Followers

Sunday 2 June 2013

MALAYSIA ~ Ranjaunya Bukan Main-Main


Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup menarik bukan sahaja untuk di lawati oleh pelancong asing tetapi juga menarik dengan segala apa yang di milikinya.Malaysia unik dan memiliki keistimewaannya tersendiri sehinggakan ada di kalangan mereka yang tidak menyukai Malaysia pun turut sama bebas berada di mana-mana sahaja asalkan kehadiran itu tidak bersabit dengan perlakuan jenayah mahupun yang seangkatan dengannya.

Kadang-kadang MMI sendiri hairan mengapa masih ada mereka-mereka khususnya di Pulau Pinang yang bebas ke sana ke mari malah ada yang menjalankan perniagaan tanpa langsung ada gangguan masih lagi menyimpan rasa benci yang teramat sangat dengan sebuah kerajaan yang selama ini memelihara bumi Malaysia.

Malah pernah dalam satu insiden membabitkan kecurian , dengan sepantas kilat pemilik perniagaan menghubungi pihak Polis kerana sememangnya disitulah segala aduan akan di buat namun bertindak sebaliknya dalam beberapa perkara.

Pernahkah kita membayangkan sekiranya berlaku sesuatu kejadian contohnya kecurian dan apabila kita menghubungi pihak Polis untuk membuat aduan tiba-tiba kita di maklumkan yang aduan tersebut tidak akan di terima kerana kecurian berlaku di dalam premis yang sepatutnya menjadi tanggungjawab pemilik untuk menentukan tahap keselamatan sendiri.

MMI rasa mungkin kelam-kabut jadinya.Namun itulah sebenarnya senario yang kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mahu faham.Malaysia telah menyediakan ruang dan keperluan yang secukupnya untuk rakyat menjalani kehidupan dan bukan menjadi tanggungjawab kerajaan sebenarnya sekiranya kita sendiri yang GAGAL menentukan corak hidup kita.

Malah dalam keadaan itu sekalipun kerajaan ini jugalah yang bertungkus-lumus membantu malah menyediakan pula pihak-pihak yang bertanggungjawab membantu mereka-mereka yang mungkin tidak mendapat peluang seperti mana orang lain.

Apakah kerajaan ini masih di anggap zalim dan kejam ?? 

MMI malas nak cerita tentang ekonomi sebab rasanya semua pihak dah faham benar siapa sebenarnya yang mendapat manafaat paling besar dalam sektor ini.Hmmm...

Tak pastilah MMI apa lagi yang di mahukan oleh sebahagian dari mereka di luar sana mungkin impian mereka mahukan sebuah kerajaan yang benar-benar tegas dan tidak lagi bercakap soal perikemanusiaan.

Rasanya boleh sahaja ianya dilakukan dan MMI boleh mencadangkan satu plan terbaik supaya apa yang di mahukan oleh kebanyakkan mereka diluar sana untuk mempunyai sebuah kerajaan yang tegas mampu di zahirkan.

Plan ini merupakan plan menyeluruh dimana semua agensi termasuk pihak keselamatan akan bertindak membersihkan semua bandar dan pekan di seluruh Malaysia melalui operasi seperti mana yang dilakukan oleh pasukan tentera kita Lahad Datu iaitu operasi "Mopping".

Operasi ini akan bermula di Perlis dan akan berterusan sehingga ke Johor.Setiap negeri dan kawasan akan diterjah satu persatu maka siapa sahaja yang dikesan tidak mengikut undang-undang Malaysia akan di tangkap.Road block akan di wujudkan di semua kawasan dan undang-undang curfew akan dibuat bagi membanteras jenayah serta yang seangkatan dengannya ketika operasi sedang berjalan.

Mereka-mereka yang dikesan bermasalah ini akan di hantar pulang ke negara masing-masing dan bagi rakyat malaysia mereka akan di tahan untuk diadili.

MMI yakin sekiranya plan ini dilakukan insyaallah bukan sahaja Red Bean Army , bapak tok nenek kepada Bean Army pun dapat di kenal pasti dan di tangkap.

Malah Malaysia juga sudah pasti dapat dibersihkan khususnya daripada puak-puak bangsat yang kita tahu banyak bohong dari benarnya.

Yang pasti dan MMI amat yakin kaum Cina di Malaysia adalah mereka yang akan menerima kesan paling besar kerana percayalah tidak semua kaum Cina yang ada di Malaysia kini adalah warganegara kita.

Teringat MMI sewaktu berjalan di Batu Ferringhi , Petaling Street dan banyak lagi tempat-tempat sedemikian apakah anda yakin semua perniagaan di sana dijalankan oleh rakyat Malaysia ?? Apakah semua yang diniagakan itu adalah barangan sah dan bukannya tiruan ?? Hmm selama ini dah lama kita bagi muka apakah sekarang adalah masanya ??

Berapa banyak agaknya warga asing di seluruh negara yang bekerja sebagai GRO di seluruh negara termasuk Kelantan ?? Apa tidak ada kebarangkalian mereka-mereka ini juga telah dijadikan sebagai pengundi hantu ?? Sedikit soalan cepu emas siapa dan kaum apa agaknya yang melindungi mereka ?? 

Jangan pula ada yang mempertikaikan tentang undang-undang kerana undang-undang itu boleh di buat dan di pinda asalkan ianya mendapat sokongan majoriti semua ahli parlimen di dewan rakyat.Hahahaha agaknya sejauh mana muka ahli parlimen dari pembangkang sekiranya plan dan undang-undang baru ini nak diwujudkan ?? 

Disinilah segalanya di perhatikan , Persoalannya....Apakah mereka-mereka diluar sana yang saban waktu membangkang boleh menerima tindakan sebegini ??? 

Hihihi rasanya tidak !! teringin sangat nak tengok apa kata puak DAP dan sahabat sesyurga mereka !!!


Kepada semua yang hari ini sentiasa menghormati undang-undang negara dan memberikan taat setia kepada kepimpinan negara SYABAS MMI ucapkan.Bukan kerana kita membabi buta memilih untuk menghormati pemimpin ini tetapi kerana kita punya akal dan fikiran.Malaysia boleh sampai ke tahap hari ini adalah kerana kebijaksanaan dan kemampuan legasi pimpinan yang di serahkan dari satu tangan kepada satu tangan lain dengan penuh hormat dan tanggungjawab.

Kita punya undang-undang dan maruah sebagai rakyat kepada sebuah negara MERDEKA.Dengan maruah itulah sebenarnya kita memiliki pemimpin-pemimpin hebat ini dan percayalah mereka senantiasa berfikir untuk memajukan bukan sahaja mereka yang sebangsa dengan MMI tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Perlembagaan yang selama ini kita pegang hasil dari usaha bersama 3 bangsa terbesar di bumi bertuah ini satu ketika dahulu bukan sekadar perlembagaan tetapi ianya penuh dengan MARUAH , KEPERCAYAAN , KEAMANAN , KEMAKMURAN , PERSAHABATAN dan banyak lagi yang sebenarnya semakin di lupakan oleh generasi hari ini.

Kepada mereka mahupun sesiapa sahaja , kita ada tanggungjawab dan tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu kita pikul.Jangan sesekali lalai kerana amanah ini berat kita harus pastikan LEGASI INI SAMPAI KE GENERASI SETERUSNYA DALAM KEADAAN SEPERTI MANA KITA MEWARISINYA DARI GENERASI SEBELUM KITA.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels