Followers

Friday, 7 March 2014

Bau Hancing Itu Sampai Ke Putrajaya

Gambar Hiasan
Tak pastilah orang lain tapi MMI sejak dari mula lagi sudah dapat mengangak bahawa Anwar Ibrahim akan mencari sejuta helah dalam berdepan dengan kes liwat Saiful Bukhari yang kini sedang berjalan.Entah ilmu apa yang di gunakannya sampaikan mahkamah negara kita pun dah semacam patung dan menjadi boneka kepada Anwar.

MMI bukan marahkan para peguam dan institusi kehakiman negara tetapi dan semakin meluat dengan sikap Anwar yang selalu sangat cari helah seampaikan mahkamah asyik menunda ja kerjanya.

Bukankah Anwar sepatutnya telah pun mendapat kepercayaan rakyat sekiranya beliau yang suka menjadi imam dalam setiap siri kempennya di Kajang melafazkan sumpah penafian seperti mana yang di lakukan oleh Saiful Bukahri sendiri ?

Tetapi kerana terlalu berpolitik dan suka sangat memberi alasan maka Anwar bukan sahaja membuatkan undang-undang negara seperti undang-undang rimba tetapi turut mengheret institusi itu di cerca oleh rakyat.

Anwar jugalah orang yang sering menghasut dan mengajak rakyat bangun kononnya berjuang atas nama hak dan kebebasan tetapi dalam kes liwat ini Anwar tidak pula mahu memainkan sentimen kebencian tersebut .

Kenapa Anwar tidak mahu pihak mahkamah supaya segera menyelesaikan kes liwat beliau ?

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana bukti yang dikemukakan di mahkamah amat kukuh, Mahkamah Rayuan diberitahu Khamis.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata oleh itu, mahkamah seharusnya membenarkan rayuan pihaknya berhubung pembebasan Anwar.

Beliau berkata ketika diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Anwar memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh, yang menyaksikan dia tidak boleh disoal balas.

Muhammad Shafee berkata Anwar tidak berani memberi keterangan dari kandang saksi sebaliknya memilih untuk 'bersembunyi' di dalam kandang tertuduh dan menyerang kerajaan, hakim serta timbalan pendakwa raya.


"Keterangan beliau dari kandang tertuduh hanya penafian semata-mata selepas memberi notis alibi," katanya sambil menambah hakim yang mendengar perbicaraan kes itu tidak mengambil kira keterangan Anwar dari kandang tertuduh.

Beliau berkata bagaimanapun, tiada secebispun pembelaan alibi dikemuka kepada mahkamah dan Anwar menggugurkan terus pembelaan itu ketika disoal berhubung klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kondominium terbabit.

Muhammad Shafee berkata rakaman CCTV itu menunjukkan ketibaan serta kepulangan Mohd Saiful dan Anwar.

Katanya, Anwar menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak menafikan bahawa dia berada di tempat kejadian.

Muhammad Shafee berkata demikian ketika berhujah di depan Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Menyentuh isu lain, beliau berkata hakim mahkamah tinggi terkhilaf apabila memutuskan bahawa 11 item yang dibungkus berasingan dan mengandungi sampel DNA telah dicemari.

Muhammad Shafee juga berkata tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa sampel itu 'diusik' kerana bungkusan itu masih bertutup meskipun diletak dalam sampul oleh pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Jude Pereira.

Beliau berhujah kredibiliti pakar asing pembelaan boleh dipertikai kerana memberi keterangan berdasarkan buku teks serta manual sedangkan pakar tempatan menganalisis sampel DNA daripada Mohd Saiful.

Sementara itu, peguam Karpal Singh membantah hujah Muhammad Shafee berkaitan keputusan Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh.

"Ini merupakan hak substantif tertuduh, Anwar memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh dan pendakwaan tidak seharusnya dibenar membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu bagi meracuni pendapat mahkamah," katanya.

Beliau juga berkata mahkamah tidak sepatutnya mengganggu keputusan hakim perbicaraan berhubung keterangan pakar.

Peguam Ram Karpal Singh pula berhujah mahkamah harus menolak rayuan itu kerana pakar telahpun memberi keterangan bahawa sampel terbabit sudah tercemar.

Perbicaraa bersambung..

Lihatlah bagaimana Anwar sedang menggunakan institusi kehakiman bagi menggagalkan pertuduhan terhadapnya.

Anwar ternyata pengecut dan manusia paling dayus pernah MMI jumpa , sikap beliau apabila berdepan institusi kehakiman jauh berbeza daripada sikapnya di atas pentas ceramah.

Mana addddaaaaaaa pemimpin sedayus Anwar di Malaysia ?

Sebab itulah MMI katakan bau hancing itu kini di usung Anwar sehingga ke Putrajaya.

Huh busuk punya orang !!

MMI

1 comment:

Labels