Followers

Saturday 30 November 2013

Melayu Perlu Hati-Hati Dengan Perlantikan Ustaz Kazim !!!


Pertamanya MMI nak ucapkan TAHNIAH buat Ustaz Kazim Elias dengan lantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.Seperti yang banyak pihak sedia maklum perlantikan ini membuktikan betapa kepimpinan UMNO hari ini membuka seluas-luasnya pintu kepada mereka-mereka yang di rasakan mampu menyumbang kepada kebaikan khususnya dalam soal hak ehwal agama Islam.

Sehingga ke saat ini tuan punya diri belum lagi memberikan kenyataan sama ada menerima perlantikan tersebut (katanya malam ini) namun menjadi harapan MMI dan pasti ramai rakyat Malaysia untuk melihat Ustaz Kazim Elias menerima perlantikan itu demi untuk melihat agama Islam terus di perkasakan.

Namun MMI ingin berpesan sebagai orang Melayu dan beragama Islam supaya hati-hati dengan perlantikan ini !!

Dan sudah pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa MMI berpesan supaya kita berhati-hati !!

Jika kita melihat kepada senario politik dalam tempoh masa 10 tahun kebelakangan ini sudah barang pasti kita dapat melihat bagaimana masyarakat kita khususnya yang beragama Islam sudah dimomokkan dengan terlalu banyak permainan politik sehinggakan mana-mana pihak atau tokoh yang di rasakan mampu memberikan sumbangan bagi memperkuatkan umat Islam di bumi Malaysia akan di serang habis-habisan.

MMI tak nafikan sumbangan besar para ilmuan dan mereka-mereka yang sentiasa bekerja tanpa henti bagi menyampaikan dakwah dengan pelbagai pendekatan kepada masyarakat tetapi kita tidak sesekali boleh nafikan peranan mereka-mereka yang berada dalam parti-parti politik.

Parti politik sebenarnya menjadi teras kepada apa yang bakal kita bentuk terutamanya dasar-dasar yang melibatkan kerajaan.Apabila menyebut parti politik sudah pasti pada ketika dan saat ini kita hanya punya 2 parti yang menghimpunkan orang-orang melayu dan beragama Islam.

UMNO dan PAS !! Sedarkah kita selama ini kesan daripada politik yang MM kategorikan sebagai melampau ramai ilmuan dan tokoh-tokoh agama kecundang dalam arus perdana semata-mata kerana serangan politik yang keterlaluan sehinggakan melenyapkan sumbangan mereka khususnya kepada Bangsa , Agama & Negara.

Sebabnya PAS dan penyokongnya selama ini dengan di bantu oleh jentera DAP dan PKR sudah melancarkan doktrin untuk mengalih pandangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya supaya rakyat hanya melihat PAS sahaja yang sepatutnya punya mereka-mereka yang di angkat sebagai Ulama atau tokoh-tokoh agama.

UMNO pula di rencanakan sebagai parti orang-orang Melayu yang memperjuangkan BANGSA semata-mata.Malah sampai ke tahap menggelarkan orang-orang UMNO kafir dan musuh Islam.

Usaha itu tidak terhenti di situ malah ianya di teruskan dengan serangan terhadap tokoh-tokoh agama yang di lihat mesra UMNO.

Lihat sahaja apa yang terjadi terhadap Ustaz Firdaus , Dr Ridhuan Tee , Abdullah Sa-amah dan lain-lainnya yang sentiasa menjadi mangsa serangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kemudiannya muncul ILMU yang di kepalai Ustaz Fathul Bari seorang anak muda yang punya pengetahuan dan mampu menyumbang kepada kebaikan bukan sahaja kepada UMNO tetapi kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Seperti biasa beliau juga antara mangsa-mangsa yang masuk dalam senarai !!

MMI sering memerhatikan gerakan-gerakan ini malah jika di bandingkan tokoh-tokoh ini dengan tokoh-tokoh di sebelah parti PAS , kita boleh melihat dengan jelas perbezaan ruang yang wujud.

Lihat bagaimana peranan tokoh-tokoh dalam PAS mereka seakan-akan di sekat oleh pihak-pihak tertentu yang kini melihat dan meletakkan politik sebagai perkara paling utama dan semuanya berlaku kerana impian ke PUTRAJAYA.

UMNO pula di lihat tidak seperti PAS malah ada yang melihat UMNO tidak punya tokoh-tokoh seperti itu sedangkan kita punya mereka yang rasanya jauh lebih baik daripada apa yang PAS miliki.

Inilah gerakan yang sudah lama di lakukan oleh mereka-mereka di luar sana supaya UMNO terus-terusan di lihat sebagai pejuang bangsa semata-mata.

SEDARKAH semua , UMNO sedang melakukan perubahan dan perubahan ini di lakukan dalam keadaan yang cukup hati-hati.Dengan berpandukan kepada keupayaan bukan sahaja dari sudut agama yang sudah semestinya menjadi keutamaan tetapi juga melihat kepada faktor-faktor lain antaranya kedudukan rakyat yang berbilang bangsa , suasana politik , ekonomi , pertahanan , keselamatan dan lain-lain.

Untuk melakukan sesuatu perubahan maka ianya perlu di lakukan dengan berhati-hati supaya perubahan itu mampu memberikan kebaikan buat semua rakyat Malaysia , lebih-lebih lagi dalam soal agama Islam.

Inilah yang sedang berlaku dan MMI melihat perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebenarnya adalah usaha berterusan parti UMNO untuk terus berubah.Malah ianya juga membuktikan UMNO selama ini tidak pernah menafikan peranan para ilmuan dan tokoh-tokoh agama selagi ianya di landasan yang benar yang tidak memecah-belahkan sesama umat Islam.

Tak susah untuk kita melihat perbezaan ini lihat sahaja Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus , kedua-duanya amat berbeza dari pendekatan penyampaian mereka.

Jadi kepada semua orang Melayu , hati-hati dengan perlantikan Ustaz Kazim kerana sudah pasti mereka-mereka itu tidak akan berdiam diri.Pelbagai cara dan kaedah pasti di gunakan untuk memastikan kredibiliti beliau terjejas.

Sekarang pun ianya sudah berlaku , baca kenyataan Ustaz Kazim di SINI 

Untuk itu kita perlu sama-sama berikan sokongan dan berdoa semoga kehadiran Ustaz Kazim Elias bersama parti UMNO dapat membantu seterusnya memberikan kekuatan bukan sahaja kepada Bangsa tetapi juga AGAMA & Negara.

MMI

1 comment:

  1. As salam pada semua , saya sentiasa mengharapkan ustaz kazim menerima tawaran ini.. berdakwahlah tanpa sekatan...bimbinglah semua yang dahagakan ilmu agama...teruskan perjuangan yang entah di mana penghujungnya,,, akan terus berdoa agar uke dilindungi Allah walau di mana juga berada... dugaan pasti ada, tapi yakinlah semua kebaikan akan mendapat balasan kebikan juga... amin...

    ReplyDelete

Labels