Followers

Friday 4 October 2013

Pemilihan CEC DAP ~ Lagi BUNYI Dari Ahli Sendiri !!


Keputusan dan proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan Ahad lalu terus dipertikaikan kerana didakwa mempunyai unsur meragukan.

Bekas Naib Pengerusi parti itu, Zulkifli Mohd. Nor mendakwa, secara rasionalnya pemilihan semula berkenaan dilihat lebih mirip kepada mengkhianati ahli parti yang terdiri daripada orang Melayu.

Tegasnya, apa yang berlaku semasa proses pemilihan itu berjalan boleh diibaratkan sebagai taktik kotor dan tidak bersih.

"Ramai muka baharu yang langsung tidak pernah saya lihat semasa pemilihan CEC Disember tahun lalu hadir pada kongres khas itu yang kehadiran mereka menimbulkan keraguan.

"Malah penggunaan dakwat kekal yang didakwa mampu bertahan selama tiga hingga empat jam juga tidak berlaku apabila dakwat berkenaan boleh dipadamkan hanya dengan kertas tisu yang disediakan dalam masa tiga ke empat minit selepas dicalit," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pemilihan semula CEC itu, Zulkifli salah seorang daripada lapan calon Melayu tewas apabila mendapat kurang daripada 300 undi.

Beliau dalam pada itu menambah, isu muka baharu itu perlu diperjelaskan dengan sewajarnya manakala penggunaan dakwat kekal sepanjang pengetahuannya tidak termaktub dalam perlembagaan parti.

"Adakah penggunaan dakwat kekal ini arahan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS)?

"Saya tetap yakin mengatakan wujudnya unsur negatif menerusi muslihat 3M iaitu lelaki, wang dan media (man, money, media) yang digunakan dalam pemilihan baru-baru ini sebagai tunjang provokasi," tegasnya.

Selain itu, jelasnya, surat daripada Setiausaha Agung parti yang diedarkan kepada perwakilan juga diterima hanya dua hari sebelum hari pemilihan diadakan.

"Malah senarai perwakilan yang diberikan juga tidak lengkap kerana tidak mempunyai alamat dan nombor telefon untuk dihubungi dan itu menyukarkan calon untuk mendekati para perwakilan," ujarnya.

Ditanya apakah beliau akan meninggalkan parti itu berikutan isu pemilihan CEC, Zulkifli berkata, beliau tidak pernah memikirkan untuk meninggalkan DAP sepanjang 26 tahun menjadi ahli parti berkenaan.

"Bukan saya yang sepatutnya keluar daripada parti tetapi mereka yang berkeinginan untuk merosakkan DAP yang harus meninggalkan parti.

"Saya juga tidak akan membawa perkara ini ke ROS seperti pemilihan lalu dan biar ahli di peringkat akar umbi yang memikirkan sama ada untuk membawa pemilihan semula ini ke ROS atau sebaliknya," ujarnya.sumber 

Puak-puak cauvinis DAP ni memang pandai menari !! Steadylah tahniah MMI nak ucapkan pada puak-puak Melayu yang dok jadi macai dalam DAP tu..Ampa tak sedaq lagi ka ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels