Followers

Thursday 31 October 2013

#PRKSungaiLimau Ada MUSUH Dalam SELIMUT !!!


Barangkali tak ramai yang tahu tentang cerita ini dan sudah semestinya tidak ada mana-mana pimpinan dalam parti PAS yang akan mendedahkan apa yang sebenarnya tersimpan dalam diari kepala otak puak-puak penipu ini.

Mungkin kerana bersesuaian dengan ungkapan PENIPU itulah maka cerita ini tidak pernah di sampaikan waima kepada pengikut-pengikut sendiri.MMI kenal benar dengan mereka-mereka ini yang di mulutnya manis umpama madu tapi jauh di benak hati pahit bagai hempedu.

Jangan sesekali menyentuh tentang kesilapan mahupun kesalahan mereka kerana tidak ada ungkapan sedemikian dalam perjalanan perjuangan politik parti PAS yang kononnya mengangkat martabat ISLAM.

Bukan sikap mereka untuk mengaku kesilapan dan kelemahan kerana ianya mampu menganggu-gugat ikatan ukhawah sesama Pakatan Haprak yang jelas jauh menyimpang daripada apa yang di momokkan kepada pengikut sendiri.

PRK Sungai Limau menjadi BUKTI terbaru bagaimana terdesaknya mereka untuk mencari kemenangan sampaikan sanggup MELACURKAN segala PRINSIP serta PERJUANGAN waima dengan pasukan sendiri.



MMI bukan mahu mengungkit tetapi inilah sebenarnya wajah PAS mereka sudah jauh tersasar .. Kepada pengundi di Sungai Limau buatlah pilihan terbaik hanya kamu bukan orang lain Insyaallah Sungai Limau akan terus terbela !!

MMI

1 comment:

  1. mereka ni syaitan bertongkan malaikat.. mmg x akan mengaku salah.. inilah asebenarnya PAS.. ajaran syiah dah masuk dalam Pas

    ReplyDelete

Labels