Followers

Saturday 28 December 2013

Shhhh Jangan Bagi Pak Kob Tau !!!


Sebelum ampa semua membaca selanjutnya MMI nak kena jelaskan satu perkara.Perlu diingat MMI bukan PAKAR dalam bidang EKONOMI justeru itu sebagai manusia yang ada kekurangan MMI buat sedikit carian seupaya mungkin untuk mendapatkan maklumat khususnya tentang tuduhan si Rafizi berkenaan kerajaan menjual aset negara.

Kita kena akui bahawa tuduhan itu bukanlah sesuatu yang boleh di ambil mudah kerana melibatkan intergriti kerajaan.

Alhamdulillah kita punya mereka yang arif tentang dunia ekonomi yang sudi menulis dan membuat ulasan tentang isu yang di bangkitkan.

Jadi kepada semua luangkan sedikit masa untuk kita sama-sama faham apakah tuduhan si Rafizi itu BENAR atau sekadar satu lagi tindakan membabi buta asal cerita jadi bahan !!

Tuduhan pemimpin PKR Rafizi Ramli yang mengatakan kerajaan tidak menafikan terdapat penjualan aset negara sebaliknya cuba memberi alasan dijawab oleh seorang ahli ekonomi di dalam blognya, econsmalaysia.blogspot.

Dengan mengemukakan data-data daripada Buletin Statistik Bulanan Bank Negara Malaysia terbitan Oktober 2013, pemilik blog ekonomi terkenal Malaysia econsmalaysia.blogspot.com berpendapat, dakwaan Rafizi bahawa tindakan kerajaan menjual aset-aset sebagai memenuhi sasaran defisit telah dibuat di atas asas yang goyah.

Ini kerana di Malaysia, penjualan aset tidak mampu mengurangkan bajet defisit kerana hasil jualan tersebut tidak dikira sebagai perolehan kerajaan.

Bajet defisit bermaksud perbelanjaan kerajaan mengatasi pendapatan.

"Apa yang lebih penting, terdapat isu perakauanan yang tidak dijelaskan oleh Rafizi – mengikut konteks Malaysia, penggunaan aset tidak akan mengurangkan defisit kerana ia tidak dikira dalam perolehan.

"Namun ia boleh mengurangkan keperluan kerajaan untuk meminjam. Hasil daripada penjualan aset tersebut mampu mengurangkan terbitan sekuriti kerajaan dan bukannya menambah pendapatan,” katanya.

Tambahnya, memang terdapat jualan aset bersih pada suku pertama 2013 iaitu sebanyak RM8.98 bilion tetapi ia diimbangi dengan pembelian aset pada suku kedua dan suku ketiga.

Ini sekali gus membawa maksud bahawa setakat suku ketiga 2013 tiada sebarang jualan aset bersih dilakukan kerana jumlah jualan aset kerajaan menguncup RM66.6 bilion.

Penulis blog tersebut turut menyangkal dakwaan Rafizi yang mengatakan tindakan kerajaan menerbitkan sekuriti terhadap pinjaman perumahan kakitangan kerajaan akan menjerumuskan Malaysia ke dalam krisis gadai janji seperti yang pernah dialami oleh Amerika Syarikat.

Jelas beliau, krisis gadai janji berpunca daripada pelbagai keadaan manakala struktur pasaran tersebut (struktur pasaran yang digunakan di Amerika Syarikat) tidak wujud di Malaysia.

Krisis gadai janji berlaku apabila terdapat struktur kewangan yang menggabungkan sekuriti yang mempunyai profil risiko berbeza dalam satu kumpulan ditambah dengan kegagalan insurans.

Itulah penyebab kepada krisis kewangan Amerika Syarikat pada 2008.

“Jika anda (Rafizi) sangat rungsing mengenai krisis gadai janji, maka jangan galakkan rakyat untuk membeli rumah.

"Jika harga rumah terlalu tinggi bagi kebanyakan orang, memudahkan pemilikan rumah akan membawa Malaysia ke arah itu (krisis gadai janji).

"Dalam konteks ini, pensekuritian (securitisation) tidak mungkin menjerumuskan Malaysia ke arah krisis gadai janji,” katanya.Baca Seterusnya 

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI cuma nak berpesan kepada Pak Akob yang MMI jumpa petang tadi dalam satu majlis kenduri kahwin , kalau tidak arif tentang sesuatu isu adalah lebih baik kita melakukan sedikit "homework" untuk mengetahui cerita sebenar.Bukan dengan cara maki hamun main tuduh orang lain tak betul.

Mana ada kerajaan jual Tabung Haji ?? Agak-agaklah lah nak bikin cerita pun !!!!

Inilah antara BUKTI betapa orang-orang kita kadang-kadang main belasah ja sebab dah terlalu TAKSUB dengan pihak-pihak tertentu.Sabor Pak Kob , sebab tu petang tadi bila salah seorang daripada ahli majlis meja bulat tanya Pak Kob ada buat simpanan dalam Tabung Haji ka ??

Tak ada jawapan yang keluar selain dari warna kulit muka sedikit berubah..

Haaa tu lah lain kali jangan main hantam ja !!!!

Psst nasi hujan panas petang tadi TERBAIK !!!!!


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels