Followers

Wednesday 11 June 2014

Ada Gerakan Kembalikan Hasan Ali Pada PAS


Sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini desas-desus mengenai kemasukan semula Hasan Ali ke dalam parti PAS sudah mula dicanang sejak beliau di pecat sebelum ini.

Namun segala bunyi-bunyi itu hanyalah sekadar satu gimik mahupun permainan politik sesetengah pihak memandangkan PAS pada ketika itu di palit kontroversi berikutan pemecatan Hasan Ali.

Malahan gerakan besar-besaran Hasan Ali melalui NGO JATI juga memberikan impak yang bukan kepalang kepada kebanyakkan orang-orang Melayu dan juga ahli PAS di akar umbi sendiri.

Kini desas-desus itu kembali lagi , Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini diberitakan akan menyertai semula parti tersebut dan usaha itu sedang digerakkan oleh beberapa kepimpinan PAS termasuk anak-anak kepada pengasas selain daripada golongan veteran untuk menyelamatkan parti itu yang kini di lihat tersasar jauh daripada matlamat dan perjuangannya.

Menurut sumber gerakan itu dilakukan bagi menggerakkan usaha untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di antara PAS dan UMNO memandangkan isu cadangan untuk melaksanakan undang-undang hudud oleh PAS sendiri yang di lihat banyak pihak ibarat angan-angan yang tidak mampu dizahirkan apabila DAP dan PKR berkeras untuk menolaknya.

Tidak ada cara lain selain daripada menyatukan dua kumpulan orang-orang Melayu terbesar dalam Malaysia bagi merealisasikan hasrat murni tersebut dan ianya di lihat menjadi titik tolak kepada pembangunan syiar Islam yang jauh lebih baik daripada masa kini.

Tindakan ini sebenarnya memberikan mesej jelas kepada banyak pihak di luar sana khususnya orang-orang Melayu dan Islam betapa permuafakatan dan penyatuan dua parti terbesar ini harus dilakukan.

Dalam masa yang sama kehadiran semula Hasan Ali ke dalam PAS di lihat mampu menyaingi kumpulan pemimpin pro-Anwar dan DAP daripada terus menguasai parti PAS yang kini di lihat sudah terlalu jauh menyimpang daripada matlamat dan perjuangannya sendiri.

Semua pihak sedia maklum , PAS kini terpecah kepada dua kumpulan bilamana satu kumpulan di lihat menyokong semua dasar-dasar yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan satu pihak lagi merupakan kumpulan yang pro-ulamak.

Kumpulan pro-ulamak ini sering kali disisihkan dan mereka di lihat tidak bersetuju dengan beberapa dasar serta pendirian parti PAS sendiri dalam beberapa hal antaranya penentangan PKR dan DAP terhadap cadangan melaksanakan undang-undang hudud.

Apatah lagi hirarki tertinggi dalam parti PAS kini melibatkan Hadi Awang selaku Presiden dan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.Sekiranya Hadi Awang mengundur diri atas apa jua alasan sudah pasti PAS akan diterajui oleh Mat Sabu yang banyak pihak sedar antara pemimpin PAS yang paling terkehadapan menyokong dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Barangkali kerana itu PAS kini sedang bergelut untuk memastikan haluan parti tersebut dapat dikembalikan kepada landasan yang sebenar.

Sementara itu Hasan Ali dalam reaksinya terhadap sumber berkaitan menyatakan bahawa beliau sehingga setakat ini tidak mendapat sebarang maklumat terdapat usaha mahupun gerakan ke arah itu daripada PAS.Bagaimanapun beliau tidak akan menolak sekiranya maklumat tersebut benar dan bersedia untuk memikirkan tentangnya.

Apakah ini merupakan perkhabaran baik kepada umat Islam di Malaysia ?


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels