Followers

Friday 8 November 2013

PERINGATAN Jika Mahu MENANG PRU14 !!


Jangan pula ada yang tuduh MMI sekarang dah menyokong pembangkang dengan tersiarnya gambar dan artikel ini.Sebenarnya MMI nak sama-sama kita beringat bahawa PRU14 bukan calang-calang PRU.Satu kesilapan bodoh yang kita lakukan sudah pasti akan membawa keputusan yang akan mendukacitakan jutaan ahli-ahli UMNO di seluruh negara.

Sedarkah kita bahawa walaupun hebat dalam beberapa perkara tetapi tanpa sokongan pengundi nescaya perjuangan itu akan menjadi sia-sia.

Merujuk kepada gambar di atas jelas memperlihatkan bagaimana jentera DAP begitu gigih menjalankan kempen mendaftarkan pengundi baru tanpa mengira masa.Jika di amati dari gambar di atas ianya sudah pasti berlaku pada waktu malam atau pun selepas waktu kerja.

Persoalannya apakah kita khususnya UMNO dan BN bersedia untuk melakukan perkara yang sama ?

Tidak timbul istilah MENIRU kerana faktor pengundi adalah elemen utama yang menentukan jatuh bangunnya satu-satunya parti politik khususnya kerajaan.

Apa guna kita punya sebegitu ramai petugas-petugas di rumah-rumah UMNO bahagian di seluruh negara sekiranya gerak kerja untuk mendaftarkan pengundi di buat sambil lewa ??

Apa guna kita punya ramai petugas di pusat-pusat khidmat sekiranya kita leka untuk mendapatkan mereka-mereka yang layak mengundi ??

Apa guna kita punya jentera di peringkat bahagian sekiranya masing-masing hanya bermegah dengan jawatan ??

MMI bukan menuding jari kepada sesiapa tetapi biarlah gerak kerja UMNO dan BN selepas ini memberikan penumpuan kepada pendaftaran pengundi kerana merekalah yang sebenarnya akan menentukan survival kita pada PRU14 nanti.

Baca selanjutnya di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels