Followers

Saturday 8 February 2014

JIJIK Setiausaha Agung Sendiri Pun BERBOHONG !!!


Kemelut dalaman yang melanda pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan pergolakan dalaman parti PKR Selangor yang cuba di tutup oleh pemimpin tegar PKR termasuk Anwar kini semakin membusuk.

Bangkai yang cuba di selindungi dari pengetahuan rakyat nampaknya memakan diri apabila satu persatu suara dari kem pembangkang mula bergema.

Tindakan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini yang menafikan sebarang desakan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat supaya Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan kini di dedahkan sebagai satu pembohongan.

Pendedahan itu di buat oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut mengesahkan keputusan tersebut sudah diambil dalam mesyuarat berkenaan.

“Dia sepatutnya meletakkan jawatan kerana telah melakukan pelbagai kesilapan yang tidak sepatutnya. Saya sendiri bersetuju perlu adanya pertukaran segera, jangan berlengah lagi.

“Dalam mesyuarat MPP dah bersetuju sebulat suara tanpa bantahan,” katanya kepada bnbbc.my

Abdullah Sani adalah antara yang vokal mengkritik corak pentadbiran Khalid malah dalam isu pemecatan 20 orang pegawai dan kakitangan PKNS Holdings, beliau menyifatkan tindakan Khalid seperti kunta kinte.

Beliau menyelar tindakan beberapa pemimpin PKR yang menafikan terdapat perbincangan dan persetujuan untuk mendesak Abdul Khalid letak jawatan dengan segera apabila perkara itu mencetuskan kontroversi ketika Azmin Ali digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS .

Abdullah Sani juga di lihat menyindir sikap sesetengah pihak yang menafikan keputusan tersebut sudah di buat.

“Kalau tidak ada perbincangan itu mengarut. Mungkin yang menafikan itu dia tidur dalam mesyuarat. Saya hendak tegaskan secara konsensus bersetuju bahawa beliau (Abdul Khalid) wajib letak jawatan.

“Isunya dia kena letak jawatan kerana jelas makin parah makin teruk. Saya tidak boleh terima perkara yang keterlaluan ini. Terpulang kepada Pusat siapa pengganti, yang penting tukar je sebab dia dah mengarut,” tegas beliau.

Daripada kenyataan Abdullah Sani jelas di lihat Saifuddin cuba menutup kelemahan yang wujud dalam PKR Selangor dan sebagai Setiausaha Agung Parti sikap Saifuddin amat memalukan sekali.

Namun isu ini kemudiannya sedikit reda apabila kerusi DUN Kajang di kosongkan oleh Lee Chin Cheh untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim yang di lihat banyak pihak sebagai satu usaha untuk meletakkan Anwar di kerusi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim.

Bangkai jika tidak di tanam akan membusuk dan sudah semestinya bau busuk itu akan menyebabkan semua pihak akan terpalit.sumber 

Komen MMI kalau merujuk kepada Saifuddin ni dia memang ada rekod berbohong ! Sebelum ni pun dah di kantoikan oleh SPR..Tengok video bawah ,



Pandai Anwar cari setiausaha agung kan ? Semacam dengan dia ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels