Followers

Wednesday 5 February 2014

Adun Hutan Melintang Di Sabotaj Orang Dalam ??


Sejak tersiarnya surat perletakan jawatan ADUN Hutan Melintang , macam-macam cerita keluar ada yang kata itu adalah kerja orang UMNO yang nak bikin panas.Ada juga yang kata itu kerja pembangkang sendiri sebab nak pusing cerita daripada apa yang berlaku di Kajang.Ada yang kata kawan Kesavan sendiri yang nak jatuhkan dia.

Macam-macam cerita sehinggalah tuan diri menafikan surat tersebut di keluarkan oleh beliau.Rentetan daripada itu satu laporan polis telah di buat oleh Kesavan siang tadi.

Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Terdahulu, Kesavan bersama Naib Presiden PKR, N Surendran, Adun Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing berjumpa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S K Devamany berhubung isu itu.

Chang berkata Speaker memaklumkan surat peletakan jawatan itu palsu dan pihaknya akan membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Baca artikel berkaitan di SINI 

Walaupun isu tersebut di anggap selesai setelah penafian S Kesavan dan menantikan siasatan pihak Polis , timbul persoalan daripada banyak pihak siapakah yang menghantar surat PALSU tersebut ?

Apakah UMNO akan kekal sebagai pihak yang di tuduh melakukannya ?

Jika melihat kepada rekod S Kesavan sendiri banyak pihak sebenarnya merasa curiga dengan apa yang telah berlaku.

S Kesavan sebelum ini merupakan seorang wakil rakyat pembangkang di Perak dan beliau sebenarnya sering turun padang bersama-sama dengan pemimpin daripada UMNO dan BN.Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada bukti bagaimana ADUN ini di lihat mesra dengan pemimpin UMNO dan BN.



Kemesraan jelas dapat di lihat di antara pemimpin-pemimpin ini dan adakah tindakan S Kesavan ini dapat di terima kebanyakkan pemimpin pembangkang lain yang berada di negeri Perak ?

Apa mungkin ada di kalangan rakan pemimpin pembangkang sendiri yang tidak suka kepada cara dan tindakan S Kesavan yang memungkinkan beliau cuba di sabotaj ?

Dalam dunia hari ini setiap tindakan itu sudah pasti menjadi perhatian banyak pihak dan melihat kepada cara S Kesavan ini tidak mustahil surat PALSU tersebut di buat oleh rakan beliau dari kem pembangkang sendiri.

Dalam masa yang sama sehingga laporan polis di buat oleh S Kesavan , bos PKR Perak Md Nur Manuty tidak mahu memberikan sebarang komen dan mengakui beliau langsung tidak mengetahui hal perletakan jawatan tersebut.

Agak pelik sekali sebagai orang kuat PKR di negeri Perak , Md Nur Manuty tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku terhadap ahli sendiri.

Apakah ada sesuatu yang sedang berlaku dalam PKR Perak ? UtaraNews  

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels