Followers

Sunday 4 August 2013

GEMPAR Pulau Pinang Bakal Tenggelam ?!


Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004.

Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.

Tu dia lama-lama boleh hilang Pulau Pinang macam ni.

Tapi ada sorang kawan berseloroh kalau dah di tenggelami air maksudnya akan ada kawasan-kawasan melibatkan DUN akan turut hilang.Jadi kalau dah kawasan DUN hilang kiranya jumlah kerusi DUN yang akan di pertandingkan turut akan menjadi lebih sedikit daripada sekarang.

Jika sekarang ni ada 40 kerusi mungkin selepas ni tinggal 30 ja , bila dah tinggai banyak tu mungkin ada can lah UMNO dan BN rampas balik Pulau Pinang.

Huih sampai macam tu ? MMI pun tanya kenapa nak kena tunggu tenggelam baru boleh , pilihanraya nanti tak boleh ka ? Dia jawab kalau dah MCA dengan Gerakan asyik kena tolak ja boleh ka UMNO dan BN rampas balik Pulau Pinang ?

Huhuhuhu ada sapa-sapa nak komen ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels