Followers

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Monday, 12 August 2013

PAU13 Sesuatu Yang Menarik Sedang Berlaku ..


Berdasarkan keputusan pucuk pimpinan tertinggi untuk melihat UMNO terus relevan dan mampu terus menjadi payung kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya , proses tranformasi politik yang sedang dilakukan dalam parti kini menampakkan perkembangan positif.

Seperti semua sedia maklum parti UMNO kini sedang melakukan perubahan khususnya dalam soal pemilihan parti dengan membuka ruang kepada lebih ramai ahlinya untuk menjadi pemilih dan penentu siapa yang bakal menerajui parti keramat ini.

Dalam masa yang sama isyarat yang di berikan oleh penggiat media maya khususnya para bloggers pro-UMNO yang dimulakan oleh bloggers Dr MiM & team untuk membantu parti UMNO memiliki pemimpin yang benar-benar bekerja untuk parti dan rakyat turut menjadi sebahagian daripada perkara yang harus di berikan perhatian.Baca Sini 

Seperti sahabat-sahabat bloggers lain MMI juga mahu melihat parti UMNO yang bakal mempunyai barisan kepimpinan barunya dalam pemilihan yang akan datang benar-benar memiliki pemimpin yang mahu berkhidmat untuk rakyat dan bukannya pemimpin yang hanya menjadikan jawatan sebagai keutamaan tetapi dari segi kerjanya boleh diibaratkan sebagai hangat-hangat tahi ayam.

Ada juga pihak yang mempersoalkan sejauh mana mereka-mereka ini (penggiat media maya) mampu membantu parti untuk memiliki pemimpin-pemimpin terbaik untuk menerajui parti ? Senang cita jangan sama sekali menidakkan suara pasukan maya kerana jaringan yang wujud diantara sesama mereka sudah cukup untuk menggegarkan negara.

Bukan niat MMI untuk menggugut mana-mana pihak apatah lagi mahu mengaibkan sesiapa , tetapi atas dasar mahu melihat UMNO tidak lagi menjadi mangsa kepada kerakusan segelintir mereka-mereka yang gila kuasa dan tamak haloba maka sesuatu harus di lakukan.

Dan kerana itulah ada sesuatu yang menarik sedang berlaku kini apabila satu persatu pemimpin mula menyatakan pendirian masing-masing untuk tidak bertanding jawatan MT UMNO dalam pemilihan kali ini.Semuanya mempunyai alasan tersendiri dan sebahagiannya membuktikan bahawa mereka faham kehendak akar umbi untuk melihat pemimpin yang dipilih memberikan penumpuan kepada tugas masing-masing termasuklah di kawasan dan negeri masing-masing.

Timbalan Menteri Kesihatan DS Dr Hilmi Yahaya tidak akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan Oktober depan untuk memberi ruang kepada golongan yang lebih muda.

Menteri Kewangan Kedua DS Ahmad Husni Hanadzlah turut mengambil pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi memberi laluan kepada golongan baharu.  Beliau juga mahu menumpukan kepada kementerian beliau.

Menteri Besar Johor, DS Mohamed Khaled Nordin telah membayangkan untuk tidak bertanding sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi UMNO.Ketua Perhubungan UMNO Johor itu berkata tumpuannya adalah kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Terkini pula Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan tidak akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.Zambry berkata sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, wajar untuk beliau tidak menawarkan diri bertanding di peringkat MT sebaliknya memberi ruang kepada calon lain yang berkelayakan.

Pada pandangan MMI ini merupakan sebahagian daripada proses tranformasi yang dilakukan oleh parti UMNO dan sudah ada dikalangan pemimpinnya yang faham tentang kehendak ahli dan rakyat.

Apakah akan ada lagi pemimpin-pemimpin lainnya yang sudah terlalu lama berada di atas sana akan turut mengambil pendirian yang sama ? Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya selepas ini.

Percayalah UMNO dan pemimpinnya sedang melakukan perubahan seperti mana akar umbi mahukan dan percayalah mereka-mereka yang diatas sana sedar dan faham apa sebenarnya yang harus dilakukan.

Sebagai penulis blog MMI dan rakan-rakan akan terus menulis kerana ini adalah medium kami untuk menyuarakan pandangan ahli di peringkat akar umbi.

Tidak guna hebat di atas sana kalau di bawah banyak yang kecewa.

Semoga PAU13 terus menjadikan UMNO parti yang mampu memayungi orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya.

Psst sesuatu yang menarik sedang berlaku ...

Baca juga artikel Dr MiM

MMI

Cukup MEMALUKAN Puak Ni Dah La PELAHAP , MENIPU Pun Pandai ..


Al-kisah dulunya ada satu puak datang membawa diri mencari makan dan berlindung di sebuah negara .Cumanya datang itu di bawa oleh puak lain dan kalau di ikutkan perkiraan MMI tujuan puak-puak tu di bawa adalah untuk menjadi pencacai dan bekerja bagi puak yang lebih berkuasa.Biasalah puak tu jenis bangsa penjajah sebab tu ada kuasa sikit.

Kemudiannya di takdirkan berlaku satu perang besar melibatkan seluruh dunia maka negara tu pun turut berperang.Jadi di pendekkan cerita puak-puak yang di bawa tu pun terlibat sama lah dan kebanyakkannya bersembunyi ja dan selebihnya jadi puak penentang.

Dalam dok menentang tu pun puak-puak ni boleh pula bunuh puak sendiri.Nak tau kenapa ? Sebabnya kerana tak tolong support bagi makan huhu maunya tak marah noo dok dalam hutan sana noo LAPAQ la cerita dia..Ish ish apa punya langau puak-puak ni.

Nak jadi cerita lepas perang puak-puak ni yang jadi penentang tadi dah bercita-cita nak jadi kerajaan kat negara tu.Tu diaa lagi teruk jadinya...Masa ni puak yang pada mulanya mai cari makan dah pecah dua , 1 jadi puak penentang dan lagi 1 jadi puak dikalangan masyarakat.

Dalam masa yang sama berkat usaha dan perjuangan rakyat negara tu depa merdeka dan masa ni puak tu di beri dua pilihan.1 boleh pilih nak balik negara asal dan keduanya di beri taraf warganegara.

Huh macam monyet dapat pisang la cita dia .. sikit sangat yang balik negara selebihnya pilih warganegara dan hidup lah puak-puak ni di kalangan masyarakat sampailah hari ini.

Dalam masa yang sama puak penentang tadi perang pula dengan kerajaan negara tu , kira makan banyak tahun juga lah.Masa ni pun puak yang jadi masyarakat turut di pertahankan oleh kerajaan.

Ha jangan main-main , pertahankan tu !! 

Nak di pendekkan cerita lagi puak penentang musibat ni akhirnya letak senjata juga dan penentangan mereka pun berakhir.

Maka hiduplah puak-puak ni di kalangan masyarakat lainnya.

Dalam dok hidup bersama masyarakat , puak-puak ni bukan sahaja di terima oleh rakyat tetapi turut mampu menjana ekonomi dengan baik sampaikan rakyat asalnya turut ketinggalan.

Tapi kena INGAT mereka sekarang dah semakin berani dan dah pandai kurang ajaq.

Macam-macam cara puak ni buat sampaikan kadang kalanya cucu cicit mereka yang buta sejarah tu langsung tak reti nak hormat orang lain.

Senang cita puak ni memang pelahap dari mula mai sampailah hari ni melahap ja kerja depa.Kira perut sendiri ja langsung tak peduli dengan orang lain , baru-baru ni pula puak ni terang-terang MENIPU apabila mulut kata lain hati kata lain.Nampak sangat PENIPU !!

Bayangkan negara tu baru-baru ni ada pilihanraya dan masa kempen tu puak-puak pelahap ni penuh di meja-meja makan dalam majlis yang diatur.Ada juga yang bagitau puak-puak ni sampai tahap TAPAU bawa balik.Hahaha memang PELAHAP sungguh tapi MMI paling benci bila mula menipu.

MMI nak pesan hati-hati dengan puak ni sebab selain dari PELAHAP , depa juga pandai MENIPU huhu cukup MEMALUKAN.

Mai mana tak tau !!!

Ada yang tanya MMI puak mana tu ? Jauh ... jauh sana noo ...

MMI

Tuesday, 6 August 2013

Siapa Lelaki Bernama Faisal Hamdi ??


Jika melihat kepada gambar di atas sudah tentu ada diantara kita akan menyangka lelaki itu antara ribuan Mujahidin yang selalunya mengangkat senjata memerangi puak-puak pengganas atau mereka-mereka yang menyerang serta membunuh orang-orang Islam di sebelah Timur Tengah.

Dalam beberapa kejadian sebelum ini seperti mujahidin di Afghanistan berperang dengan tentera Rusia , Bosnia berperang dengan puak-puak Serb dan banyak lagi menjadikan fikiran kita lebih terarah kepada perjuangan sedemikian.

Namun lelaki bernama Faisal Hamdi dalam gambar diatas merupakan warganegara Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam yang kini berada di Syria bersama-sama dengan (FSA) Free Syrian Army.

Terdapat laporan yang menyatakan beliau telah terlibat secara langsung dengan pasukan FSA sebagai pejuang mujahidin yang kini berperang menentang rejim zalim Syiah Nusairiah LaknatuLlah Basyar Assad.

Tetapi MMI kurang pasti dengan berita dan laporan sedemikian kerana berdasarkan sumber dan rujukan melalui akaun facebook milik beliau , Faisal Hamdi sebenarnya adalah salah seorang anggota kumpulan team kemanusiaan dari Malaysia yang ditugaskan memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat serta pelarian perang di Syria yang terpaksa menderita akibat peperangan yang meletus.

Malah Faisal juga sebenarnya sedang membuat liputan di ground zero bersama FSA dan sedang menyiapkan dokumentari tentang Syria yang akan di terbitkan nanti.

Berikut adalah catatannya yang MMI rasa perlu di kongsi dengan semua...


DOKTOR & VIDEOGRAPHER 

2 profession yang sangat diburu oleh tentera Basyar berbanding mujahidin adalah para doktor perubatan dan para jurukamera. 

Doktor diburu kerana tugas mereka yang merawat para mujahidin yang cedera bertempur. Bagi regim, adalah lebih baik menghapuskan si perawat cedera kerana sesudah dirawat dan sembuh, mujahidin akan kembali ke medan perang. Maka sifir mereka dengan menghapuskan para pegawai perubatan, maka akan berkuranganlah jumlah mujahidin yang sembuh dan bangkit kembali menentang mereka.

Jurukamera diburu pula kerana merekalah yang bakal membawa berita-berita sebenar keadaan dan situasi Syria keluar dari Syria yang akan membuka mata masyarakat antarabangsa. Salah satu video pertempuran yang sempat dikongsikan kepada saya dan fotographer Syahid Öblind Rosley betapa tentera regim mengalihkan tumpuan tembakan mereka daripada dihalakan kearah mujahidin kepada jurukamera sebaik sahaja mereka menyedari kehadirannya di medan pertempuran tersebut.

Doktor yang berkacamata disebelah kiri saya itu berasal dari Yaman. Beliau menggadaikan kerjayanya di Yaman dan London sebagai doktor dan juga pensyarah perubatan semata-mata untuk menyelamatkan nyawa-nyawa yang tak berdosa di Syria. Bila ditanya apakah motivasinya? Lalu dijawab "Tiada lain melainkan Islam. Mereka disini adalah saudaraku. Islam yang menyatukan aku dengan mereka"

Betapa peperangan itu sesuatu yang gila. Hanya yang gila sanggup meredahinya.

p/s: lantai hospital ini masih basah dengan darah..

Walaupun Faisal di lihat seperti penyokong pembangkang melalui info-info di akaun facebooknya , MMI rasa pengalaman dan catatannya itu perlu MMI kongsikan kerana ianya melibatkan saudara seagama dengan kita yang kini berada di tengah-tengah konflik Syria.

Semoga catatan dan laporannya dapat menginsafkan kita orang-orang Melayu di Malaysia supaya bersatu atas nama ISLAM.


MMI

Sunday, 28 July 2013

Ibarat Tarik Rambut Dalam Tepung ~ Masih Boleh Pakai Lagi Ka Istilah Ni ??

Gambar Hiasan
Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh Tun Mahathir pada satu ketika dulu kini dan semakin hampir.Hanya 7 tahun sahaja yang memisahkan kita dengan hari bersejarah yang bakal menjadi kenangan buat semua rakyat Malaysia.MMI sendiri tidak pasti apakah yang bakal berlaku pada hari tersebut cumanya menjadi harapan untuk melihat seluruh rakyat mampu tersenyum dan bersyukur dengan apa yang kita nikmati hari ini.

Untuk makluman Wawasan 2020 merupakan satu konsep yang telah di bentangkan oleh Tun Mahathir yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia di Mesyuarat Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 FEBRUARI 1991.

Tun Mahathir pada ketika itu menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara ialah menjadikan Malaysia sebagai sebauh negara industri dan pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 menurut ACUAN kita sendiri.

Kemajuan yang di maksudkan meliputi aspek EKONOMI , POLITIK , SOSIAL , KEROHANIAN dan SEKTOR KEBUDAYAAN.


Dalam masa yang sama banyak pihak pernah mempersoalkan mengapa 2020 dan bukannya tahun-tahun lain ? Mengapa 2020 ?
~Pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan dan persaingan yang pesat (30 tahun)
~Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia (Berjaya/tidak dalam pembangunan perindustrian)
~Bersama dalam "Megatrend" (Di tentukan oleh pembangunan sains , teknologi dan komunikasi)
~Jangka masa yang munasabah dan praktikal (Berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah di capai)
Dalam masa yang sama terdapat 9 cabaran untuk merealisasikan apa yang dipanggil Wawasan 2020 dan ianya seperti berikut..

(i)  Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

(ii)  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii)  Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv)  Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

(v)  Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi)  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii)  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii)  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix)  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,  dinamik, giat dan kental.

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia , politik dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan "framework of action" bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan kaedah sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

Persoalannya selama Malaysia mengorak langkah menuju Wawasan 2020 yang hanya berbaki 7 tahun dari sekarang , apakah kita benar-benar berada di landasan yang terbaik untuk mendepani apa yang telah kita rancang sejak 23 tahun yang lalu ?

Banyak perkara yang sebenarnya telah terhasil daripada misi yang di cetuskan melalui Wawasan 2020 ini namun jangan sesekali menidakkan suasana atau geopolitik negara yang kini agak membimbangkan.

Pelbagai cara dan tindakan yang jauh sekali menyimpang daripada misi Wawasan 2020 ini semakin mengisi tempat dan ruang yang sebenarnya di sediakan sendiri oleh kita.Contohnya isu melibatkan penghinaan agama dan isu perkauman yang semakin menjadi-jadi.

Malah himpunan oleh mereka yang kononnya berdiri atas nama rakyat seolah-olah seperti melihat slot drama minggu ini di kaca televisyen.Ada sahaja gerakan-gerakan seperti ini di lakukan oleh mereka yang sebenarnya cuba untuk memusnahkan apa yang telah kita rancang.

Jangan lupa dalam beberapa keadaan NGO cauvinis jauh lebih berani malah boleh pula memberikan kata dua kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama kerajaan di lihat lebih kepada mengikut.

Natijahnya kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang selalunya akan berakhir dengan kita mengalah dan sudah berlaku insiden Guru Besar di rehatkan sebelum menantikan tindakan hanya kerana isu yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pesanan MMI , walaupun kita mahu memperlihatkan sikap bertoleransi dengan mereka-mereka di luar sana tetapi ada masa dan ketikanya kita perlu pertahankan prinsip dan dasar kita khususnya untuk berdepan dengan perjalanan yang berbaki lagi 7 tahun.

Memetik kenyataan daripada Prof Madya dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah melalui blognya beliau menulis , Jika kita terus bermain tarik tali, sampai bila-bilapun negara ini akan terus bermasalah, sedangkan orang lain telah jauh meninggalkan kita. Kita pula tidak habis-habis membuang masa dan tenaga serta harta benda, memikirkan untuk menyelesaikan perkara yang sepatutnya telah selesai sekian lama, tanpa perlu dibicarakan lagi. Berdaulatkah kerajaan kita sebenarnya? Baca Selanjutnya 

Dalam masa yang sama masih terngiang-ngiang ungkapan seorang pemimpin dari kalangan mereka yang sebangsa dengan MMI , ada ketikanya kita perlu selesaikan masalah seperti mana ungkapan "IBARAT TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG , RAMBUT TAK PUTUS TEPUNG TAK BERSELERAK" soalnya masih boleh pakai lagi ka ungkapan tu ????

Psst berselerak banyak sangat dah , rambut tak tarik-tarik juga !!


MMI

Sunday, 14 July 2013

Mereka Tidak Di Benarkan BERPUASA Di Bulan Ramadhan !!


Bulan Ramadhan merupakan bulan suci yang amat di nanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.Disamping dapat berpuasa di siang hari, aktiviti keagamaan lain seperti tarawih, qiamulail dan sahur turut dapat dijalankan.

Namun, berbeza dengan masyarakat Islam di China di mana pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan mereka menjalankan sebarang aktiviti keagamaan pada bulan Ramadhan.Sekiranya di dapati berbuat demikian, mereka akan dikenakan hukuman yang amat berat.

Nak tahu dengan lebih lanjut, baca kat bawah ni.. 

Kumpulan hak asasi manusia menggesa China menarik balik sekatan terhadap penduduk Uighur di wilayah Xinjiang yang dianggap menghalang mereka menyempurnakan ibadat puasa di bulan Ramadan sejak Selasa lalu.

Beijing mengenakan sekatan tertentu selepas rusuhan meletus di wilayah terbabit dan ia menghalang umat Islam daripada menunaikan solat di masjid dan selain turut menjejaskan puasa mereka pada siang hari.

Pelajar sekolah rendah tidak digalakkan berpuasa atas alasan kesihatan” Luo Fuyong, Jurucakap Wilayah Xinjiang.

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxadi Rexiti mendedahkan pegawai kerajaan masuk ke rumah penduduk Uighur dan memberikan mereka buah-buahan dan minuman ketika siang hari sedangkan mereka sedang berpuasa.

Larangan berkumpul

Pihak berkuasa juga melarang sesi bacaan teks agama dan memantau tempat ibadat termasuk memerhati semua masjid selama 24 jam di Karamay, lapor Karamay Daily.

Pegawai Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF), Dr Katrina Lantos Swett, berkata langkah berkenaan tidak akan membantu menghalang pergolakan etnik. “Dilancarkan atas nama kestabilan dan keselamatan, kempen penindasan terhadap penduduk Islam Uighur oleh Beijing, termasuk menyasarkan perhimpunan aman persendirian bagi pengajian agama,” kata Lantos Swett.

“Tindakan itu tidak akan membawa kestabilan dan keselamatan sebaliknya lebih menyebabkan ketidakstabilan dan keadaan tidak selamat.”

Jurucakap Wilayah Xinjiang, Luo Fuyong menafikan bahawa kerajaan mengenakan sekatan kepada penduduk Islam wilayah itu melaksanakan ibadat Ramadan.

“Kami hormati kepercayaan agama dan budaya (Uighur), ini jelas,” kata Luo.

Bagaimanapun, beliau mengakui pelajar Uighur terutama di sekolah rendah tidak digalakkan berpuasa di bulan Ramadan atas alasan kesihatan.

Ramai kena penjara

Dalam laporan tahunan USCIRF, penduduk Islam Uighur terus dipenjara kerana melaksanakan aktiviti agama. Kakitangan kerajaan, profesor dan pelajar didenda kerana berpuasa. 

Satu lagi laporan Persatuan Uighur Amerika di Washington pada April lalu menyebut, seorang pemilik restoran Uighur dari Hotan berkata, Ramadan disifatkan sebagai peluang untuk membaiki dan mengubahsuai perniagaan. Sebarang restoran ditutup untuk dibaiki pada bulan puasa akan didenda. - AGENSI 

Psss Bersyukur la kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna kat Malaysia ni..

MMI

Saturday, 13 July 2013

BN Kena Pandai Tempelak , Hentam


MMI tertarik untuk berkongsi satu artikel yang di muatkan dalam ruangan pahit-pahit kopi di utusan berkenaan satu gesaan dan pandangan seorang penyokong BN daripada Kedah.Rasanya ia perlu di sebarkan supaya kita sama-sama dapat jadikan apa yang MMI labelkan sebagai teguran bagi memperkukuhkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

SURUHANJAYA Pilihan Raya menetapkan semalam berlangsungnya penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu manakala 13 hari selepas itu - 24 Julai sebagai hari pengundian.

Dalam pertandingan ini yang sudah mengesahkan bertanding ialah calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN menyandarkan harapan kepada anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera awam dari Jabatan Pengairan dan Saliran, manakala Pas mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor.

PRK Kuala Besut akan memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah bersedia dengan pasukan propagandanya atau tidak.

BN tidak boleh terlalu yakin atas kemenangan di sana dua bulan lalu. Ingat, Pas dan rakannya PKR dan DAP akan memastikan mereka juga mampu untuk merampas kerusi itu bagi meletakkan kedudukan DUN 16-16. Apabila ini berlaku maka kerajaan negeri pun dalam kedudukan tidak stabil - parti mana yang dipilih untuk memimpin negeri dan menerajui pejabat Menteri Besar.

Merenung akan bermulanya kempen PRK Kuala Besut, saya ada menerima komen daripada beberapa pembaca yang mengulas tulisan Pahit-pahit Kopi bertajuk “Pasukan propaganda UMNO harus dikuatkan" (2 Julai 2013).

Tulisan seorang pembaca bergelar Benz Soon, dari Alor Setar, Kedah cukup berkesan. Dia menulis sebagai penyokong BN, hatinya sakit kerana UMNO dan BN kerap menjadi mangsa cacian dan tempelak pihak pembangkang. Mereka akan guna kesemua media yang boleh dipengaruhinya untuk hentam BN.

Hati Benz Soon bertambah sakit kerana BN sendiri langsung tidak ambil peduli apa yang dikatakan tentang pengaruh pembangkang. Mereka buat tak tau. Anggap itu tak penting. mereka tidak ada pasukan yang meneliti apa yang diungkit dalam media siber dan media bercetak, malah membiarkan pembangkang monopoli ruangan.

Beliau berharap sekurang-kurangnya BN boleh buat blog, website, portal berita atau komentar untuk diserap ke dalam mesej anti-BN. Malangnya BN tak buat ini. Apa yang terjadi, bila seseorang buat carian, yang dapat dibaca hanya berita anti-BN.

Pembangkang ada Malaysiakini, Malaysian insider dan banyak lagi yang mendakwa neutral tetapi berbau anti-BN. BN ada buat berapa portal berita pro-BN?

Beberapa hari lalu Benz Soon ingin mencari blog 1Malaysia, apabila membuat carian di Google, didapati pihak lawan sudah guna nama 1Malaysia dan bila masuk ada paparan yang tempelak BN. Adakah BN buat sebegini terhadap parti sendiri?

Apabila Benz Soon masuk facebook, pihak lawan juga post komentar yang tempelak BN di ruangan PM. Beliau juga masuk memberi komen yang pedas tempelak Anwar. Tetapi orang lain tidak buat sebegini. Penyokong BN bebas buat komentar, blog pro-BN tetapi bilangan amat sedikit. Salah siapa?

Mencaci, menempelak pihak lawan, mengagung-agungkan diri adalah politik.

DAP tahu ini. Lim Guan Eng pun tahu. Dia pakar tapi tak tahu mentadbir Pulau Pinang. Tetapi kebanyakan orang Cina sokong dia dan anggap dia terbaik. Mengapa?

Dia pandai main psikologi. Bila dia buka mulut saja akan caci BN, UMNO rasis, BN korup, BN tak adil, BN tak cekap tadbir dan agung-agungkan pencapaiannya.

Dia cukup berani walau berbohong fakta tanpa malu. Bila BN kritik kerajaan Pulau Pinang tak buat rumah kos rendah, beberapa hari kemudian dia panggil media dan beri angka-angka yang dia sudah buat. Siapa benar? Fakta Teng Chang Yeow (bekas Pengerusi BN Negeri) benar, tapi Guan Eng cakap dengan yakin, orang awam percaya dan fikir BN menfitnahnya.

Apa yang harus UMNO buat ... bukan kita minta BN bercakap bohong seperti DAP, cuma cakap yang benar, cakap berulang-ulang, cakap sampai rakyat faham dan percaya dan sedia mempertahankan apa yang diumumkan kalau pihak lawan mempertikai.

Perkara ini BN/UMNO tak faham. DAP cukup faham. Kalau sesiapa caci BN, jarang pemimpin BN balas dan jawab. Tetapi kalau BN caci, tempelak mereka, serta-merta mereka akan lawan.

Contohnya, baru baru ini seorang YB BN mendakwa Anwar Ibrahim ada simpanan akaun, berapa pemimpin pembangkang sudah buat kenyataan mempertikai. Utusan Malaysia juga ada melapor tentang Red Bean Army, pemimpin BN ada sebut berapa kali, DAP sudah banyak kali caci idea ini, tuduh UMNO guna Utusan untuk tindas pihak mereka, tempelak idea ini adalah bodoh sekali, mereka ketawakan hal ini.

Kalaulah pihak polis siasat, buat tangkapan maka banyak orang yang termakan propaganda mereka akan berfikir BN lagi menindas pihak lawan guna kuasa polis dan mahkamah. Ini tak adil, sedangkan perihal kerajaan dibuat mengikut undang-undang.

Sepatutnya pemimpin BN kena baca surat khabar yang selalu menyiar kenyataan mereka (contoh DAP kerap guna surat khabar Cina) baca apa yang dikata, hentam balik. Berilah jawapan. Tangkis dakwaan yang tidak tepat. Baru-baru ini, Lim Kit Siang dan pemimpin DAP lain minum ais kacang dan tempelak perkara Red Bean Army adalah satu jenaka. Apa BN kena buat?

Kata Benz Soon, kalau dia ahli politik, dia akan buat satu kenyataan “Lim Kit Siang qualify for Oscar Award."

Kalau Red Bean Army tak benar, mengapa risau? Biar polis siasat , dan akan tahu faktanya. Kit Siang kalau nak wayang, masuklah bidang itu, tak usah berpolitik.

Esoknya dengan komentar pedas ini akan ada reaksi. Beberapa pemimpin DAP akan hentam balik. Dan saya juga akan balas. Kedua-dua pihak tidak mengalah. Dengan proses ini, kedua-dua pihak akan cuba meyakinkan pihaknya yang betul.

Sekurang-kurangnya melalui cara ini, pembaca akan dapat tahu ada orang mempertikai idea Kit Siang. Kalau tidak, selalunya dia nampak betul dan BN salah.

Bila Guan Eng buka mulut, dia akan cakap UMNO rasis, Utusan bias, Utusan rasis, BN tak adil, BN korup ... ulang dan ulang dalam keadaan berlainan. Dia selalu cari peluang ungkit hal ini supaya dapat pengaruhi orang supaya benci BN.

Baru-baru ini Guan Eng kata pakatan akan menang PRU-14 kerana 56 peratus pemuda Melayu sokong pakatan pembangkang kerana anggap BN korup.

Ini bohong, tapi dia berani cakap, berani bohong, orang pun berani untuk mempercayainya. Tapi kita tidak nampak pemimpin BN cabar mereka. Seharusnya UMNO patut buat kenyataan menyangkalnya.

Sekurang-kurangnya BN boleh ungkit kes-kes rasuah yang berlaku antara mereka, dan tempelak mereka. Baru perintah lima tahun sudah ada rekod, kalau masuk Putrajaya 10 tahun, tak tahu apa akan berlaku. BN kena selalu ulangi kecacatan mereka, memalukan mereka seperti mereka ulang dan ungkit kes NFC.

Kerana blind spot BN/UMNO nampak tidak benar, banyak masalah, BN tak adil, UMNO tindas MCA dan Gerakan, sebaliknya pakatan pembangkang dipandang sebagai politik bernafas baru, memberi harapan baru.

Hati Bens Soon sakit.

Kalau BN lebihkan masa untuk berpolitik, membuat propaganda, sungguhpun ekonomi tak tumbuh hebat, BN akan menang lagi besar banding PRU-13.

BN kena pandai caci, tempelak, hentam pihak lawan dan menunjukkan BN adalah parti politik pilihan yang terbaik untuk semua anak Malaysia.

Tidak kiralah kalau BN dapat mencapai ekonomi yang baik, macam mana pun pihak pembangkang akan ungkit hal itu dan merosotkan segala pengaruh baik BN.

Pada hemat Denz Soon, BN harus kurangkan tumpuan pada pentadbiran dan banyak berfikir bagaimana untuk mengekalkan kuasa. Tanpa menang kuasa politik, semua rancangan baik pun tidak berguna.

Ini yang Guan Eng buat. Sebagai Ketua Menteri, dia ada masa lapang pergi ke Johor untuk menambatkan hati orang Johor supaya PRU-14, mereka akan menang lagi besar dan selamanya orang Cina tak akan sokong BN.utusan 

Untuk berjaya kita kena menerima teguran itu sebagai sesuatu yang positif supaya segala kelemahan dapat di perbaiki..Insyaallah BN Menang PRU14.

kredit to jamalrafaie 

MMI

Thursday, 11 July 2013

Pulau Pinang Semakin Berubah !!!


Terserah kepada anda untuk menilai tajuk artikel ini. Jika anda percaya ianya berbaur rasis, rasislah ia. Jika anda berfikiran ia cubaan menghasut, maka ia menjadi hasutan. Ternyata, akal kita dapat memilih untuk berada di pendirian tersendiri, berdasarkan “favouritisme” atau apa juga sebab yang selalunya menyebelahi kita.

Apa yang cuba penulis fokuskan disini ialah berkenaan dengan pengalaman seorang sahabat yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Pulau Pinang. Sedang beliau bukanlah seorang yang mesra politik, pengalamannya yang baharu sahaja mencecah 5 bulan di Pulau Pinang, telah merobah dirinya secara total; “from nothing to something”, menjadi rakyat yang celik politik.

Menurut sahabat, beliau sering melihat politik sebagai medan pemecahan keterikatan perpaduan ummah. Tidak pernah menyalahkan beliau, tetapi itulah yang berlaku di lingkaran masyarakat Melayu, yang sebahagiannya mempercayai fatwa kafir mengkafir hanya kerna politik. Minda singkat lagi kusut, hanya untuk mencari pengikut. Biarkan si Algojo menjalankan tugasnya nanti.

Pengalaman sahabat di Pulau Pinang (beliau masih lagi bertugas di sana) yang baru sahaja mencecah 5 bulan telah berjaya membuka matanya tentang apa itu politik dan betapa pentingnya mengekalkan status quo 2004, disebalik pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan yang telah lebih 50 tahun mengemudi negara ini.

Menurut sahabat, di Pulau Pinang, sensitiviti agama, mahupun adat budaya tidak lagi dihiraukan oleh golongan yang mendabikdada kerna berjaya membentuk kerajaan, waima sekadar kerajaan negeri. “Si Kerbau Pendek” dijual secara terbuka, tanpa menghiraukan sensitiviti kawasan kejiranan.  Tidak perlu penulis hebahkan tentang betapa angkuhnya mereka sekiranya ditegur.

Nasib peniaga Melayu sudah ramai yang tahu, berjajaran peniaga Cina di persisiran jalan, tetapi dihukum sebagai haram untuk peniaga Melayu. Ironinya, hukum ini diterimapakai oleh golongan Melayu minda kusut. Betapa dendam amarah syaitanirrajim yang menjadi dasar pemahaman politik mereka telah sebati di hati sanubarinya.

Bangkitnya hati Melayu sahabat ini, apabila sedang memberi perkhidmatan kepada rakyat, seraya diherdik “Ini Penang cina yang punya, you mesti mau cakap bahasa Cina”. Seperti dipalu halilintar gegendang telinganya mendengar kenyataan berbaur hamis, persis komunis.  Pilu hatinya mendengar “penghinaan” itu. Dia tidak menyangka itu akan berlaku, kerana menganggap semua yang mendapatkan perkhidmatan di tempat beliau bertugas adalah rakyat Malaysia.

Apakah Pulau Pinang bukan lagi sebuah provinsi berdaulat milik Malaysia yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi?

Sahabat memberitahu, bahawa beliau tidak sabar untuk menamatkan tugas dan kembali di negeri asalnya. Bukan takut, tetapi takut gagal membendung perasaan amarahnya. Amarah bila menyala, hadirlah syaitan menunggangnya, persis bagaimana golongan Melayu minda kusut ditunggang, sehingga lupa mana harbi, mana dzimmi.

Dan beliau memberi penjelasan, takut-takut, semangat Dato’ Bahaman, atau Rentap, tiba-tiba bangkit dan menggila sewaktu penghinaan-penghinaan tersebut dilontarkan kepadanya.

Syukur rasanya bila sahabat ini sudah keluar dari fobia politik yang selama ini membelenggunya sekaligus menyebabkan beliau gagal melihat politik dari sudut makro. Semoga ramai lagi yang diberi hidayah sama seperti beliau.sumber 

Jika diikutkan hati rasanya dah lama Pulau Pinang jadi medan tempur namun mungkin kerana  orang Melayu masih mampu mengawal perasaan maka ianya kekal begitu.Cumanya MMI yakin air sejuk lama-lama akan jadi suam dan lepas suam tu sudah pasti panas dan bila mana panas tu tak tau lah apa jadi !!

Pesanan MMI kepada kaum Cina di Pulau Pinang jangan kurang ajar sangat !

MMI

Tuesday, 25 June 2013

Politik & Jerebu ~ Apa Yang Anda Lihat ??


Ramai di kalangan teman, rakan dan pengunjung tetap blog MMI bertanyakan ke mana MMI menghilang hampir 4 hari lepas.Pertamanya MMI nak mohon maaf kepada semua dan ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang bertanya.Ada di antaranya turut bertanyakan sama ada MMI sudah mahu berhenti dari menulis di blog !! Tidak , MMI bukan PapaGomo ... Insyaallah blog jalanan bertaraf penjaja ini akan terus menyinari kehidupan seharian anda semua khususnya berita-berita tentang pentas politik negara.

Selain dari itu ada juga yang bertanya adakah MMI tidak sihat atau sakit ?? Insyaallah selagi kudrat ini masih mampu menaip maka MMI pastinya sihat cuma kadang-kalanya sakit kepala dan pening-pening tu biasalah bagi orang semacam MMI ni.

Namun sepanjang 4 hari lepas , MMI belajar sesuatu dan merasai sendiri tentang seperkara yang rasanya harus kita sama-sama kongsi dan bicarakan.Mungkin bagi sesetengahnya ianya sekadar omongan kosong tetapi tidak bagi sebahagian dari kita yang sentiasa mengikuti perkembangan tentang dunia politik Malaysia.

MMI yakin dan percaya sebut sahaja tentang politik Malaysia , ramai yang akan terbayang muka Najib dan Anwar malah mungkin sesetengahnya terbayangkan muka-muka artis yang dapat kita lihat bagai cendawan tumbuh selepas hujan untuk bergiat dalam dunia politik khususnya dalam ketika kita menghadapi PRU13 yang lalu.

Mungkin ianya sebahagian daripada rempah yang menyedapkan kawah masakan kari politik negara dan barangkali juga ianya ramuan yang di tokok tambah mengikut peredaran masa.Apa pun ianya politik dan kerana politiklah kita sama-sama membaca blog MMI hari ini.

Pasti semua sudah sedia maklum negara menghadapi JEREBU yang cukup hebat bermula di Johor dan kini ianya sudah sampai ke Pulau Pinang.Berdasarkan maklumat ianya di katakan bermula di Riau Indonesia.Keadaan ini sudah pasti akan membuatkan banyak pihak menghadapi kesulitan khususnya mereka-mereka yang mempunyai Athma,alahan dan lain-lain.

Bagaimanapun dalam satu-satu keadaan kita harus menerimanya sebagai ketentuan daripada Allah swt dan seharusnya kita perlu sama-sama mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang sedang menimpa kita semua.Insyallah MMI yakin dalam sedikit masa lagi masalah jerebu ini akan berakhir.

Namun ramai di kalangan kita sebenarnya terlupa , negara sejak sebulan yang lalu sudah pun menghadapi jerebu yang sedikit berbeza dengan jerebu kali ini.Jerebu yang melanda negara sejak sebulan atau sejak keputusan PRU13 di umumkan oleh SPR sebenarnya sama hebatnya dengan jerebu yang melanda kita hari ini.

Boleh di katakan hampir seluruh negara jerebu yang di bawa oleh Anwar Ibrahim berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Sedarkah kita bahawa jerebu tersebut turut mengundang rasa tidak selesa hampir jutaan rakyat Malaysia yang lain ?

Jerebu 505 sebenarnya sama bahayanya dengan jerebu yang kita sedang hadapi kini.Malah jerebu 505 itu bukan sahaja tidak berakhir ianya sudah sampai ke tahap indek paling berbahaya apabila sudah ada gerakan-gerakan berhimpun di Parlimen malah ada yang berkhemah seolah-olah satu perkhemahan jambori pengakap sedang berlangsung.

Jerebu 505 ini bukan sahaja sudah menyusahkan banyak pihak tetapi ianya turut mampu menyekat pertumbuhan ekonomi negara dengan keadaan kacau bilau yang berlaku apabila mereka mengambil tempat.Hati-hati kerana gerakan ini turut mendapat liputan mereka-mereka di luar sana dan ianya mampu merencatkan perancangan mana-mana pelabur untuk masuk melabur ke dalam negara kita.

Kepada anak-anak muda yang kini sedang menggengam segulung ijazah sedarlah bahawa jerebu 505 ini juga mampu menyusahkan kamu kerana tindakan macai-macai yang menjadi zarah dalam jerebu itu mampu menidakkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang diidamkan kerana sebahagian daripada usaha zarah-zarah ini mampu menyebabkan para pelabur memilih negara lain untuk membuat pelaburan.

Pernahkah anda terbayangkan apa akan berlaku kepada negara sekiranya apa yang MMI catatkan di atas berlaku ?

Seperkara lagi yang menarik perhatian MMI adalah jerebu 505 yang melanda negara baru-baru ini merupakan cetusan daripada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang kononnya sudah memiliki pelbagai bukti yang menyatakan bahawa keputusan PRU13 yang lalu adalah hasil daripada penipuan oleh kerajaan dan SPR.

Malah pada satu-satu ketika kita mendengar Anwar dan konco-konconya akan memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.Kecoh di seluruh negara pembangkang akan memboikot sidang parlimen.Namun seperti yang di jangka gertakan seperti itu hanyalah satu sandiwara pemimpin pembangkang apabila semalam menyaksikan semua ahli parlimen Malaysia mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen.

Sekali lagi jerebu 505 membuktikan niat mereka hanyalah mahu menyusahkan rakyat dan negara demi mendapatkan kuasa politik yang kini menjadi idaman setiap dari pimpinan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya di sini mengapa Anwar tidak memilih untuk mengotakan janjinya untuk bersara dari dunia politik dan memilih untuk menjadi pensyarah seperti mana yang beliau sendiri ungkapkan ?


Kepada semua gunakan akal dan fikiran anugerah tuhan sebaik-baiknya kerana kita bukan berdepan dengan musuh seperti mana serangan Portugis,Jepun dan Komunis tetapi dari bangsa dan mereka yang mengaku rakyat Malaysia.

MMI tahu tulisan ini barangkali tidak mampu menyedarkan mana-mana pihak tetapi sekurang-kurangnya kita sama-sama dapat menilai sejauh mana pembangkang benar-benar ikhlas dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Kepada semua hati-hati di luar sana kerana jerebu mampu membuatkan kita lemah dan sakit.Dalam masa yang sama hati-hati juga dengan jerebu 505 kerana mereka juga mampu merosakkan apa yang telah kita pertahan serta bina selama ini.

Anwar tersenyum girang sedangkan pada ketika itu macai-macainya bergelimpangan di luar mempertahankan jerebu 505 ?? Fikirlah.....

MMI.

Monday, 10 June 2013

Ideologi Demokrasi Sosial ~ Satu Lagi DOKTRIN BERBAHAYA DAP !!


Rata-rata rakyat Malaysia tahu atau mungkin sesetengahnya buat-buat tak tahu tentang sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Malah sistem yang digunapakai sejak negara mengadakan pilihanraya pertamanya inilah yang sebenarnya telah memberikan banyak manafaat kepada seluruh rakyat termasuk mereka yang berdiri atas kapasiti pembangkang.

Jika di lihat dari satu sudut kerana demokrasilah maka Anwar Ibrahim , Nurul Izzah , Lim Kit Siang , Lim Guan Eng , Hadi Awang dan banyak lagi pemimpin pembangkang hari ini merupakan ahli parlimen dan anggota dewan rakyat hasil daripada undian oleh rakyat dalam pilihanraya.

Namun seperti yang semua sedia maklum politik di bumi Malaysia agak unik.

MMI umpamakan ianya seperti sebuah kuali besar yang mengandungi segala bahan untuk menghasilkan rendang bagi menyambut hari raya.Seperti biasa proses untuk menghasilkan rendang tidak pernah berubah sejak dahulu cuma mungkin sedikit sebanyak di buat perubahan dari segi kandungan bahannya namun di akhirnya nanti yang terhasil adalah hidangan berupa rendang.

Apakah yang membezakan rendang dulu dan sekarang ? Sebenarnya tidak ada beza kerana rendang tetap rendang cumanya mungkin dari segi perbezaan rasa dan isi kandungannya sedikit berbeza.

Begitulah sebenarnya politik Malaysia , sistem demokrasi yang digunapakai sejak dulu adalah DEMOKRASI BERPARLIMEN dan ianya kekal begitu sejak dahulu.

Apakah kita faham tentang demokrasi berparlimen ? MMI yakin masih ada di kalangan kita yang kadang-kalanya keliru dengan sistem ini.Perlu diingat demokrasi sebenarnya mempunyai pelbagai versi dan coraknya.Jangan sesekali kita leka dengan ungkapan demokrasi kerana Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen.Ini amat penting untuk di fahami oleh seluruh rakyat Malaysia khsususnya orang-orang Melayu.

Apa itu Demokrasi Berparlimen ?

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. 

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Apa itu Ideologi Demokrasi Sosial ?

Berikut merupakan kenyataan dan temubual salah seorang daripada pemimpin DAP bernama Suki Wong yang MMI petik dari RoketKini.

Roketkini: Mengapa pilih DAP bukan parti oposisi lain?

Suki Wong: Saya lebih mesra dengan ideologi jelas yang dibawa DAP iaitu demokrasi sosial yang mana ia cocok dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Saya percaya pada demokrasi dan saya percaya DAP mampu untuk membina sebuah Malaysia yang demokratik. Keputusan saya menyertai DAP juga didorong oleh semangat untuk melihat Malaysia yang lebih baik, adil, aman yang sebenarnya di mana kita semua sebagai rakyat dapat bersatu tanpa batas perkauman.

Apa yang MMI perhatikan melalui kenyataan di atas jelas sekali ianya merupakan satu kenyataan yang cukup bahaya apabila Suki menyatakan ideologi demokrasi sosial selari dengan prinsip perlembagaan persekutuan.

Malah kenyataan beliau kemudiannya langsung tidak menunjukkan apa yang sebenarnya di lakukan oleh DAP hari ini.Ianya hanyalah satu sandiwara dan cubaan untuk melakukan doktrin terhadap rakyat agar terus-terusan membenci kerajaan dengan harapan pembangkang mampu menewaskan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

MMI percaya inilah sebenarnya dasar mereka dalam setiap kempen selepas ini bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Untuk itu kita perlu tahu apakah yang di maksudkan sebagai Ideologi Demokrasi Sosial ?

Sebenarnya ideologi demokrasi sosial ini telah dibawa oleh salah satu  parti pembangkang Malaysia iaitu DAP.Walaubagaimanapun DAP juga sebelum ini menghadapi kritikan kerana memainkan sentimen perkauman dengan beberapa kenyataan pemimpinnya. Oleh itu, DAP juga merupakan sebahagian daripada aktor-aktor politik yang menyalahgunakan demokrasi walaupun ideologi dan pemikiran politik mereka pada asasnya MMI fikir boleh membawa kebaikan kepada Malaysia.

Demokrasi sosial merupakan ideologi politik yang menggabungkan sosialisme dengan unsur – unsur kapitalisme yang di anggap sesuai.Demokrasi sosial juga dapat di katakan sebagai fahaman politik yang di sebut sebagai sosialis moderat yang berkembang pada abab ke 19.

Memang jika kita mensyorkan keseluruhan adaptasi ideologi tidak akan sesuai kepada evolusi demokrasi di Malaysia kerana sedikit sebanyak fahaman sosialis mengambil tempat. Namun salah satu prinsip asas demokrasi sosial yang boleh diadaptasi adalah bagaimana kita hendak bantu orang bawahan supaya memanfaatkan semua, asasnya ialah, orang bawahan harus dilayan dengan bermaruah, iaitu hidup sebagai seorang insan dan bukan hamba.Bermakna, orang bawahan ini tidak lagi memerlukan suara demokrasi untuk membela mereka. Mereka akan terus terbela. Asasnya adalah untuk membantu masyarakat.

Demokrasi sosial sebenarnya berkenaan dengan ekonomi.

Ada tiga nilai utama.

Nilai pertamanya ialah keterbukaan.Bermaksud, kita berada dalam sebuah komuniti. Di dalam satu komuniti besar dalam sebuah negara, orang yang berada kena bantu orang yang kurang berada supaya mereka dapat hidup sebagai manusia yang  ada maruah.

Nilai yang kedua ialah kebebasan.Kalau tiada kebebasan, masyarakat tidak boleh menyertai ruang awam, tidak boleh memberi pandangan politik. Bukan memadai hanya dengan mengundi, tetapi penyertaan rakyat dalam proses penggubalan dasar, dalam proses demokrasi. Jadi kena ada kebebasan bersuara, kebebasan berkumpul, kebebasan menyertai apa-apa jenis organisasi, kebebasan memilih dan sebagainya.Kebebasan itu penting.

Yang ketiga ialah berkaitan keadilan.Iaitu dari sudut undang-undang dan juga keadilan sosial. Keadilan sosial secara asasnya bermaksud semua manusia adalah sama dan setaraf. Semua orang ada hak dan juga berhak dikira sebagai insan sama rata. Bukan seperti komunis, bukan hasil sama rata tapi hak dan peluang saksama.

Menurut kajian pensyarah kanan ekonomi Universiti Sains Malaysia, Dr Saidatul Akma menyatakan bahawa dari tahun 1957 sehingga 1990, memang terdapat penurunan kadar kemiskinan di Malaysia sebagai contoh 15.9% pada tahun 1957 kepada 12.7% pada tahun 1990. Namun permasalahan di Malaysia adalah  jurang golongan perpendapatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah masih tidak berubah secara ketara. Terdapat masalah pengagihan kekayaan negara sebenarnya berlaku di Malaysia.Yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya. Kata beliau, 60% rakyat hidup di bawah pendapatan gaji RM3,000.

Sebenarnya, kerajaan Malaysia sudah mengamalkan sistem demokrasi sosial ini seawal tahun 70-an dimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan rakyat. Tetapi perkara ini terhakis apabila ekonomi Malaysia memuncak pada zaman 90an. Namun hari ini kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memulakan inisisatif untuk mengadakan pelbagai usaha transformasi ekonomi melalu Model Ekonomi Baru (MEB) , Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bagus. Datuk Najib telah mensasarkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.Sebenarnya , sudah ada usaha-usaha untuk mentransformasikan demokrasi negara.

Malah jika di lihat kepada keadaan semasa dan terkini kita dapat melihat bagaimana kedudukan ekonomi sebenarnya sentiasa di pacu oleh kerajaan dan jika di lihat kepada kumpulan mahupun golongan tertentu sudah pasti seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas siapa sebenarnya yang mendapat faedah dan manafaat daripada apa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini.

Bandingkan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina di Malaysia ! Kita pasti mendapat jawapannya.

Persoalannya di sini apakah ideologi demokrasi sosial itu merupakan pilihan terbaik yang harus rakyat Malaysia sokong ?

Jangan lupa kepada 3 nilai utama iaitu keterbukaan , kebebasan dan keadilan.

Sejauh mana DAP mahupun kaum Cina di Malaysia benar-benar meletakkan nilai ini sebagai keutamaan mereka dalam kehidupan seharian ? Contohnya dalam nilai pertama orang yang berada kena bantu orang yang kurang berada , adakah nilai ini di terapkan dalam pola kehidupan kaum Cina di Malaysia ? rasanya tidak...


Malah jika di lihat sepanjang tempoh kerajaan DAP berkuasa di Pulau Pinang semenjak 2008 yang lalu sudah berapa banyak agaknya rumah-rumah mampu milik yang di bina oleh kerajaan DAP ini bagi membantu mereka yang kurang berada ? Rasanya jauh meleset daripada ideologi kepercayaan mereka sendiri.

Melihat kepada nilai yang kedua , hampir pasti ianya hanyalah omongan kosong bila mana ianya menyentuh tentang kebebasan (baca nilai kedua di atas).Apakah selama ini tidak ada langsung kebebasan di Malaysia ? Apakah DAP lupa bahawa demontrasi yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa pun tetap mengambil tempat ? Apakah DAP lupa bagaimana peranan media sosial pro pembangkang melakukan dakyah , fitnah dan penipuan melampau melalui rangkaian media milik pembangkang bebas untuk menghentam sesiapa sahaja ? 

Yang ketiga adalah paling mengarut dan berbahaya khususnya kepada sebuah negara seperti Malaysia apabila ianya menyentuh tentang undang-undang dan keadilan sosial.Semua manusia adalah sama dan setaraf. Semua orang ada hak dan juga berhak dikira sebagai insan sama rata. Bukan seperti komunis, bukan hasil sama rata tapi hak dan peluang saksama.

Semua manusia adalah sama dan hak serta peluang yang saksama !!

Apakah yang cuba dilakukan oleh DAP apabila perkara ketiga ini merupakan antara nilai yang terkandung dalam ideologi demokrasi sosial ?

Keranan itulah di awal entri ini MMI mencatatkan tentang DEMOKRASI BERPARLIMEN kerana ianya sedikit sebanyak turut terlibat apabila DAP mula berbicara tentang Ideologi Demokrasi Sosial.

Percayalah ideologi DAP itu amat berbahaya dan ia sudah pun menyentuh tentang beberapa perkara khususnya tentang hak keistimewaan orang-orang Melayu yang terkandung dalam PERLEMBAGAAN Negara.

Bagi MMI , ideologi demokrasi sosial DAP tidak ubah dan sama dengan ideologi komunis malah lebih teruk dari itu kerana di sebalik ideologi itu terselit satu pembohongan dan perancangan besar mereka khususnya dalam mendapatkan KUASA POLITIK di Malaysia.Hati-hatilah...

Satu lagi doktrin berbahaya dari DAP !!

MMI.

Wednesday, 5 June 2013

Apa Beza Najib & Azhar Sulaiman ?!!!


Mungkin akan ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan entri yang MMI catatkan kali ini.Namun soalnya kita berbicara tentang hak dan kebebasan jadi rasanya tidak salah sekiranya MMI melahirkan sedikit pandangan tentang apa yang kini sedang berlaku asalkan ianya tidak melanggar apa-apa peraturan.

Dengan tajuk "Apa beza Najib & Azhar Sulaiman ?" pastinya pelbagai tanggapan muncul apatah lagi sejak beberapa hari lepas sudah ada blog-blog tertentu yang membicarakan tentang Najib dan yang seangkatan denganya.

Pertamanya MMI rasa kita perlu melihat kembali kepada rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku sebelum ini bila mana parti UMNO sebagai parti yang menghimpunkan kebanyakkan orang-orang Melayu di Malaysia mendepani pelbagai cabaran khususnya dalam dunia politik.

Kita harus akui UMNO yang dulunya pernah berada di persada dengan setiap kali pilihanraya mendapat mandat 2/3 majoriti daripada rakyat kini turut menerima tempias hasil daripada kemajuan dan perkembangan pesat negara mencapai wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Mahathir.

Percaya atau tidak dulunya pernah ada suara-suara di sesetengah tempat yang menyatakan sekiranya meletakkan batu atau kayu sekalipun UMNO tetap akan menjadi pilihan rakyat.Mungkin pada ketika itu bagi sesetengah tempat ianya ada benarnya malah MMI yang merupakan sebahagian daripada generasi selepas MERDEKA pernah mendengar cakap-cakap sedemikian.

Tapi itu dulu ! Kini ianya bukan semudah itu dan ada yang menyatakan kesan daripada perkembangan serta kemajuan yang di bawa oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasionallah maka suasana politik kini di lihat tidak lagi sama seperti mana sebelumnya.

Jangan sesekali menafikan rentak dan corak politik negara mula berubah semenjak Tun Mahathir mengambil satu keputusan paling bersejarah dalam karier politiknya apabila memecat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pola politik negara mula berubah , jalanraya tidak lagi di monopoli oleh deretan kenderaan tetapi ianya sudah mula di banjiri oleh lautan manusia yang kononnya berdiri atas semangat reformasi.Reformasi bagi mempertahankan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim dan reformasi ini sebenarnya merubah bukan sahaja pola politik tetapi juga rentak serta gerak kerja parti-parti politik.

PAS dan DAP pada ketika ini sudah mula menghidu sesuatu , malah setelah beberapa ketika pemimpin dari kedua-dua parti ini sudah ada yang mengeluarkan kenyataan simpati dengan apa yang sedang menimpa Anwar Ibrahim.

Malah ianya tidak terhenti di situ apabila kedua-dua parti ini turut sama memberikan sokongan padu terhadap gerakan reformasi yang ketika itu mengoncang bumi Malaysia.

Kemudiannya PKR di tubuhkan dengan matlamat membebaskan Anwar Ibrahim dan di sinilah gerakan reformasi di teruskan dengan sokongan bukan kepalang dari pemimpin-pemimpin yang kebanyakkannya hari ini sudah kembali ke pangkuan UMNO.

Hahaha kadang-kadang MMI tertawa sendiri kerana muka-muka yang pernah bersama di pentas Anwar dulunya kini berada dalam kem yang sama dengan MMI malah dah ada yang jadi pak menteri.Pelik bila memikirkan tetapi itulah politik.

Semenjak 1998 Malaysia berdepan dengan politik yang cukup hebat malah pernah sampai ketikanya rakyat melihat kuasa politik hampir pasti bertukar tangan.Namun berkat usaha gigih UMNO dan Barisan Nasional tetap mendapat mandat rakyat sehingga ke hari ini.

Ya !! MMI akui ada beza mandat hari ini dengan mandat sebelumnya kerana kini kita tidak mempunyai majoriti 2/3 namun hakikatnya Barisan Nasional masih menang dalam pilihanraya.Percaya atau tidak kemenangan ini bukan mudah untuk di gapai ianya melibatkan usaha bersama malah sejak 3 tahun sebelumnya dan mungkin lebih.

Dengan segala gerak kerja dan perancangan yang telah di buat oleh parti kemudianya dengan pelaksanaan program tranformasi oleh kerajaan , Barisan Nasional menang dalam PRU13 baru-baru ini.Apa yang pasti MMI setuju dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan kemenangan ini bukan bererti UMNO sudah mempunyai kekuatan sepenuhnya tetapi kerana di sumbangkan oleh beberapa perkara termasuklah banyak pihak takut dan tidak percaya dengan pihak pembangkang.

Bolehkah kita semua pikirkan dengan segala pelaksanaan yang telah di gerakkan oleh kerajaan , Barisan Nasional masih belum mendapat kemenangan 2/3 majoriti ?? Ini membuktikan segala gerak kerja sebelum ini masih belum cukup dan mungkin ada beberapa perkara yang rasanya perlu di lihat semula contohnya terlalu memberikan keistimewaan kepada kaum Cina.

Dan bagi mencari penyelesaian ini , maka MMI percaya tidak ada yang lebih baik daripada direncanakan oleh seorang Perdana Menteri bernama YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

MMI sendiri hairan entah hantu apa yang sudah merasuk sebahagian daripada pihak-pihak di luar sana yang kini di lihat menyerang pucuk pimpinan sedangkan sebelumnya merekalah yang paling lantang dalam mempertahankan kerajaan.

Berbalik kepada apa yang MMI catatkan di awal tadi , ianya berkisar tentang hak dan kebebasan maka bagi MMI terserahlah kepada setiap dari kita cumanya kita perlu melihat apakah setiap tindakan kita kini atau selepas ini mampu memudahkan UMNO atau BN untuk kembali sebagai sebuah parti mahupun kerajaan yang kuat.

Percaya atau tidak sebagaian besar rakyat di luar sana termasuk mereka yang tidak menyokong Barisan Nasional turut mendapat apa yang MMI labelkan sebagai nikmat hasil daripada sebuah kerajaan yang tahu tentang untung nasib rakyatnya.

Malah MMI juga berterima kasih kepada mereka-mereka yang kini dikatakan menyerang pucuk pimpinan kerana tanpa sokongan dan kerja keras mereka pastinya PRU13 lebih suram dari PRU12.

Berbalik kepada tajuk di atas , Apa beza Najib & Azhar Sulaiman ?? 

Sudah barangkali dan pasti perbezaan paling mudah adalah Najib merupakan seorang pemimpin politik yang di segani dan kini merupakan Perdana Menteri Malaysia manakala Azhar Sulaiman adalah seorang artis dan arkitek yang kini bergiat sebagai seorang pelakon.

Namun ada sesuatu yang MMI rasa kedua-duanya mempunyai persamaan.

Azhar Sulaiman yang kita kenal merupakan seorang pelakon yang telah menunjukkan kepada kita sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap UMNO dan Barisan Nasional.Malah sokongan beliau bukan sahaja sekadar sokongan biasa tetapi beliau turut di heret ke kancah politik sehinggakan hak dan kebebasan beliau di nafikan oleh sesetengah pihak yang mengaku memperjuangkannya.

Beliau yang sebelumnya menggunakan medium media sosial untuk melahirkan rasa denyut nadinya terhadap perjuangan UMNO dan Barisan Nasional kini menghadapi serangan dari pihak-pihak yang tidak senang dengan tindakannya hingga akhirnya akaun facebook milik beliau di godam oleh pihak-pihak tertentu.

Namun ada sesuatu yang menarik tentang Azhar Sulaiman , walaupun beliau kini mendepani serangan bagi melemahkan semangat dan emosinya ... Perjuangannya tidak pernah luntur malah lebih kuat dan akan di teruskan kerana beliau percaya bahawa setiap dari kita mempunyai hak untuk bersuara.

"Ini strategi mereka, untuk melemahkan semangat dan emosi. Ini tidak akan membuat saya berhenti," kata Azhar.

"( Dakwanya) Pakatan rakyat halang hak saya untuk bersuara. Inikah demokrasi dan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara tidak wujud. Mengapa suara saya dihalang? Adakah kerana suara saya yang lantang jadi ancaman kepada kejayaan pembangkang untuk tawan Putrajaya?

"Mereka boleh musnahkan facebook saya. Tapi saya tetap akan menyatakan, marilah kita undi BN."Baca Seterusnya 

Begitu jugalah dengan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pemimpin nombor satu negara , beliau bukan sahaja memikul amanah rakyat dan negara tetapi bertanggungjawab sepenuhnya dengan legasi perjuangan parti dan amanah mempertahankan KEMERDEKAAN yang telah kita semua miliki sebelum ini.

Percayalah bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak tetapi MMI yakin YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bukan seorang pemimpin biasa.Beliau memiliki kudrat dan keupayaan yang jauh mengatasi pimpinan  yang ada hari ini khususnya di pihak pembangkang.

"Lebih sebulan berlalu selepas pilihan raya, masanya sudah tiba untuk tidak toleh ke belakang dan mesti mengorak langkah ke depan.

"Kita tidak boleh membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan kerana ia akan mengalih pandangan daripada usaha yang besar iaitu menunaikan amanah yang diberikan rakyat untuk memastikan negara membangun lebih pesat,''.Baca Seterusnya 

Malah amat mustahil beliau langsung tidak tahu menahu tentang apa yang sedang berlaku dan ketahuilah sebagai seorang pemimpin beliau ada caranya yang tersendiri untuk menyelesaikannya.

Cumanya sejauh mana akur kita kepada pepimpin yang kini sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negaranya.

Akhir kalam persamaan yang mungkin ada diantara Najib dan Azhar Sulaiman adalah kedua-duanya akan terus berjuang untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus relevan !!

Psst setiap manusia ada kelemahan cumanya Anwar lagi teruk !!

MMI.

Labels