Followers

Wednesday 12 February 2014

AZIZAH A Women With The Misterious Omega


Anwar Ibrahim kini semakin rakus , jika sebelum ini beliau adalah perancang kepada perletakan jawatan Adun Kajang untuk membolehkan beliau mengisi tempat dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Kini nafsunya semakin menjadi-jadi apabila sudah berkira-kira untuk mengisi tempat Presiden parti PKR yang kini di sandang oleh Wan Azizah isteri beliau sendiri.

Peluang Anwar untuk mengisi kerusi Menteri Besar semakin berhasil setelah usaha beliau di sokong oleh seluruh penyokongnya.Walaupun terdapat sedikit tentangan daripada pimpinan dalam parti PAS seperti Nasrudin Hassan Tantawi ianya di anggap terlalu kecil jika di bandingkan dengan sokongan yang beliau miliki.

Sudah barang pasti suara-suara sumbang dari kem Pakatan Rakyat itu akan di lenyapkan dalam sedikit masa lagi dan manusia bernama Anwar Ibrahim ini di ketahui ramai mampu melakukannya.

Agak memeranjatkan sekali apabila dalam kenyataan terbarunya , Anwar memberikan reaksi yang di lihat bersungguh-sungguh dan penuh minat untuk menduduki pula kerusi Presiden parti PKR.Semua pihak sedia maklum bahawa PKR hanya menantikan masa untuk mengadakan pemilihan di peringkat parti dan ini sebenarnya merupakan perancangan yang jauh lebih terancang yang tidak di ketahui oleh banyak pihak sebelum ini.

“Di tahun-tahun kebelakangan ini, Azizah membayangkan untuk menyokong dari belakang, beliau mahu meluangkan lebih masa bersama cucu dan sekali gus menjaga datuknya,” Anwar dipetik sebagai berkata, sambil berseloroh.  

Dalam wawancara bersama The Ant Daily yang disiarkan semalam , Anwar berkata, sebagai seorang demokrat dan tidak lagi dikurung dalam penjara, beliau kini menimbangkan dengan serius kemungkinan itu.

“Ketika di penjara tidak mengapa tetapi saya sudah keluar dan di tengah-tengah pertempuran politik ini, saya menimbangkan menerima pencalonan sebagai presiden secara serius kerana tiada apa yang dapat menghalang siapa saja dicalonkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan bertanding dalam pemilihan PKR kali ini.

Kenyataan itu secara langsungnya merungkaikan persoalan banyak pihak berkenaan Wan Azizah selaku Presiden parti yang di lihat menyepi dari kancah politik negara.Dalam banyak perkara dan insiden yang berlaku sebelum ini suara dan kelibat Wan Azizah selaku presiden parti PKR tidak lagi dapat di lihat.

Apakah yang berlaku sebenarnya ? Apakah ianya sebahagian daripada proses awal untuk Azizah memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim mengisi jawatan tertinggi parti tersebut ?

Inilah sebenarnya perancangan Anwar Ibrahim bagi tahun 2014 dan seterusnya untuk menghadapi PRU14.

Semuanya perlu di lakukan demi untuk memastikan survival politik beliau terus bertahan.

Berdasarkan pemerhatian , kita dapat melihat dengan jelas Anwar Ibrahim sebenarnya telah GAGAL mengotakan janjinya kepada pihak ketiga yang selama ini menjadi nadi dan nyawanya untuk terus bertarung di medan politik negara.

Janji beliau untuk menjadi Perdana Menteri sudah di patahkan buat kali kedua berturut-turut sejak isu 16 September dan kali ini Anwar tidak punya pilihan melainkan perlu melakukan satu tindakan drastik khususnya dalam parti dan Pakatan Rakyat.

Memperlihatkan kepada pihak ketiga kononnya beliau masih di terima oleh kebanyakkan rakyat Malaysia , Anwar segera mengatur rancangan dengan mengorbankan Lee Chin Cheh di Kajang , kemudiannya dengan keyakinan bahawa beliau mampu menang di Kajang akan membawa beliau menjadi Menteri Besar negeri Selangor.

Itu sahaja tidak cukup kerana Anwar perlu segera memperlihatkan kewibawaan beliau sebagai pemimpin di segani dengan memimpin parti PKR.

Dengan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen , Adun , Menteri Besar dan Presiden Parti , Anwar punya ruang dan peluang untuk meyakinkan sahabat-sahabat ketiganya untuk terus melabur bagi kempen dan gerakan politiknya merampas Putrajaya.

Mungkin banyak pihak terlupa bahawa hubungan Anwar dengan pihak-pihak ketiga di luar sana bukan calang-calang dan mereka hanya menanti masa untuk melihat Anwar menguasai negara.

Penguasaan Anwar terhadap Malaysia membolehkan pihak ketiga ini memperlengkapkan misi mereka yang selama ini tidak boleh di lakukan kerana kerajaan sedia ada punya pendirian dan kekuatan tersendiri.

Sebenarnya tidak salah untuk Anwar bertanding di mana-mana kerusi politik bahkan termasuk dalam hiraki kepimpinan parti PKR sekalipun.

Persoalannya kenapa baru kini ?

Sesuatu yang PASTI Wan Azizah akan kekal menjadi penyimpan jam OMEGA Anwar Ibrahim !! utaranews 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels