Followers

Saturday 14 June 2014

BELANDA Bukan Saja MENANG Tapi BELASAH SEPANYOL 5-1


Satu persembahan yang cukup menarik disajikan oleh barisan pemain pasukan Belanda apabila berjaya mengekang kemaraan pasukan Sepanyol dalam Piala Dunia 2014.

Apa yang MMI boleh kata Sepanyol bukan saja kalah tapi kena belasah bro ...

SALVADOR, Brazil 14 Jun - Belanda memalukan Sepanyol dalam aksi pembukaan Piala Dunia selepas membelasah penyandang juara itu 5-1 dalam perlawanan Kumpulan B, pagi tadi.

Dua jaringan Robin van Persie dan Arjen Robben, selain gol Stefan de Vrij membantu skuad Oranje menang besar ke atas La Roja, sekali gus membalas dendam di atas kekalahan mereka kepada pasukan itu pada final Piala Dunia di Afrika Selatan 2010.

Ini adalah kekalahan terbesar kedua dialami Sepanyol dalam sejarah Piala Dunia selepas dibelasah 6-1 oleh Brazil pada 1950. - AP



Terbaik !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels