Followers

Tuesday 30 July 2013

JAWI Putuskan Tiada Peserta ISLAM SYABAS


Isu kontroversi melibatkan peserta Islam dalam pertandingan Miss Malaysia World yang baru-baru ini menggemparkan banyak pihak kerana kedangkalan 4 peserta Melayunya kini nampaknya memasuki episod baru.Keputusan yang di buat oleh pihak JAWI tetap memutuskan untuk tidak membenarkan mana-mana peserta Melayu beragama Islam daripada terlibat dalam pertandingan sedemikian.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini memberitahu larangan ke atas empat gadis beragama Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik adalah kekal dan tidak akan dipertimbangkan.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata keputusan itu diambil setelah JAWI membuat kajian semula terhadap fatwa yang berkaitan dengan agama Islam berdasarkan undang-undang.

Che Mat berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada penganjur Miss Malaysia World, Datuk Anna Lim.

Lim Bagaimanapun berkata pihaknya menerima baik keputusan itu dan masih berharap ianya boleh dipertimbangkan semula.

"Keempat-empat gadis berkenaan kecewa, tertekan dan sedih," kata Lim.

"Peserta-peserta lain gembira dan ceria. Mereka sudah pun memulakan program Miss Malaysia World," tambahnya.

"Sedih bila mendapat tahu bahawa keempat-empat mereka tidak dapat menyertai pertandingan ini. Mereka cantik dan mempunyai banyak ciri yang berpotensi. Mereka mempunyai peluang untuk menjadi duta bagi negara kita," kata Lim.

Lim berkata, finalis yang digugurkan daripada program Miss Malaysia World itu bagaimanapun dijemput sebagai tetamu bagi acara berkenaan.

Komen MMI , kalau mak bapak tu Islam kenapa biarkan anak jadi lagu tu ? 

MMI

4 comments:

  1. Apalah JAWI ni! Merekakan hendak berbakti untuk agama, bangsa dan Negara!
    Satu kerugian besar kepada umat Islam bila mereka dilarang!
    He,he,he!
    "Keempat-empat gadis berkenaan kecewa, tertekan dan sedih" Berhijrah sahaja ke Negara Islam lain yang membenarkanmu menyertai Miss World!

    ReplyDelete
  2. Soal larangan saperti ni dah lama dikeluarkan namun ada segelintir yang hanya tak mau tau atau faham. Hanya sekadar publisiti murahan walhal isu ini da lama BASI cuma bagus juga TERkeluar agar mereka tahu bahawasanya ujud larangan sedemikian rupa selama nin atau sengaja buat2 lupa. Wslm

    ReplyDelete
  3. Kalau x silap aku fatwa pengharaman ratu cantik ni dah lama dikeluarkan, rasa-rasanya tahun 80an lagi. Harap semua faham n jangan cuba nk main isu lagi. Bagi 4 peserta yg mangkuk hayun tu kalau nak tayang sgt body, carilah negara lain. Malaysia x sesuai untuk awak.

    ReplyDelete
  4. Typical Chinese mentality, "cuba2 dulu" ...padahal Datuk Anna Lim tahu yg orang Islam dilarang masuk pageant....tapi buat2 bodoh.

    ReplyDelete

Labels