Followers

Sunday 22 December 2013

KECOH 2 Rakyat Malaysia CEDERA Letupan BOM Di Danok Thailand (VIDEO) !!


Satu letupan telah berlaku di Danok Thailand.Setakat berita ini di tulis 2 rakyat Malaysia di laporkan mengalami kecederaan.Apakah insiden ini ada kena mengena dengan suasana politik yang kini sedang melanda negara Thailand ? Atau ianya merupakan tindakan puak-puak pemisah  ? 


Dua rakyat Malaysia cedera bersama lebih 20 yang lain yang kebanyakannya merupakan rakyat Thailand dalam siri letupan di Danok, bandar sempadan Thailand-Malaysia, di Songkhla pada Ahad.

Letupan itu berlaku di bandar yang terletak kira-kira 1km dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam di Padang Besar.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali, mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan yang berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi itu.

Bandar ini telah digegarkan empat siri letupan dari bom tersembunyi di motosikal yang diletakkan di kawasan-kawasan terbabit.

Menurut The Nation, serangan pertama berlaku di hadapan balai polis di Sadao manakala yang kedua adalah di tempat letak kereta di Balai Polis Sadao.

Siasatan awal menunjukkan serangan disebabkan oleh bahan letupan yang tersembunyi pada motosikal.

Letupan ketiga berlaku di hadapan Oliver Hotel di Ban Dan Nok manakala yang keempat adalah di lorong berhampiran McDonalds di kawasan yang sama.mstar 


Seorang anggota keselamatan melihat keadaan pusat karaoke yang musnah akibat letupan bom di hadapan Hotel Oliver yang terletak tidak jauh dari Paragon Hotel di Jalan Thanon Tanrattanakorn 1, Danok, Selatan Thailand

Berikut antara gambar-gambar ihsan rakan-rakan..







Kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang berada di sana mahupun yang sedang merancang ke sana fikir semula perancangan anda selain daripada berhati-hatilah.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels