Followers

Friday 8 August 2014

8 OGOS 2014 HARI TANPA .......!!


Dimaklumkan tarikh 8 Ogos 2014 Jumaat (Hari Ini) bakal menjadi satu tarikh keramat kerana ada usaha-usaha pihak tertentu untuk mengadakan satu lagi himpunan seperti yang berlaku di Dungun baru-baru ini bagi menyatakan rasa ketidakpuasan hati sebahagian daripada masyarakat Melayu terhadap rangkaian makanan segera Mcdonalds.

Malah kempen untuk hari tanpa Mcdonalds juga begitu giat dijalankan oleh pihak-pihak diluar sana dan harinya adalah hari ini 8 Ogos 2014.


Apa jua tindakan boikot produk makanan segera itu MMI tak mahu masuk campur sebab boikot itu adalah hak masing-masing.Cuma kaedah boikot tu yang jadikan MMI sedikit kecewa.

Bagi MMI tak salah nak boikot tetapi sebelum memboikot sesuatu kita perlu tahu jawapan kepada kenapa kita boikot ? Keduanya boikot untuk apa ? Jika kedua-dua ini dapat dijawab sebelum tindakan memboikot dilakukan MMI yakin tindakan berhimpun di depan restoran Mcdonalds seperti mana yang berlaku di Dungun tidak akan berlaku.

Rasanya cukup sekadar mendisiplinkan diri masing-masing dengan tidak membeli produk keluaran syarikat tersebut daripada menunjukkan aksi-aksi yang hanya dijadikan bahan oleh pihak lain mempersendakan sikap serta nilai orang-orang Melayu dan Islam.

MMI langsung tidak menyokong tindakan berhimpun di mana-mana restoran Mcdonalds untuk menyatakan bantahan kerana tindakan sedemikian tidak relevan.

Jika segala perancangan boleh dibuat untuk menganjurkan perhimpunan di depan restoran Mcdonalds kenapa tidak ianya diselitkan sekali dengan perancangan untuk membawa keluar pekerja-pekerja berbangsa Melayu dan Islam yang mencari makan dengan rangkaian restoran makanan segera itu ?

Buat perancangan untuk menempatkan mereka-mereka itu di mana-mana tempat lain bagi menggantikan pekerjaan asal mereka.

Kenapa ini tidak difikirkan sekali ? Kerana kita orang Melayu lebih suka menunjukkan kebodohan sendiri walaupun mereka yang mungkin atau pasti terjejas itu terdiri dari kalangan anak bangsa kita sendiri ?

Mereka yang bekerja di Mcdonalds tidak bersalah , jangan menghukum mereka hanya kerana Mcdonalds disabitkan dengan Israel.Hukum juga diri sendiri dan mereka yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang turut punya kepentingan yang sama.

Contohnya penggunaan gajet handphone pintar , kebanyakkan dari kita menggunakan produk-produk yang turut memiliki kepentingan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dengan Israel.

Paling mengjengkelkan masih ada dikalangan mereka-mereka itu memuat naik gambar-gambar boikot dalam laman facebook yang secara terang-terangan merupakan produk hasilan orang YAHUDI !!!

Psst sayang orang Melayu tak mau belajar macam mana cara puak lagi satu boikot roti gardenia ! 

MMI

2 comments:

  1. Yang bekerja juga perlu kesedaran...malah kalau semua pekerja Islam boikot sehingga tiada pekerja Islam, mcd dah lama boleh pupus...kesedaran patut juga ada kpd pemegang francise mcd yg berugama Islam...

    Pengorbanan diperlukan baru terasa nikmat...dlm bekerban harta, abdul rahman rauf lebih kaya dari mereka...setakat makan gaii 2,3 ribu pun takut berhenti..apa makna tu....

    Tu pasal israel dan cina boleh beli melayu...kemaruk

    ReplyDelete
  2. setuju dengan kluangman. Time nak boikot sungguh la ada orang Melayu lembut hati. Ada Israel lembut hati time depa bunuh orang Islam? fikir la macha

    ReplyDelete

Labels