Followers

Friday 29 November 2013

5,726 Bakal Hadiri PAU2013


Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2013 yang akan berlangsung dari 2 Disember hingga 7 Disember ini akan dihadiri 5,726 orang perwakilan dari seluruh negara.

Setiusaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di sini hari ini berkata, dari jumlah itu, 2,759 orang adalah Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.

"Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing akan dihadiri 989 orang perwakilan," kata Tengku Adnan.

Jelas beliau sebanyak 118 agensi media termasuk 16 agensi berita asing menghantar 1,724 orang wartawan untuk membuat liputan pada perhimpunan terbesar orang Melayu itu.

Selain itu, 80 orang Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara dari 73 Kelab Luar Negara dan 7 Badan Perhubungan Negara turut menghadiri perhimpunan tersebut 

Manakala seramai 101 delegasi mewakili 32 parti dari 24 buah negara di peringkat antarabangsa turut mengesahkan kehadiran.

Sementara itu, Tengku Adnan juga menjangkakan selain mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), perwakilan dijangka akan membahaskan isu pemilihan parti yang berlangsung pada November lepas.

"Walaupun pemilihan parti dijalankan secara demokratik namun ada yang beranggapan ia dilakukan terlalu bebas oleh sesiapa sahaja tanpa peraturan. 

"Ahli UMNO juga mahukan agar mereka yang bertanding jawatan parti adalah terdiri daripada individu yang sayang serta memahami parti bukan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk bertanding," kata Tengku Adnan.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh. - UTUSAN ONLINE

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels