Followers

Monday 23 December 2013

Insiden DANOK 2 Individu Cedera Bukan RAKYAT MALAYSIA !!


Gambar di atas adalah sebahagian daripada gambar yang sempat di rakam selepas kejadian pengeboman di Danok tengahari semalam.Berdasarkan laporan awal 2 rakyat Malaysia di katakan antara mereka yang mengalami kecederaan dalam kejadian letupan tersebut dan identiti mereka masih belum dapat di sahkan.Baca SINI 

Namun laporan terkini daripada Konsul 1 Malaysia di Songkhla, Rozaimi Harun mengesahkan dua individu dipercayai rakyat Malaysia yang tercedera dalam kejadian serangan letupan di Pekan Danok tengahari semalam bukan rakyat Malaysia.

Katanya, hasil semakan terbaru dilakukan pihaknya dengan pihak berkenaan yang mengeluarkan senarai penuh mangsa yang terlibat dengan kejadian itu mendapati mereka tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia. 

Siasatan awal pihaknya pada mulanya dimaklumkan bahawa ada dua individu dari Malaysia terlibat dalam kejadian berkenaan. 

Namun selepas hadir bagi membuat siasatan di Hospital Songkhla Nagarind, Hatyai di sini sebentar tadi pihaknya mendapati dua individu berkenaan tidak mempunyai kad pengenalan dan bukan rakyat Malaysia berdasarkan pengakuan mereka.metro

Rakaman saat bom meletup di Danok Thailand.



MMI

No comments:

Post a Comment

Labels