Followers

Monday 13 March 2017

ZAIRIL - Antara Liberal & Maruah !!


As promise .. MMI akan ulas isu berkaitan seorang pemimpin DAP daripada bangsa Melayu bernama Zairil yang kini sedang dilanda kontroversi dan skandal yang cukup memalukan.

Sebelum tu dalam artikel promo di awal tadi MMI dan catatkan satu ungkapan paling popular dalam kem pembangkang iaitu "Nampak sama tapi bukan dia" ! Satu statement yang dah biasa sangat kita dengar apabila terdedahnya aksi-aksi melampau dan separa malampau yang selalunya bukan tabiat orang-orang Melayu yang mengaku Islam.


Dan kalau diperhatikan kedua-dua nama yang disebut sebagai individu dalam video yang disebarkan baru-baru ini rasanya kedua-duanya mengaku beragama Islam dan mungkin masih mahu mengaku Melayu.

Zairil menafikan lelaki itu sebagai dirinya dan mula menuding jari kepada pihak lain dan macam biasa UMNOlah dalangnya sebab bagi pembangkang ni hanya UMNO sahaja yang punya keupayaan tahap GABAN boleh hasilkan benda-benda macam ni.

Apa pun MMI punya pandangan yang rasanya wajar di kongsi dengan semua khususnya melibatkan kedudukan Zairil selaku pemimpin DAP yang mengaku berjiwa sama dengan Melayu yang berpegang kepada agama Islam.

Zairil sebelum ni sudah pun menjadi sasaran warga Pulau Pinang apabila pasukan bolasepak negeri tu dilihat semakin lemah dan tidak berkemampuan dan sering kali mengalami kekalahan di tangan pasukan-pasukan yang lain.

Malah keresahan para penyokong Pulau Pinang itu sudah sampai ke tahap mendesak pemimpin DAP ini supaya berundur daripada mengepalai pasukan Harimau Kumbang tersebut.



Tapi macam biasa pemimpin DAP ini tampil menolak desakan untuk berundur malah menuding jari dan menyalahkan pula para penyokong Harimau Kumbang.Sekali lagi strategi sama , Zairil tetap tak salah yang salah adalah orang lain.

Ringkasnya apa yang sedang berlaku dalam bolasepak Pulau Pinang ini melibatkan maruah pasukan dan maruah Zairil sendiri.Cumanya maruah pasukan sedang cuba dipulihkan oleh para penyokong dengan mendesak supaya dilakukan perubahan segera dengan Zairil meninggalkan pasukan.

Manakala maruah Zairil selaku peneraju terus tercalar tanpa sesiapa pertahankan melainkan dirinya sendiri.

Belum pun reda , kini muncul pula aksi terlampau gesek-gesek rindu melibatkan 2 individu mirip Zairil dan Dyana (yang dinafikan oleh Zairil) dan tular di media sosial.Riuh rendah di semua medium sampaikan para penyokong pasukan Pulau Pinang turut sama mengambil peluang untuk sekolahkan si Zairil ni.


Mungkin pada pandangan sesetengah orang ini adalah perkara biasa , berpelukan dan sekadar gesek-mengesek itu hanyalah satu kaedah untuk melepaskan tekanan selain mahu melupakan seketika soal kerja dan sebagainya.

MMI faham sebab tidak ada masalah barangkali pada bangsa-bangsa lain dan agama lain untuk beraksi sedemikian TETAPI sebagai orang Melayu dan beragama Islam aksi sedemikian adalah tidak boleh dilakukan.

HARAM ! Agama Islam jelas tidak membenarkan aksi-aksi atau perlakuan yang boleh menjurus kepada berlakunya maksiat dan zina.

Jika benar kedua-duanya adalah mereka seperti mana yang diwar-warkan maka tindak-tanduk mereka itu sudah jauh terpesong dan ianya bukanlah satu teladan yang baik memandangkan kedua-duanya adalah pemimpin politik atau mereka yang terlibat dalam politik.

Kenapa MMI berkata demikian ....


Mungkin ramai dah lupa agaknya Zairil adalah Pengarah Eksekutif Penang Institute pihak yang bertanggungjawab menganjurkan Forum Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute pada 31 Oktober 2015 di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Tahukah kita bahawa penganjuran itu merupakan usaha terancang yang pada pandangan MMI punya agenda tersembunyi apabila mereka cuba membawa masuk aktivis liberal Singapura Dr Azhar Ibrahim Alwee untuk memberi ucap utama dalam forum anjuran badan pemikir Kerajaan Pulau Pinang itu.

Dr Azhar telah dikenal pasti sebagai penggerak Islam Liberal nusantara dalam kumpulan The Reading Group sebaris dengan penggerak Jaringan Islam Liberal Indonesia Ulil-Abshar Abdalla dan Lutfhi Assyaukanie.

Malah Moderator forum itu Dr. Mustafa Kamal Anuar yang merupakan Ketua Bahagian Kajian Nusantara, Penang Institute dalam kenyataannya mengakui Penang Institute telah memperkasakan misi badannya dengan menjemput tokoh-tokoh liberal dari seluruh dunia.

Tindakan tersebut kemudiannya mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuklah daripada Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff yang mendakwa Penang Institute merupakan sarang yang menyebarkan Islam liberal di negeri itu.

Walaupun dinafikan oleh Zairil dan Malik Kassim realitinya Penang Institute walaupun menafikan menyebarkan Islam Liberal, namun sering bekerjasama dengan badan-badan yang sudah dikenal pasti penyebar agenda liberal antaranya, Islamic Renaissance Front (IRF), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan G25 Malaysia.


Dilaporkan kesinambungan daripada program di Pulau Pinang ini dibawa pula ke Kuala Lumpur dalam satu lagi forum yang hampir sama bertemakan Islam Dalam Demokrasi Berperlembagaan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) yang telah menimbulkan kontroversi.

Apa yang kontroversinya .....


Apakah semua orang Islam di Malaysia boleh menerima apa yang diungkapkan oleh mereka-mereka diatas ?

Jelas usaha yang mendapat sokongan dari kalangan puak-puak pembangkang itu sebenarnya punya agenda tersembunyi.Mereka sedang berusaha dan usaha itu sebenarnya sedikit sebanyak sudah pun dipermudahkan oleh pemimpin DAP bernama Zairil.

Isunya siapa Zairil Khir Johari yang menjadi ‘mastermind’ dalam forum Muqasid Syariah ini ? Kenapa Islam liberal digarap sebegitu rapi dan berselindung di sebalik forum Muqasid Syariah?

Jika program sebegini pun mampu diuruskan oleh Zairil dan angkatannya maka MMI tak hairan kalau aksi dalam video yang disebarkan itu benar-benar Zairi dan Dyana.

Zairil - Antara Liberal & Maruah ?

Bukan menuduh tetapi berdasarkan urutan insiden demi insiden yang tersebar di alam maya rasanya keraguan itu boleh di jawab dalam hati masing-masing.


Apa nak hairan !!!!

MMI

1 comment:

  1. Gambar tu bukan gambar Zairil anak tiri Khir Johari.

    Adakah gambar itu gambar Christ Ross Lim anak Howard dan Christina Lim?

    DAPIGS CILAKA!

    ReplyDelete

Labels