Followers

Tuesday 17 June 2014

Rizab Tanah Melayu Kini MILIK Pendatang !!


Jika diamati daripada kempen pasukan pembangkang di Kajang sewaktu PRK baru-baru ini , banyak pihak pasti sedar bahawa antara kenyataan yang sinonim dengan Pakatan Rakyat adalah langkah Kajang.Malah jika diteliti langkah Kajang itu bolehlah diandaikan sebagai satu lagi usaha mahupun gerakan daripada Pakatan Rakyat yang kini menguasai pentadbiran kerajaan negeri Selangor untuk memberikan jaminan yang boleh menguntungkan rakyat.

Sejak bumi Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat , rata-rata penduduknya bukan sahaja sudah dapat merasai sendiri keperitan berada di bawah satu kerajaan yang tidak punya hala tuju tetapi turut menjadi mangsa kepada kelemahan pentadbiran yang disebabkan oleh permainan politik parti-parti seperti PKR , DAP dan PAS.

Malahan isu yang paling mengundang kontroversi adalah masalah pembekalan air kepada rakyat sehingga memaksa catuan dilakukan.Mungkin ramai yang masih beranggapan bahawa ianya disebabkan oleh faktor cuaca dan sebagainya namun hakikat yang harus rakyat Selangor terima adalah sikap ego dan terlalu berpolitik pemimpin kerajaan negeri Selangor telah menyebabkan rakyat di akar umnbi menjadi mangsa.

Kini sekali lagi perkara yang sama berulang dan mungkin lebih teruk daripada isu-isu sebelumnya memandangkan ia melibatkan soal tanah.Yang pasti orang-orang Melayu sekali lagi bakal menjadi mangsa kepada kerakusan politik pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini bersembunyi disebalik gerakan yang kononnya untuk rakyat.


Menurut laporan Ketua Audit Negara 2013 , sebanyak 9.74 hektar tanah rizab Melayu kini telah diserahkan hak milik kepada bukan Melayu di bumi Selangor.Dalam masa yang sama laporan tersebut turut menyebut bahawa 18 hak milik tanah di daerah Sabak Bernam , Kelang dan Kuala Selangor sudah pun terlibat dalam penyerahan tersebut.

Laporan audit berkenaan juga mendedahkan terdapat tanah rizab Melayu di kawasan Sepang , Ampar , Tenang dan Sungai Lang Selangor telah diduduki dan diusahakan secara haram oleh bukan Melayu.

Satu laporan yang membuktikan betapa lemahnya pentadbiran kerajaan negeri Selangor dalam memastikan keperluan tanah-tanah ini dipelihara bagi menjamin hak orang-orang Melayu tidak digangu-gugat.

Bayangkan apa yang mampu berlaku di bumi Selangor sekiranya laporan audit ini tidak didedahkan kepada umum ?

Dengan pembangunan pesat dan kelebihan sebagai sebuah negeri yang terkaya di Malaysia , Selangor seharusnya mempunyai perancangan yang lebih komprehensif bagi memastikan tanah-tanah ini tidak tercemar oleh tangan-tangan ghaib mahupun mereka yang secara adilnya tidak punya kepentingan langsung.

Namun segalanya umpama janji kosong dan langkah Kajang sebelum ini ternyata hanyalah satu lagi sandiwara mahupun gula-gula yang diberikan kepada rakyat semata-mata untuk menagih undi.

Sedangkan hakikat sebenar gergasi dan raksasa yang bermastautin dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor lebih rakus menelanjangkan hak milik orang Melayu sendiri.

Seperkara yang harus rakyat tahu adalah keputusan ini menyebabkan kepentingan orang Melayu terhadap tanah rizab Melayu terjejas dan keluasan tanah rizab Melayu yang boleh diberi milik kepada orang Melayu berkurangan.

Berdasarkan kepada laporan yang dibentangkan terdapat beberapa perkara yang menimbulkan kemushkilan kepada kita khususnya apabila pihak Pejabat Daerah Tempatan (PDT) Klang memaklumkan perkara ini berlaku kerana tanah tersebut terlibat dengan proses pecah sempadan dengan endorsan tanah rizab Melayu tidak dimasukkan semasa hak milik baharu didaftarkan mengakibatkan berlakunya pindah milik kepada orang bukan Melayu. 

Terdapat 4 persoalan besar disini yang dirasakan harus dijawab oleh pihak yang berkenaan ..

1.Wujud persoalan disini bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku sedangkan jelas tanah-tanah terbabit berada dibawah rizab Melayu ?

2.Bagaimana proses pecah sempadan boleh berlaku tetapi endorsan tanah rizab Melayu tidak dimasukkan ?

3.Apakah wujud cubaan pihak tertentu yang berkepentingan dengan sengaja melakukannya dengan niat mahupun agenda tertentu kerana ia melibatkan mereka yang bukan Melayu ?

4.Walaupun tanah-tanah terlibat tidaklah melibatkan jumlah kawasan yang besar tetapi hakikatnya perkara pindah milik itu sudah berlaku dan apakah masih ada peluang untuk ia dikembalikan ?

Seperkara yang harus rakyat khususnya di bumi Selangor sedar adalah ia berlaku dalam keadaan senyap-senyap sehinggalah laporan audit di bentangkan !

Apakah niat sebenar mereka ?

sumber

MMI

1 comment:

Labels