Followers

Sunday 29 December 2013

GULING Bakal Bertemu SOSMA !!!


Kalau mengikut risikan polis himpunan haram yang dirancang oleh kumpulan yang dipercayai pro pembangkang di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru boleh mencetuskan insiden buruk yang gugat keamanan negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Empat kumpulan yang dikenalpasti akan terlibat dalam himpunan itu ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Sabtu beliau memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka Selasa ini.

Katanya pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.

Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels