Followers

Monday 16 September 2013

Mujahid Bikin Bagan PANAZZ !!


Pemuda PAS Kawasan Bagan mempertikai tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mahu menganjurkan dialog antara agama Islam dan Kristian di sebuah gereja, di sini, hari ini. 

Mereka mendakwa, cadangan mengadakan dialog berkenaan bukan saja tanpa pengetahuan PAS Kawasan Bagan, malah tidak memaklumkan terlebih dulu kepada Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang. 

Cadangan mengadakan dialog berkenaan hanya diketahui ahli terbabit selepas terbaca dalam laman sosial Facebook pada 14 September lalu mengenai sesi dialog antara agama, yang mahu diadakan di sebuah gereja pada jam 9 malam. 

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jahul Hassan Latiff, berkata Mujahid tidak layak mengadakan perjumpaan berkenaan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk bercakap mengenai Islam dan Kristian. 

Katanya, sesi dialog berkenaan perlu dibatalkan kerana ia boleh membangkitkan kemarahan umat Islam kerana isu agama sangat sensitif ketika ini.bharian 

Ai dah buang tabiat ka puak-puak PAS Bagan ni ? Selalunya main angguk ja , bab ni tau pula nak membangkang noo ! MMI bukan apa yang buat kerja merapu dan meraban ni puak PAS juga jadi nak hairan apa..

Cuma MMI nak pesan dekat pemuda PAS Bagan , lain kali jadilah pak angguk lagi ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels