Followers

Monday 10 February 2014

PKR Baling BERGOLAK Ketua CABANG Letak Jawatan


Ketua PKR Cabang Baling, Lim Chong Ann hari ini telah mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ketua PKR Cabang Baling serta ahli PKR ekoran kecewa dengan wujudnya kroni dalam parti PKR.

Pengumuman tersebut dilakukan Lim Chong Ann dikediaman rasminya di Kuala Ketil siang tadi sebelum mengadakan sidang akhbar berkenaan perletakkan jawatannya.

Selain dari merasa kecewa dengan kewujudan kroni dalam PKR, beliau yang merupakan Ketua PKR Cabang Baling selama 2 penggal merasa dirinya langsung tidak dihargai oleh pucuk kepimpinan tertinggi PKR walaupun banyak menggunakan wangnya sendiri untuk PKR Baling semasa PRU13.

Menurut Lim Chong Ann semasa PR mentadbir Kedah penganugerahan pingat Kebesaran hanya diberikan kepada keluarga pucuk pimpinan tertinggi dan kroni-kroni yang tidak berjasa kepada parti.

Difahamkan Lim Chong Ann telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Baling yang berkuatkuasa pada 03/02/2014. Surat perletakkan jawatan tersebut telah di serahkan kepada pucuk pimpinan parti PKR Kedah pada 05/02/2014.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels