecil politikus dalam negara yang kemaruk kuasa.

18. Orang Melayu juga selepas disedarkan dengan hak-hak Perlembagaannya harus bangkit mempertahankan hak mereka mengikut lunas-lunas perundangan negara.

19. Kami juga ingin mengingatkan media "penceroboh" seperti Malaysiakini agar jangan lagi membuat laporan terpilih dengan niat untuk menghasut dan menyemai kebencian hubungan antara kaum di Malaysia kerana jelas, kaedah pemberitaan bersifat hasutan oleh Malaysiakini ini tidak menyumbang kepada perpaduan nasional.

20. Sekian.Terima kasih. - Jais Abdul Karim Presiden GPMS.




Komen MMI , baguslah sekurang-kurangnya sudah ada pihak-pihak seperti gabungan NGO-NGO Malaysia ini sedar dan faham bahawa kita bukan sahaja berdepan dengan anasir pengacau di jalanraya tetapi juga dakyah dan putar belit di alam maya yang mampu meruntuhkan sebuah negara yang selama ini kita bina.

Harapan MMI semoga suara-suara ini terus bersuara dan pertahankan hak yang sudah pun termaktub dalam perlembagaan negara.

Percayalah ungka-ungka di luar sana kini sudah di doktrin supaya hanya berkiblatkan kepada pembangkang semata-mata dan ungka-ungka macai ini tidak akan teragak-agak untuk bertindak lebih dari apa yang telah mereka lakukan kini.

Ayuh PERTAHANKAN !!

Psst Jangan lebih-lebih dengan SINGA yang jinak , BAHAYA !! 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels