Followers

Wednesday 4 June 2014

Ada 2 Pesawat Lain Berlegar Di Atasnya & Kemudian Terbang Pergi #MH370


Seorang pelayar laut warga Britain mendakwa melihat pesawat Boeing 777 terbakar berdekatan Thailand pada pagi MH730 dilaporkan hilang, menurut laporan media Australia News Corp Australia Network.

Katherine Tee memberitahu kerajaan Australia, semasa belayar di Lautan Hindi pada Mac lalu, beliau melihat kepulan asap hitam naik ke langit, dipercayainya berpunca daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Beliau yang ketika itu belayar dari Kochi, India menuju ke Phuket, Thailand bersama suaminya, Marc Horn melihat objek seakan pesawat besar terbakar di tengah laut.

"Saya rasa saya nampak satu pesawat terbakar di seberang belakang buritan kami dari arah kanan pelabuhan, kira-kira dari utara ke selatan.
"Saya fikir perkara itu bukan sesuatu kejadian normal yang dapat dilihat setiap hari.

"Ketika itu saya sedang melihat satu objek seolah-olah pesawat panjang mengeluarkan cahaya jingga terang, dengan kepulan asap hitam keluar di belakangnya.

"Terlintas di fikiran kemungkinan ia hanya meteorit tetapi agaknya mungkin saya sudah mula hilang akal," kata Katherine dalam tulisannya di website pelayaran, Cruisers' Forum.

Selasa lalu, Katherine memberitahu akhbar Thailand, Phuket Gazette, semasa malam kejadian antara 7 hingga 8 Mac beliau sedang berjaga di atas kapal layar miliknya yang bersaiz 40 kaki.

"Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat sebuah pesawat bercahaya jingga sebelum ini lalu membuatkan saya terfikir apa benda itu.

"Saya nampak jelas susuk badan pesawat itu, ia nampak lebih panjang daripada biasa. Kemudiannya asap tebal berwarna hitam mula berkepul keluar.

"Pada masa sama, ada dua pesawat lain berlegar di atasnya dan kemudian terbang pergi ke arah bertentangan.

"Pesawat itu ada lampu penunjuk arah biasa. Seingat saya kemungkinan ada pesawat lain yang melaporkan kejadian terbabit jika mereka nampak sama seperti apa yang saya lihat," katanya.

Katherine dan pasangannya tiba di Phuket dua hari kemudian, tetapi beliau tidak melaporkan insiden itu kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) sehingga Ahad.

Wanita berusia 41 tahun yang menghabiskan masa 13 bulan di laut itu berkata, dia tidak membuat laporan kerana ketika itu mengalami masalah rumah tangga dan berasakan fikirannya mungkin terganggu.

"Jadi semasa kami sampai ke darat semua orang sedang bercakap tentang kehilangan pesawat dan

"Memandangkan saya ragu-ragu dengan apa yang sana nampak dan emosi saya juga kurang stabil, saya menafikan apa yang saya lihat. Lebih pula saya beranggapan mereka mungkin dapat menjumpainya," katanya.

Tetapi laporan media sepanjang hujung minggu menyiarkan tentang misi pencarian kapal terbang yang hilang membangkitkan perasaan pasangan itu untuk menyemak semula data log pelayaran mereka.

"Malam ini saya dengar mereka sedang mencari di tempat yang salah, jadi saya dan suami buka semula log GPS kami dan yakin apa yang kami nampak sebelum ini konsisten dengan maklumat yang disahkan pihak berkuasa tentang MH370," katanya.

Horn, 50, kemudian menyiarkan peta laluan pelayaran mereka dalam laman web Cruiser's Forum selepas mendapati kapal layar mereka berada di sekitar kawasan MH370 mengeluarkan cahaya semasa malam kejadian pesawat itu hilang.

Katherine kini percaya mereka pernah berada berdekatan dengan laluan penerbangan itu dan mendakwa peta mereka juga menunjukkan MH370 melintasi kapal layar mereka.

"Bukti beserta laporan penuh data rekod pelayaran kami ini meyakinkan kami untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkaitan," katanya. – 4 Jun, 2014.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels