Followers

Saturday 8 February 2014

KOMUNIS Dah Mula Bertindak ??

Gambar Hiasan
MMI tak pastilah siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam insiden letupan bom di Balai Polis Bukit Tengah Bukit Mertajam pagi tadi.Melihat kepada kesan letupan dan tempat bom itu di lontarkan jelas ianya adalah tindakan yang di rancang dan bukan sekadar suka-suka.


Untuk berita tentang insiden letupan bom tu ampa boleh sambung baca kat SINI . 

Dari pengamatan MMI bukan semua pihak suka kepada tindakan seperti ini walaupun ada di kalangan mereka kat luar sana yang punya masalah tersendiri dengan pihak Polis.

Mana tau mungkin ada yang tak puas hati dengan mana-mana anggota sebab kena saman ka apa ka tapi MMI optimis mereka-mereka dari kalangan seperti ini tidak akan sampai ke tahap meletupkan balai polis kerana mereka masih waras dalam membuat pertimbangan.

Selalunya kes-kes semacam ini hanya ada beberapa kumpulan sahaja yang boleh di sasarkan antaranya puak pelampau agama seperti mana yang pernah berlaku satu ketika dulu macam gerakan Al-maunah.Kemudiannya pihak berhaluan kiri atau mudah sebut puak-puak yang menyokong gerakan komunis.

Jangan nafi bro walaupun negara sudah merdeka dan tidak lagi berdepan ancaman gerakan bersenjata komunis , puak-puak semacam ini masih boleh wujud malah boleh bergerak bebas seperti mana orang-orang awam yang lain.

MMI bukan menuduh tetapi bimbang kerana sebelum ini gerakan untuk membawa kembali Chin Peng pulang ke Malaysia pernah berlaku dan ianya di gerakkan oleh sebilangan kecil rakyat Malaysia.Malah jika mengikut kepada selera segelintir anak-anak muda kini ada yang menganggap perjuangan komunis itu sebagai perjuangan sebenar memerdekakan negara.

Malah dalam dunia politik tanahair sekalipun MMI rasa ada yang agak pro kepada mereka-mereka yang sifatnya lebih kepada mengangkat perjuangan Komunis itu sendiri.

Apa pun kita perlu berhati-hati dan jangan sesekali menafikan sebarang perkara yang boleh di jadikan sebagai rujukan , bukan apa mereka-mereka ini akan mengambil kesempatan di atas kelemahan kita sendiri.

Kepada pasukan polis MMI sokong usaha ampa semua , teruskan operasi demi operasi bagi membanteras sebarang usaha seperti ini kerana keselamatan kami warga Malaysia terletak di tangan anda.

Bukan apa apabila di kejutkan dengan berita balai di bom teringat peristiwa Bukit kepong.

Haram jadah sungguh komunis ni !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels