Followers

Saturday 8 March 2014

Update Kehilangan Pesawat MH370


Sehingga jam 7.15 petang tadi kehilangan pesawat MH370 masih lagi menjadi tanda tanya kepada semua pihak.YAB Perdana Menteri dalam sidang medianya sebentar tadi telah pun memaklumkan bahawa sehingga saat itu operasi mencari serta mengesan pesawat tersebut masih lagi di teruskan.

Kini operasi mencari telah di perluaskan ke kawasan yang jauh lebih besar setelah penumpuan kepada kawasan utama gagal mengesan sebarang kesan pesawat terbabit.

Untuk itu kerajaan sudah pun menggerakkan 15 buah pesawat terdiri daripada 4 C130 , 1 CN235 , 4 PC725 milik TUDM dan beberapa buah pesawat lain.

Pihak TLDM dan APMM juga turut menggerakkan kapal bagi operasi mencari di laut.

Dengan perluasan kawasan operasi ini serta penggunaan aset milik negara , YAB Perdana Menteri mengharapkan ianya akan memberikan impak yang lebih bermakna kepada operasi mencari dan mengesan pesawat terbabit.


Sementara itu YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut mendapat persetujuan dan kerjasama dengan negara seperti Vietnam dan China apabila masing-masing turut menggerakkan operasi mencari dan mengesan pesawat milik negara.

Dalam masa yang sama Amerika Syarikat juga menghulurkan bantuan melalui US NAVY dengan menghantar pesawat.

Perdana Menteri Singapura juga turut menghubungi YAB Datuk Seri Najib dan meghantar sebuah pesawat C130 bagi tujuan yang sama.

Sementara itu sewaktu menjawab soalan daripada wartawan , YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa adalah terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan memandangkan pesawat tersebut masih lagi gagal di temui.

Walaupun ada beberapa teori namun ia masih sekadar teori kerana usaha kini terarah kepada memperluaskan kawasan mencari.


YAB Perdana Menteri juga memaklumkan beliau telah berjumpa dengan ahli keluarga para penumpang manakala pihak MAS pula kini memberikan tumpuan kepada ahli keluarga mangsa selain daripada menggerakkan 100 kakitangannya ke Beijing bagi memudahkan urusan ahli keluarga mangsa.

Pelbagai spekulasi yang tersebar di media-media sosial juga turut di soal kepada YAB Perdana Menteri dan beliau menegaskan sehingga kini tidak ada sebarang maklumat yang sedemikian termasuklah spekulasi tentang pesawat tersebut di rampas atau ianya terlibat dalam sebarang tindakan ketenteraan mahupun keganasan.

Komitmen kerajaan adalah operasi mencari dan mengesan akan di teruskan.UtaraNews.com 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels