Followers

Friday 8 August 2014

Himpunan KASIH GAZA JOM RAMAI2 TURUN !!


Satu himpunan rakyat akan diadakan di perkarangan Masjid Daerah Bandar PERDA Permatang Pauh pada 10 Ogos 2014 Ahad ini bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.Program yang dianjurkan oleh Gabungan NGO Islam Negeri Pulau Pinang ini dibuat demi untuk menyatakan kepada dunia dan rakyat Palestin khususnya bahawa orang Islam dan warga Malaysia sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Himpunan ini juga bertujuan untuk mengutuk tindakan ganas rejim Zionis Israel yang kini telah menceroboh bumi Gaza.

Rakyat Malaysia sama ada dari Perlis , Kedah , Perak dan di mana jua ampa berada , pihak penganjur mengalu-alukan kedatangan dan sokongan semua demi Palestin.

Bayangkan selama hampir sebulan lamanya rakyat Palestin menderita akibat tindakan tidak berperikemanusiaan ini tidak ada satu pun kuasa besar dunia yang berani  bersuara untuk mengambil tindakan terhadap kekejaman Israel.

Jika bukan kita siapa lagi ? Jika bukan sekarang bila ? 



Ayuh semua sama-sama kita turun bersatu atas nama rakyat Palestin , Kita suarakan kepada dunia bahawa kita menolak kekejaman dan sebuah negara bernama ISRAEL !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels