Followers

Wednesday 22 May 2013

Nasrudin ~ Tolak Pemimpin Korup,Zalim & Menipu Tapi Terima Pemimpin Luar Tabi'e KEPALA HOTAK HANG !!!


Walaupun dilihat berkobar-kobar untuk menjalankan tanggungjawab di kementerian yang baru, beliau nampaknya terus dihentam dari pelbagai sudut.

Kali ini disifatkan pula mengamalkan politik rimba serta politik primitif yang telah ketinggalan zaman.

Demikian gambaran Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Rakyat merasa bimbang negara menuju kemusnahan jika dipimpin oleh pemimpin seperti ini," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat berkata tindak tanduk Ahmad Zahid yang mengeluarkan kenyataan beremosi mencerminkan Kabinet seangkatannya sebagai tidak cerdik, tidak matang dan tidak berfikiran jauh.

"Baru seminggu dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid sudah mula menunjukkan taring jantan dan kuasa besarnya sebagai pemimpin kerajaan.

"Kenyataan Zahid itu bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik.

"Dengan angkuh dan bongkak beliau menyarankan agar mereka yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia supaya meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari," katanya yang dipetik dari akaun Facebooknya semalam.

Nasrudin berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Umno yang menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya yang digemari.

Beliau yang dipetik menyarankan Ahmad Zahid supaya belajar daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, biarpun masih mentah bergelar menteri namun mempunyai akal yang panjang.

"Beliau tidak melatah dan bersikap dendam terhadap musuh politiknya sebaliknya bersikap ‘gentle’ dengan mendamaikan, bukan menjarakkan jurang politik.

"Inilah politik baru yang diinginkan oleh rakyat dan bersikap terbuka dalam sesuatu perkara, bukan menghukum membabi buta," tegasnya.

Katanya Ahmad Zahid sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana rakyat masih sayangkan negara dan bersikap patriotik hingga sanggup berhimpun untuk menuntut sistem pilihan raya yang adil, bersih dan telus.

"Rakyat tidak mahu sistem pilihan raya berlangsung dengan penipuan, penyelewengan dan kecurigaan. Ia akan memberi kesan terhadap kerajaan dan pemimpin negara yang dipilih.

"Rakyat tidak mahu pemimpin yang menipu, korup, zalim dan ditolak oleh rakyat sebagai pemimpin mereka.

"Rakyat merasa bimbang negara menuju kemusnahan jika dipimpin oleh pemimpin seperti ini," katanya.sumber 


Steadylah Nasrudin !! Kita tolak pemimpin yang korup , zalim dan menipu kerana ianya akan memberi kesan kepada negara tapi kita terima pemimpin yang terlibat dengan seks luar tabi'e dan chinadoll.Jangan lupa juga terima pemimpin yang balun bini orang dan bagi kaunseling jam 3 pagi.Memang terbaiklah ketua pemuda PAS ni..

MMI.

3 comments:

  1. Malangnya pendapat nasruddin itu turut dikongsi oleh ramai orang rupa-rupanya. Baru2 ni saya berbual dgn seorang rakan (anak pemimpin UMNO satu ketika dulu). Katanya dia bosan dgn politik kata mengata ni. Elok juga kalau ubah kerajaan PRU14 nanti.

    Terkejut saya mendengarnya. Dia cakap kat Selangor, PKR bawah Khalid bagus sebab dapat lunas banyak hutang, kalau bawah azmin mungkin hancur.

    Nampaknya orang yg sokong PKR tidak beri perhatian sangat kepada anuwar, mereka hanya meluat dengan UMNO. Kawan saya juga benci pada DAP. Nampaknya UMNO harus guna pendekatan lain jika nak memenangi hati rakyat. Sekarang KJ adalah liabiti kerana semua orang tahu dia bergaul dengan circles Melayu baru dan dia juga ambitious (macam anuwar dulu je).

    Saya harap, mulai sekarang UMNO jangan lagi guna isu seks kalau nak jatuhkan lawan sebab masyarakat bandar sekarang dah jadi masyarakat permissive. Mereka dah tak kisah bab amalan seks bebas atau bogel atau LGBT.
    Mereka hanya pentingkan isu korup, gila kuasa dan salah guna kuasa. Jadi, UMNO harus terus dakwa atau saman puak2 tu, tak perlu dedah video atau buat PC... dah takde makna lagi.

    ReplyDelete
  2. itulah dia nasrudin ,umpama ayam kokok berdegar2 tapi ekoq bergelumang tahi

    ReplyDelete
  3. Nasarudin> Jgn seperti "Gagak dimandikan 7 kali sehari pun takan putih"

    ReplyDelete

Labels